Selasa, 31 Julai 2018

Rambutan Mengamuk Sakan....

Petang tadi aku kait sebakul besar Rambutan Anak Sekolah. Pemborong dah mula turun harga dari RM4/kg kini RM3/kg. Harga pasaran Rambutan Anak Sekolah segar yg dijual oleh pemborong ialah RM7/kg.
Jadi, sebelah pagi aku hantar 2 bakul kepada pemborong manakala sebelah petang aku ambil sebakul untuk isteri aku jual kepada kawan2 sepengajian di Masjid pada harga RM10/= untuk 3 kilo.
Durian .... macam biasa. 3 pokok terakhir mula menggugurkan buah2nya. Aku jangka pertengahan bulan Ogos semuanya selesai kecuali rambutan yg terlalu banyak nie...