Sepatutnya aku menulis kisah Kak Lisa seperti yang aku janjikan sebelum ini. Tetapi oleh kerana isu Ramalan lebih mustahak dan sesuai untuk diulas ketika ini maka aku hanya akan menulis kisah Kak Lisa di artikel yang akan datang.
Ramalan
Badan Meteorologi membuat Ramalan lagi berhubung dengan Banjir di Pantai Timur. Aku baru tulis diartikel sebelum ini. Hah....keluar lagi Ramalan ketiga. Mengikut ramalannya yang disiarkan secara meluas dimedia massa ialah Banjir Gelombang Kedua dijangka melanda Kuantan sekitar 30/12 hingga minggu pertama tahun depan iaitu esok. Sebenarnya, inilah kali ke 3 Meteorologi membuat ramalan akan Gelombang Kedua. Mengikut "Teori Kebarangkalian" atau pun dalam bahasa inggeris disebut "Probability" melalui pengiraan berdasarkan formula Coefficient of x :-
Mengatakan, kalau ramalan itu tepat iaitu jawabnya satu maka kebolehpercayaan pada ramalan itu pada masa akan datang ialah 100% tepat. Sekiranya tidak tepat maka kebolehpercayaan pada ramalan yang ke 2 hanya 0.5 atau 50% sahaja. Dan terbukti ramalan ke 2 oleh Meteorologi pada 18/12 juga meleset. Maka kebolehpercayaan pada ramalan ke 3 yang dikeluarkan pada 28/12 itu hanya 0.25 atau 25% sahaja boleh dipercayai. Nampaknya meleset lagi ramalan mereka. Kononnya angin kencang, laut bergelora dan air pasang besar akan mengakibatkan banjir yang lebih besar dari yang berlaku pada 4/12 akan berlaku. Sebaliknya cuaca di Kuantan pada 30 dan hari ini 31/12 sangat baik. Hanya gerimis saja yang turun sekejap disebelah pagi selebihnya panas dan tidak berangin. Bayangkan berapa keberangkalian yang akan diberikan jika mereka membuat ramalan yang keempat selepas ini. Sudah tentu kebolehpercayaannya adalah kosong iaitu tak boleh dipercayaai langsung.
Adakah mereka tak membuat kerja atau membuat kerja sambil lewa?. Rasanya tidak. Hanya aku rasakan peralatan yang mereka gunakan outdated tidak secanggih yang digunakan oleh negara maju seperti Jepun, Korea dan USA. Dinegara maju tersebut, ramalan Meteorologi mereka tepat. Mereka dapat ramalkan jam berapa ribut akan melanda, kelajuan angin yang tepat maka walaupun malapetaka berlaku itu hebat tetapi oleh kerana ramalan mereka tepat maka kerosakan dan kehilangan nyawa ditahap minima. Persediaan dibuat dengan rapi. Benarlah seperti finding oleh Jab. Audit Negara yang mengesahkan peralatan yang kita beli terlalu mahal manakala kualitinya amat meragukan. Contohnya Teropong yang kita beli berpuluh ribu ringgit tengok anak bulan pun tak nampak. Kalau beli sama seperti teropong US bukan saja anak bulan bahkan meteor atau bintang yang terlalu jauh berjuta batu dari bulan pun boleh nampak.
Satu lagi ialah aspek penghayatan atau ground experiencing. Dinegara maju, mereka akan menempatkan R&D mereka dikawasan2 yang terlibat dengan sesuatu ramalan. Contohnya ribut atau banjir. Seminggu atau lebih, kakitangan akan ditempatkan dikawasan jangkaan seperti laut, kawasan rendah dengan peralatan canggih memberi maklum balas untuk dihebahkan secara tepat. Di negara kita ada buat bagitu ke ???. Asyik nak kerja mudah...duduk dalam Control Room, Tengok Radar dan gaji nak naik tinggi....adalah. Dulu, Kini dan Selamanya begitu.. Astagfirrullah...
Kawan memberitahu yang ramalan tak tepat baik untuk kita. Ia...tepat sekali. Tetapi, Masalahnya ialah ketidaktentuan penduduk menghadapi suasana kerana Media Massa menghebohkan ramalan tersebut. Banyak aktiviti terpaksa dibatalkan. Seperti kenduri kahwin, perancangan untuk keluar bercuti terpaksa dibatalkan. Barang2 terpaksa dibungkus dan dikemaskan dan sebagainya. Kos yang lebih besar melibatkan persediaan oleh pihak berkuasa seperti mendirikan khemah2 tentera dan mobilasi pegawai2 berkenaan disetiap kampung dan daerah.
Peliknya....ramalan ketiga mereka hanya merujuk kepada negeri pantai timur melibatkan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Tiba2 berlaku banjir di Sarawak yang mereka tak ramal pun sebelum ini kini berlaku banjir. Barulah ramalan mereka kini beralih pula ke Sarawak & Sabah. Ini konsep "Fire Fighting" namanya . Dah terbakar baru nak padam.
Apa nak jadi dengan negara kita ya?????
Hemmmm......Dulu, Kini dan Selamanya .....Bagitulah.