Aku memang tidak ke Dusun pada setiap hari Jumaat. Manakala pada hari Ahad, aku seboleh2nya akan keluar beriadah dengan motorsikal ketempat2 yang sederhana jauhnya. Sasaran utama aku ialah apabila ada Pekan Sehari atau Program Tertentu di lokasi2 tersebut.
Sebelum ini aku telah ke Kemaman membeli Keropok Lekor, Ke Pekan membeli Murtabak Makasa, Ke Temerloh iaitu mengunjungi Pekan Sehari dan Ahad lepas, aku ke Rompin juga mengunjungi Pekan Sehari di situ.
|
Berjumpa Taukeh Station Rompin 2 |
|
Ketika Mengunjungi Pekan Sehari Temerloh |