Sebanyak lebih dari 30 kg tempoyak telah dihasilkan dalam 3 batch sepanjang 2 minggu ini. Alhamdulillah, pasaran amat baik kerana isteri aku membuat packing pada saiz mesra pelanggan iaitu menggunakan balang plastik 3/4 kg (750gram) yang dijual pada harga RM10/balang. Hampir 40 balang telah dihasilkan dan kesemuanya telah habis dijual. Aku sedang mengumpulkan buah2 rosak untuk memproses tempoyak bagi batch keempat.
Seperti musim lepas Tempoyak Kak Zie dibuat dari 100% durian sendiri tidak dicampur dengan bahan2 lain hanya digaul dengan garam dan di peram selama 3 hari sebelum dipacking dan dipasarkan. Dinasihatkan kepada pembeli supaya kerap membuka penutup balang kerana gas durian itu terlalu kuat.
Nota : Gambar bagi batch pertama telah dimuat naik di Halaman Dusun Ku pada 23/07/2015
Batch Ketiga dibuat pada 28/07/2015 lebih dari 10 kg habis dijual |
Batch Kedua di buat pada 26/7/2015 lebih 10 kg habis dijual |