Kini ada sepohon pokok Jambu Bola di Dusun Aku. Pokoknya amat besar, rendang dan tinggi. Pada beberapa tahun permulaan aku beli Dusun ini aku lihat Tuan Tanah dulu telah mengikis kulit pangkal pokok jambu ini. Mungkin Tuan Tanah itu hendak biarkan pokok ini mati agaknya. Namun aku pulihkan kembali pokok ini dengan menyiram baja, buat pruning, tampal lubang2 buruk dengan simen dan Alhamdulillah pokok Jambu Bola ini tumbuh dengan lebih subur. Akan tetapi, aku telah menunggu bertahun2 namun ia tidak juga berbuah. Satu hari aku ada bersembang dengan ayah aku berkenaan pokok Jambu Bola ini sementelahan mengingat kembali pohon jambu yg ada ditepi telaga suatu ketika dulu. Ayah aku tidak setuju aku menebang pokok itu kerana katanya kalau nak ditanam pokok yang sama jenis mungkin akan mengambil masa bertahun2 baru akan mengeluarkan hasil. Tapi aku dah cerita dengan ayah aku yang aku telah membubuh baja dan sebagainya tetapi pokok tidak juga berbuah hanya tumbuh subur dengan daun yg rendang.
Tiga tahun lepas aku nekad akan menebang juga pokok Jambu ini. Aku hanya beri peluang sekali kepada pokok itu dengan memberi amaran "Wahai Pokok Jambu, aku telah menjaga engkau dari hampir mati dulu kepada terlalu subur sekarang. Tetapi engkau tidak juga berbuah. Aku beri Last Warning kepada engkau iaitu Sekiranya engkau tak berbuah juga musim ini aku akan tebang engkau kerana aku akan tanam dengan pokok yg lebih produktif daripada engkau" Aku bercakap dengan pokok Jambu itu sambil menepuk2 batang pokoknya.
Semenjak daripada itu Pokok Jambu Bola ini tidak berhenti berbuah bermula dalam 3 tahun lepas hingga kini dan menjadi diantara pokok kesayangan aku di Dusun ketika ini. Cuma buahnya amat digemari oleh Sang Tupai dan burung2 sehingga aku terpaksa memetik buah yg tidak cukup masak setiap kali musimnya hanya untuk makan cicah dengan kuah rojak, Rasanya sungguh enak dan ada sekali sekala aku dapat merasakan buanhnya yang ranum amat manis dan lemak.
Sesungguhnya, pokok2 adalah juga makhluk Allah SWT. Mereka hidup seperti kita dan Alhamdulillah!!! Pokok Jambu Bola ini mendengar permintaan aku.
Petik sikit pagi nie nak makan cicah Kuah Rojak petang nanti. |