Haa...haaa...haa...
Aku terima juga Whatsapp mengenai kempen Boikot Durian dari Group Durian Lovers yg hangat di viral beberapa hari yg lalu. Lantas, aku teringat kpd macam2 kempen lain seperti Boikot Macdonald (Mac D) dan sebagainya. Realitinya, adakah Mac D sudah bungkus perniagaan mereka???. Tidak!!! Bahkan Mac D semakin maju dengan terlalu banyak outlet Drive Thru' 24 hrs yang dibuka. Kenapa ye???. Sebab kita bertindak mengikut perasaan. Marah, Emotional, tidak puas hati dan sebagainya. Sesuatu tindakan harus diambil berdasarkan rasional dan fakta.
Kenapa harga durian di S'pore atau negara2 lain mahal???. Rasionalnya, durian dinegara itu diimport dan telah melalui beberapa tapisan proses pemasaran. Tetapi, kenapa harga durian dinegara kita juga meningkat?????. Rasionalnya, musim buah yang kurang, tidak menjadi seperti di musim2 lepas, kos input pertanian meningkat terlalu tinggi ditambah lagi dengan charge GST kepada harga input pertanian tersebut. Baja Chemical yg dulunya berharga RM110 sekampit kini telah meningkat kepada RM160 sekampit. Racun rumpai yang dulunya pada harga RM54 satu pack (4 litre) kini telah meningkat kepada RM68 satu pack. Harga changkul, parang, pam racun, mesin rumput, chain saw dan sebagainya juga telah meningkat. Itu baru harga input pertanian, belum termasuk kos buruh, pengangkutan dan sebagainya. Fikirlah sendiri...
Aku sebenarnya tidak pernah jual secara borong durian sebelum ini. Aku lebih mengutamakan kawan2 dan jiran2 setempat dengan menawarkan jualan pada harga RM10 untuk 3 kilo durian pada musim lepas dan sebelumnya. Walaupun aku tahu harga pasaran ketika itu adalah dalam kadar RM15 sekilo. Pemborong offer pada aku nak ambil pada harga RM6 sekilo tetapi aku masih jual pada rakan2 pada harga RM10 utk 3 kilo tak termasuk tambahan buah percuma. Pada musim ini aku dan isteri bercadang nak naikkan harga pada kadar RM4 sekilo kerana aku juga rasa terbeban dengan peningkatan kos yg aku nyatakan diatas. Lantas aku nyatakan hasrat aku ini pada seorang kawan regular yg awal2 telah memesan berpuluh kilo untuk membeli durian aku.
"Ah... Mahallah Haji. Susah kiralah RM4 sekilo. Lebih baik maintain lah Haji macam tahun2 lepas RM10 utk 3 kilo mudah kira" Katanya. Aku hanya kata... "OK lah. Kita tengoklah nanti". Lantas aku terus berhubung dgn pemborong dan pemborong suruh aku hantar sebanyak mana yg aku ada setiap hari dan dia akan bayar RM10 sekilo. Walaupun aku tahu harga yg dia jual ialah RM25 sekilo.
Maka untuk musim ini aku terus berhenti menjual secara runcit dan jual kpd pemborong setiap hari lebih daripada sebulan sehingga durian habis gugur pada 24hb Ogos baru2 ini. Siapa yg rasional dalam hal ini??? Rakan aku kah yg suruh aku maintain harga lama atau tindakan aku???.
Sebakul 43 kilo yg aku hantar dihari2 terakhir musim kpd pemborong |