Alhamdulillah!!! Ada beberapa pokok Durian di Dusun Ku kini mula menggugurkan buahnya. Aku terpaksa menunggu di Dusun dari awal pagi hingga lewat petang kerana terdapat ancaman dari dua jenis musuh. Satu jenis ada dari kalangan Monyet liar yg menjadikan Dusun aku sebagai sasaran mereka. Yang satu jenis lagi ialah Monyet kepala hitam. Yang ini tak berapa ganas sangat. Lebih kepada berlakon kerana pada musim buah inilah ramai monyet jenis ini yang datang memerangkap burung di sekitar Dusun Ku.
Cerita selanjutnya refer to Halaman "Dusun Ku"
|
Buah baru mula gugur. Yg dalam bakul akan dihantar kpd Pemborong |
|
Tempat berehat aku menunggu buah gugur di beranda rumah di Dusun Ku |