Alhamdulillah!!!.
Pemasangan Kayu Tiang Pagar jenis Merbau dan Temusu mula aku lakukan seorang diri di Dusun Ku 2. Aku hanya bercadang membuat pagar kayu dan berdindingkan zink dan kerawat duri (Barb wire) di Dusun Ku 2 ini. Aku telah memulakan pemasangan sedikit demi sedikit berdasarkan 4 penjuru batu sempadan yg aku tanda dengan tali.
Setakat ini aku telah berjaya memasang lebih 40 batang tiang yang aku lakukan dalam 15 batang sehari. Aku memerlukan dalam 200 batang tiang untuk memagar keseluruhan Dusun Ku 2 di Kampong Kolek ini. Terdapat banyak Dusun jiran2 dikawasan Dusun Ku 2 ini. Tetapi tiada seorang pun yg memagar dusun2 mereka.
Tak apa ....aku akan terus lakukan. Hendak seribu daya.
Sebaris Kayu Merbau aku gunakan utk membuat tiang. |
Sebari tiang menuju kebahagian bawah Dusun juga sudah siap |
Gambar Dusun Ku 2 Terkini. |