Selasa, 15 Disember 2020

Hasil Pagi Ini...

Agak lama juga aku tak upload perkembangan terkini Dusun Ku.  Ada yg phone aku bertanya.  Sebenarnya, aku sibuk sikit dalam sebulan dua yg lepas kerana aku sedang menyiapkan pembesaran rumah di Kebun Airport.  Ianya terpaksa dilakukan kerana Pokok2 Kelapa Pandan dan Tachunan semakin membesar. Pisang2 dan tebu semakin menjadi termasuk sayur2an yg lain. Aku bercadang akan menginap disini sekali sekala maka pembesaran ruang dapur, bilik air dan berandah terpaksa dilakukan. Semuanya aku lakukan sendiri.

Alhamdulillah!!!! Kini ianya sudah siap dan hanya tinggal di Cat saja lagi. InsyaAllah, aku akan upload photo terbaru rumah ini bila aku selesai mengecat nanti.

Selain dari itu, seperti biasa aku ambil hasil2 tuaian semasa hari ini seperti photo2 dibawah.

Selonggok yg hujung tuu  Kelapa Muda jenis Kelapa Mawar. Yg selonggok lagi tuuu Kelapa agak tua sikit sesuai untk dibuat Kueh.



Nie lah Kelapa Muda tuu. Aku simpan beberapa biji dalam peti ais di kebun. Pagi nie aku makanlah.


Sebahagian dari tebu2 terpaksa aku tebang kerana dah terlalu tinggi. Tetapi masih ada banyak lagi yg akan aku keluarkan bila permintaan meningkat.

Kacang botol atau kelisa ini mest
i dipetik selang sehari kerana ia cepat tua jika dibiarkan.



 

Sabtu, 22 Ogos 2020

Potai & Cuka Kayu RN

Mata...mata.....mata....mata!!!


Dari kerana mata...


Mata memandang.....Mata memikat... Matalah puncanya.....


Kait sikit petai pagi nie.... Siapa yg berhajat... 12papan/tangkai hanya RM10 sahaja. Fresh dari kebun. Penangan dari Cuka Kayu RN.


Image may contain: plant, food and nature
Image may contain: plant, tree, sky, outdoor and nature
Image may contain: tree, sky, plant, grass, table, outdoor and nature
Image may contain: tree, plant, grass, sky, shoes, outdoor and nature

 

Ahad, 26 Julai 2020

Cuka Kayu Lagi....

Alhamdulillah!!! Sempat proses Cuka Kayu bagi batch yg ke 2 hari ini. Untuk batch ini aku telah buat "slight improvement on Technics & Mechanism" dalam Pyrolysis Process. Hasilnya aku dapat dalam 28 Litres berbanding 18 Litres pada batch yg pertama. Iaitu perningkatan sebanyak 65%. 

Packaging juga telah improved dgn ada sticker yg menerangkan berkenaan product dan cara penggunaan. Aku ambil keputusan utk memasarkan di kawasan berdekatan kerana ia telah mendapat permintaan yg tinggi pada batch yg pertama. 

Pada rakan2 yg masih dalam outstanding status... harap bersabar... product ini akan diedarkan dalam masa terdekat.

Kesom & Selom

Alhamdulillah!!! Kesom dan Selom petikan pagi ini utk dihantar kpd pemborong runcit.

Isnin, 20 Julai 2020

Lengkuas!!!

Korek serumpun Lengkuas hari nie di Kebun Airport utk beri laluan kepada pembinaan Kolam Ikan. 
Alhamdulillah!!! Dapat hampir 60kg daripada serumpun saja yg dikorek.

Sebenarnya di Kebun Airport ini aku tanam bermacam2 jenis tanaman keperluan semasa seperti  Ubi Kayu, Ubi Kledek, Ubi Kemili, Serai, Kacang Botol, Ulam Raja, Kemangi, Halia Bentong, Lengkuas, Kesom, Selom, Keladi, Tebu, Tenggek Burung, Kantan, Cili Api dan tanaman utama pula seperti Kelapa Pandan, Kelapa Tachunan, Kelapa Mataq, Berbagai Jenis Pisang dan Durian Belanda.

Selalunya aku akan update atau upload sekali saja bila hasil dituai sedangkan hasil2 tanaman tersebut diambil dan dijual hampir setiap minggu. Selain dari mendapat wang tambahan semasa ....aku sekeluarga juga dapat memakan hasil yg fresh tanpa mengeluarkan belanja untuk membeli.


Rabu, 8 Julai 2020

Surprise!!!

Haaa.... haaa.... haaa... tak sangka2 pulak anak2, menantu2 dan cucu2 buat surprise. Terima kasih kerana membeli kek, hadiah2 dan hadiah special "Samsung Note10 Lite" juga lebih2 lagi kpd isteri yg menyediakan makanan. 

Feeling much younger than my age. To all my FB friends .... Pls do not wish... kerana ia telah berlalu.

https://www.facebook.com/joramnor/videos/4160884823953051/?t=18






Selasa, 7 Julai 2020

Cuka Kayu Ori Buatan Sendiri

Cuka Kayu original buatan sendiri melalui Proses Pyrolysis. Batang2 kayu terbuang dibakar dalam container tertutup menghasilkan asap yg evaporated & condensed menjadi air yg dinamakan Cuka Kayu. 
Ianya jenis organik dan digunakan untuk Merawat dan Menyuburkan Pertumbuhan Pokok dan Tanah. Hanya 3ml digunakan bagi 1 liter air. Tidak beracun kpd manusia. Buah2an & tanaman boleh dipetik bila2 masa walaupun ianya baru disembur dgn Cuka Kayu.

Jumaat, 3 Julai 2020

Bercuti Setelah Musim Buah Berakhir

Bercuti.... dari aktiviti berkebun. 
Will be away for about a week. 
InsyaAllah, I'll be back in Kuantan next Monday.
Sports clubMalacca City
1,351 people checked in here

Gula Batu

Musim nie... Che Tan tak menjadi. 
Tak macam musim2 lepas. Tapi, Alhamdulillah!!! Adalah sikit2 utk makan sendiri dgn anak2, cucu2 dan keluarga. 
Jenis gula batu pulak tuuu.

Isnin, 22 Jun 2020

Cuka Kayu

Sebelum ini aku ada uploadkan bagaimana aku membuat sendiri cuka kayu di Dusun Ku. Kini aku ingin update kan pula hasil yg diperolehi semasa memproses pada minggu lepas itu.

Hasil yg diperolehi adalah sekitar 16 Liter untuk satu drum kayu yg diproses. Ia agak melebihi sasaran kerana jangkaan berdasarkan Clip Youtube yg aku ikuti meramalkan hanya sekitar 12 Liter.


Antara kebaikan Cuka Kayu adalah:
  1. Meningkatkan daya hidup dan kualiti tanaman dengan menyemburkan cuka kayu pada daun tumbuhan.
  2. Perlindungan daripada serangga berbahaya dan penyakit tumbuhan tertentu.
  3. Mengawal aktiviti biologi tanah dengan membantu mempengaruhi kepekatan mikrob yang berguna.
  4. Membantu dalam pembangunan akar yang lebih kuat untuk tumbuh-tumbuhan.
  5. Pengurangan bau dari baja yang dihasilkan
  6. Fasilitasi kompos – cuka kayu sebagai pengaktif kompos membantu mempercepat penukaran bahan menjadi kompos organik.
InsyaAllah, aku akan update kan pula hasil penggunaan Cuka Kayu ini dengan menyiarkan bukti2 gambar sebelum dan selepas pada posting akan datang.

Pack besar itu ber size 12 Liter dan pack yg kecil itu 4 Liter.

Isnin, 15 Jun 2020

Memproses Cuka Kayu

Alhamdulillah!!! Sedang menunggu durian gugur aku sempat memproses Cuka Kayu (Wood Vineger) di kebun aku. Cuka kayu amat baik utk kesuburan dan pertumbuhan pokok serta menghalang penyakit. Aku biasa beli dulu tapi harganya agak mahal. Jadi aku buat sendiri. Penggunaannya amat sedikit iaitu pada nisbah 1 : 200. Maksudnya 1 bahagian cuka kayu dicampur dgn 200 bahagian air. Sembur dan siram ke pangkal pokok. InsyaAllah daun akan menjadi hijau berkilat dan pokok akan tumbuh dgn subur. Aku akan update kan keseluruhan video dan photo2 ke dalam blog Dusun Ku dalam masa terdekat. Skrng aku masih di kebun kutip buah. Wassalam

Khamis, 11 Jun 2020

Koleksi Petang Ini

Alhamdulillah!!! Diantara koleksi petang tadi yg telah pun diambil oleh pelanggan. Saya ingin mengesahkan yg semua pesanan sepanjang 2 minggu lepas telah dipenuhi. Kecuali satu pesanan dari En. Rasid yg masih tertunggak kerana beliau kini berada di Kampong. Tambahan pula pesanan beliau agak banyak iaitu sebanyak mana yg saya ada pada hari berkenaan. 

InsyaAllah, pesanan2 yg baru diterima minggu ini spt dari Ustaz Zul Tmn Guru, En. Mad Jaya Gading dan lain2 akan dipenuhi selewat2nya minggu depan. Minggu ini telah dikhususkan kpd pesanan daripada kawan2 orang rumah saya pula. Terima kasih diatas sokongan semua. Wassalam
Image may contain: car

Ahad, 31 Mei 2020

Mat Ranjer Mula Bertugas.

Alhamdulillah!!! 

Macam musim2 lepas, Mat Renjer nie dah mula menjalankan tugas mengutip buah2 gugur dalam dusun dan membawa ke Abang Carrier. Tayarnya pun dah jenis baru bunga tebal macam tayar scrambler. 

Kapada kawan2 yg biasa buat order tuu... sabaq2 sikit lah yee... Buah baru mula gugur dan orang rumah yg entertain order utk kawan2nya dulu. InsyaAllah ada lagi walaupun tak sebanyak musim lepas. 

Minggu depan saya call yaa..