Aku juga amat gemar meminum air kelapa muda fresh yang baru diambil dari pokok. Rasanya terlalu manis dan isinya yang lemak. Terutama dalam musim panas seperti sekarang. Sebelum ini aku selalu juga minum air kelapa muda di restoran yang menjualnya pada harga RM3/= sebiji. Itu pun mungkin kelapa lama dan ada juga yang terlalu muda atau sudah tua. Lihatlah betapa fresh nya buah kelapa muda dan isinya seperti gambar dibawah.
Pokok kelapa itu pulak tidak tinggi dan ada yang boleh dicapai dengan tangan.
Ada 11 lagi pokok yang belum berbuah termasuk jenis kelapa mataq.
Sila rujuk halaman "Dusun Ku" diatas untuk melihat update terbaru produck Dusun Ku yang lain.
Setandan kelapa muda yang aku kait tadi |
Buah Tua baru saja dikait dari pokok ini. |
Satu lagi pokok yg belum dikait buahnya. |
Haaa....Ini persediaan minuman untuk berbuka nanti. Alhamdulillah!!! |