Secara kebetulan "Haul" zakat isteriku sudah sampai tempohnya yang mesti dikeluarkan. Pada kali ini isteri aku berhajat untuk menyampaikan wang zakat secara terus kepada asnaf yang memerlukan.
Dashyat !!!!. Itulah gambaran awal apabila kami sampai di Bandar Kuala Krai. Bandar ini telah lumpuh sepenuhnya. Paras air yang menengelami rumah2 teres dalam Bandar diatas bukit sudah dapat memberi gambaran jelas betapa besarnya dugaan Allah yang ditempuhi masyarakat disini. Beberapa penduduk yang ditemui mengatakan yang mereka tidak tahu hendak bermula dimana. Hendak mencuci rumah.....bekalan air terlalu perlahan dan adakalanya bekalan air terputus langsung. Tidak dicuci......lumpur sudah mula berbau. Bimbang juga untuk menarik sampah dan kerusi2 rosak keluar kerana bimbangkan sang merayap yang berlindung disebaliknya.
Memang ada pihak2 yang membantu. Tetapi kebanyakkan hanya menghantarkan berbungkus2 barang makanan dan pakaian.
Barang makanan ini senang diperolehi kata mereka. Kalau nak mudah ....tunggu saja di Pusat Pemindahan. Bukan saja barang makanan bahkan makanan harian pun di masak untuk penghuninya. Pakaian ....sudah lebih dari mencukupi. Seorang mangsa yang ditemui mengatakan beliau sudah menerima berpuluh tin biskut berbagai jenis, sardine, berkampit2 beras, susu dan sebagainya. Tetapi barangan yang berlebihan yg diterima ini tidak boleh membina rumah mereka yang rosak semula. Tidak boleh membantu mereka memperbaiki kenderaan yang rosak. Mereka perlu wang tunai untuk menguruskan keperluan yang tertentu.
Setelah memerhati sendiri aku rumuskan perkara berikut :-
1. Kepada Penyumbang yang dermawan:...jangan tukarkan cash dengan barangan. Berikan saja terus cash kepada mangsa. Biarlah pihak kerajaan saja yang menghulurkan bantuan barangan makanan kepada mereka. Yang pasti mendapat keuntungan lebih ialah Gedung2 Pasaraya kerana dari situlah penyumbang membeli barangan makanan. Perbezaan response jelas ketara apabila mereka menerima cash dari barangan. Ada yang menitis air mata, ada yang tak henti2 mendoakan kesejahteraan kita pula kerana dengan cash mereka lebih selesa untuk menguruskan keperluan. Tenaga manusia untuk membungkus barangan juga boleh dielakkan.
2. Tentera dan Bomba mesti di utilise sepenuhnya untuk memulihkan keadaan. Banyak anggota tentera yang muda2 di negeri2 lain mesti di angkut kekawasan banjir bagi menolong melakukan kerja2 pembersihan seperti sekolah2, masjid, tempat2 awam dan juga perumahan yang terjejas teruk.
3. Elakkan pelajar2 pusat pengajian tinggi dari terus pergi membantu di kawasan mangsa banjir kerana mereka tidak mempunyai peralatan yang sesuai serta kemahiran dalam kerja mengemas & membasuh. Amat mendukacitakan bila kebanyakan mereka hilang tumpuan dengan banyak dilihat asyik dengan handset dan berbual sesama mereka sedangkan mangsa banjir masih dalam kesedihan. Usaha murni mereka untuk membantu amat baik tetapi elok mereka ini dihantar bagi membersihkan masjid2 dan sekolah2 kerana kerja pembersihan disini lebih sesuai untuk mereka.
Ohh...betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.
Barangan masih berselerak diatas bumbung setelah dihanyut air banjir |
Mangsa lebih memerlukan cash dari barangan |
Aku & Isteri sempat ke Kg. Paya Pasir di Maran menghulurkan wang zakat |
Sekitar di Jalan Pendalaman Kg. Pohon Tanjung di Pasir Mas |