Khamis, 19 Julai 2018

Antara Durian dan Emas

Adakalanya harga Durian meningkat terlalu tinggi dan adakalanya jatuh pada tahap terendah. Faktor harga bergantung kepada faktor asas ekonomi iaitu pengeluaran melebihi permintaan. Maka tidak hairanlah ada orang mengatakan harga durian kini telah jatuh kepada RM10/= untuk 3kg. Tetapi perlu diingat yg berapa lama durian yg RM10/3kg itu berada dipasaran. Berapa pindahan lori, berapa pindahan bakul, berapa pindahan pemborong sebelum harganya menjunam kepada RM10/3kg. Kalau kita lihat kepada harga jualan Penjual2 Buah terkenal maka kita akan lihat beberapa gred harga dipamirkan. Ada jenis yg dipamirkan pada harga RM30/kg, RM20/kg, RM15/kg dan seterusnya sehingga sebakul RM10/= Gred2 inilah yg membezakan nilai rasa durian2 dari segi baru dan lama serta jenis2 durian tersebut. Kesegaran atau Freshness tetap memberi nilai tambah untuk Durian.
Emas tetap bernilai dalam grednya yg tersendiri samaada baru atau lama. Bahkan pergerakan harganya tidak pernah menyusut kepada harga asal. 40 tahun dulu harga Emas hanya dalam RM40/gram kini harganya mencecah RM180/gram. Turun naik harga emas hanya pegerakan sementara dimana dalam jangkapanjang harganya tetap berada menuju kepuncak.