Aku memang berhajat untuk membeli sebuah Motorsikal Besar sebaik saja aku pencen pada tahun 2010. Tetapi pada masa itu isteri aku menentang kuat hasrat aku itu kerana katanya yang umur aku sudah lanjut dan tidak sesuai untuk menunggang motorsikal besar lagi. Menaiki kereta adalah pilihan terbaik katanya. Anak2 aku juga menentang hasrat aku itu kata mereka membazir dan masa sekarang adalah untuk mencari wang dan menyimpan. Aku diam saja sedangkan aku masih berminat untuk membelinya.
Dua minggu lepas ketika balik ke Penang aku melihat terlalu banyak penunggang motorsikal besar di lebuhraya. Isteri aku seolah2 tahu yang aku sedang memerhatikan motorsikal tersebut dengan penuh minat.
Sekembali aku ke Kuantan pada hujung bulan lepas tanpa aku sangka beliau mengajak aku kekedai Motor Besar di Kuantan. Bukan saja beliau bersetuju untuk aku memiliki sebuah Motorsikal Besar bahkan beliau menggunakan wang simpanannya membayar kesemua kos pembelian Motorsikal tersebut. Katanya .... ia sebuah hadiah Hari Lahir aku. Sedangkan Hari Lahir aku masih jauh berbulan kehadapan.
Terima kasih kepada isteri aku kerana memahami erti sebuah minat. Kepada anak2, ....... Masa untuk aku mencari wang pada ketika ini sudah tamat. Sebaliknya aku mesti menghabiskan sisa2 kehidupun menggunakan lebihan simpanan yang ada untuk menikmati minat yang masih terserlah. Segala perit jerih dalam usaha aku mengumpul kewangan ketika usia muda aku nikmati kepuasannya pada usia yang sebagini sebelum melangkah pergi menemui Allah SWT.
A Dream Comes True |