Ahad, 11 November 2018

Kelapa & Geruk

Alhamdulillah!!! Pagi tadi kait nyok sikit dpd 3 pokok dibelakang rumah. Dapat lebih kurang 80 biji. Pada pendapat aku kelapa lebih baik ditanam berbanding kelapa sawit atau getah. Permintaan dalam negeri sentiasa tidak mencukupi. Harga runcit dipasaran kini dalam RM2.40 sebiji dan semakin meningkat. Tapi aku jual hanya RM1.70 saja sebiji kpd pelanggan tetap. Sempat juga anyam geruk utk cempedak. Dulu aku biasa tanya harga satu geruk yg dijual di Calok Barat (Tempat Cempedak banyak) iaitu RM1.00 satu. Tak sampai satu pelepah dan dalam masa 20 minit aku dapat siapkan 6 geruk. Terima kasih See Fuu Haji Fauzi Wahab Mohammad. Kali ini geruk dah bertochang...... haaa....haa...haaa.