Selasa, 31 Julai 2018

Tempoyak Kak Zie kembali lagi.....

Sudah hampir 60 kg Tempoyak telah habis dijual pada musim durian ini. Buah2 Segar Molek kami jual sendiri pada harga RM10/kg pada awal musim. Kemudian turun kepada RM8/kg dan minggu ini harga kami adalah RM7/kg. Harga turun ini berdasarkan harga yg ditawarkan pemborong untuk buah segar iaitu buah yg baru gugur. Pemborong menjual buah2 segar ini pada harga RM15/kg. Buah2 yang pecah, ditebuk tupai atau kurang baik quality nya kami kumpul dan asingkan untuk buat Tempoyak.

Buah2 yg kurang elok kami kumpul kedalam bakul utk dibuat Tempoyak. Buah elok segar dijual terus.

Rambutan Mengamuk Sakan....

Petang tadi aku kait sebakul besar Rambutan Anak Sekolah. Pemborong dah mula turun harga dari RM4/kg kini RM3/kg. Harga pasaran Rambutan Anak Sekolah segar yg dijual oleh pemborong ialah RM7/kg.
Jadi, sebelah pagi aku hantar 2 bakul kepada pemborong manakala sebelah petang aku ambil sebakul untuk isteri aku jual kepada kawan2 sepengajian di Masjid pada harga RM10/= untuk 3 kilo.
Durian .... macam biasa. 3 pokok terakhir mula menggugurkan buah2nya. Aku jangka pertengahan bulan Ogos semuanya selesai kecuali rambutan yg terlalu banyak nie...

Khamis, 19 Julai 2018

Hantar Rambutan Gading kepada Pemborong

Sudah sampai ditempat pemborong. 

Hampir 3 bakul besar rambutan diangkat turun. 

Durian tuu dah ada orang yg punya.

Rezeki Pagi Ini.

Syukur Alhamdulillah!!! Rezeki pagi nie...

Antara Durian dan Emas

Adakalanya harga Durian meningkat terlalu tinggi dan adakalanya jatuh pada tahap terendah. Faktor harga bergantung kepada faktor asas ekonomi iaitu pengeluaran melebihi permintaan. Maka tidak hairanlah ada orang mengatakan harga durian kini telah jatuh kepada RM10/= untuk 3kg. Tetapi perlu diingat yg berapa lama durian yg RM10/3kg itu berada dipasaran. Berapa pindahan lori, berapa pindahan bakul, berapa pindahan pemborong sebelum harganya menjunam kepada RM10/3kg. Kalau kita lihat kepada harga jualan Penjual2 Buah terkenal maka kita akan lihat beberapa gred harga dipamirkan. Ada jenis yg dipamirkan pada harga RM30/kg, RM20/kg, RM15/kg dan seterusnya sehingga sebakul RM10/= Gred2 inilah yg membezakan nilai rasa durian2 dari segi baru dan lama serta jenis2 durian tersebut. Kesegaran atau Freshness tetap memberi nilai tambah untuk Durian.
Emas tetap bernilai dalam grednya yg tersendiri samaada baru atau lama. Bahkan pergerakan harganya tidak pernah menyusut kepada harga asal. 40 tahun dulu harga Emas hanya dalam RM40/gram kini harganya mencecah RM180/gram. Turun naik harga emas hanya pegerakan sementara dimana dalam jangkapanjang harganya tetap berada menuju kepuncak.

Khamis, 5 Julai 2018

Lulian....Lulian....Lulian.

Hali...hali.....Lulian!!!.. Lulian!!! ....Lulian!!!....

Wa sindili kutip, sindili angkut, sindili timbang, sindili mungkus, sindili hantar sama clients. Sindili jaga lusun....sindili...sindili ...semua sindili looo.

Hali...hali.....Lulian!...Lulian....Lulian.epas dan minggu ini telah dipenuhi. Kecuali untuk Hj. Ghazali (Cendul) yg mahukan sebakul masih tak dapat dipenuhi. Outstanding order sehingga Jumaat 13/7 minggu depan. Terima kasih kerana sabar menunggu..

Ini FastGrow punya pasal lah nie!!!!

Selasa, 3 Julai 2018

Kutipan Pagi Ini.

Alhamdulillah!!! Buah dah mula rancak gugur. Kutipan pagi ini saja adalah seperti photo dibawah. Yg berikat getah hijau ditangkai tuuu ....adalah Durian Tembaga (Kim Hong). Semua buah itu memenuhi beberapa tempahan untuk hari ini. Semua jenis buah termasuk Durian Tembaga dijual pada harga RM10/kg saja.

Kutipan Pagi ini.....

Tak ada cerita lain ke dalam FB nie?
Hali2 celita FastGrow saja.
Tapi it's proven. Seeing is believing. Tengok photo dibawah tuu.... sebutir saja dah lebih dari 3 kg. Bahkan hampir kebanyakkan buah mencecah 3 kg. Macam mana aku nak handle yg order 3 kg saja ini??? Anyway, Alhamdulillah!!! HebatFastGrow.

Durian Tembaga (Kim Hong)

Orang rumah kopek nie ...

Sebiji baru mula gugur. Durian Tombago nie. 

Copy paste dari FB dio.

Dah Mula Gugur...

Dia mai dah!!! 
Aku buka tempahan belian untuk tahun ini kepada kawang2 terutama dalam Daerah Kuantan yg nak beli Durian Fresh dari Dusun. Sila whatsapp kpd aku utk tempahan bermula 1hb Julai 2018. First come First serve. 
Harga... ikut harga pemborong buah yg offer pada aku. 

Tempahan utk sekarang hingga 30/06/2018 TIDAK akan dilayan kerana Tuan Dusun nak makan puas2 dulu.