Rabu, 28 November 2018

Pemasangan Kayu Pagar Mula di Lakukan

28/11/2018

Alhamdulillah!!!.

Pemasangan Kayu Tiang Pagar jenis Merbau dan Temusu mula aku lakukan seorang diri di Dusun Ku 2. Aku hanya bercadang membuat pagar kayu dan berdindingkan zink dan kerawat duri (Barb wire) di Dusun Ku 2 ini. Aku telah memulakan pemasangan sedikit demi sedikit berdasarkan 4 penjuru batu sempadan yg aku tanda dengan tali.

Setakat ini aku telah berjaya memasang  lebih 40 batang tiang yang aku lakukan dalam 15 batang sehari. Aku memerlukan dalam 200 batang tiang untuk memagar keseluruhan Dusun Ku 2 di Kampong Kolek ini. Terdapat banyak Dusun jiran2 dikawasan Dusun Ku 2 ini. Tetapi tiada seorang pun yg memagar dusun2 mereka.

Tak apa ....aku akan terus lakukan.  Hendak seribu daya.

Sebaris Kayu Merbau aku gunakan utk membuat tiang.

Sebari tiang menuju kebahagian bawah Dusun juga sudah siap

Gambar Dusun Ku 2 Terkini.

Jumaat, 16 November 2018

Pokok2 Tanaman Tak Bermusim di Dusun Ku

Alhamdulillah!!! Hari ini aku nak update sikit berkenaan pokok2 buah yg tidak bermusim iaitu berbuah sepanjang masa. Pokok2 yg dimaksudkan ialah Nangka dan Limau Nipis. Produktiviti agak baik mungkin dgn penggunaan Baja Fast Grow Merah agaknya.

Ahad, 11 November 2018

Kelapa & Geruk

Alhamdulillah!!! Pagi tadi kait nyok sikit dpd 3 pokok dibelakang rumah. Dapat lebih kurang 80 biji. Pada pendapat aku kelapa lebih baik ditanam berbanding kelapa sawit atau getah. Permintaan dalam negeri sentiasa tidak mencukupi. Harga runcit dipasaran kini dalam RM2.40 sebiji dan semakin meningkat. Tapi aku jual hanya RM1.70 saja sebiji kpd pelanggan tetap. Sempat juga anyam geruk utk cempedak. Dulu aku biasa tanya harga satu geruk yg dijual di Calok Barat (Tempat Cempedak banyak) iaitu RM1.00 satu. Tak sampai satu pelepah dan dalam masa 20 minit aku dapat siapkan 6 geruk. Terima kasih See Fuu Haji Fauzi Wahab Mohammad. Kali ini geruk dah bertochang...... haaa....haa...haaa.

Geruk Cempedak

Alhamdulillah!!!. Jadi pun. Terima kasih banyak kpd Hj. Fauzi Wahab Mohammad kerana mengajar saya cara2 membuatnya minggu lepas. Saya dah buat tadi kat kebun sebab nak balut buah2 cempedak yg mula membesar bagi batch kedua itu. Sarung daun kelapa ini lebih baik dpd sarung2 plastik lain utk membalut buah kerana ia dapat membentuk buah dan oleh kerana ia juga dari daun, ia mungkin dapat menghindar serangan tupai & monyet. Warisan tradisional yg mula dilupakan.