Senarai Blog Utama
Sabtu, 11 Disember 2021
Hebat Baja Kompos RN!!!!!
Khamis, 18 November 2021
Baja Kompos RN lagi...
Alhamdulillah!!! Siap proses Baja Kompos RN lebih dari 200kg pagi nie... Dah tak ingat ini yg ke batch berapa sebab dah berulang kali memprosesnya. Permintaan pula tinggi terutama di musim hujan sekarang. Terima kasih.
(Copied & Pasted from my FB Posting)
Rabu, 3 November 2021
Bercuti dari Kebun
Just Check In kat Cinta Sayang Resort, Sg. Petani, Kedah... Esok ke Alor Setar dan utara...
InsyaAllah, minggu depan baru balik berkebun semula.
(Copied & Pasted from my FB posting.)
Rabu, 20 Oktober 2021
Riding Santai Kuantan Kelang
Sabtu, 18 September 2021
Cempedak Madu
Selasa, 14 September 2021
Petikan Terakhir Musim Ini
Ahad, 29 Ogos 2021
Cendawan?????
Hendak Seribu Daya!!!
Sebelum aku bersara 12 tahun yg lepas.... aku ada 2 perancangan utk melakukan aktiviti2 dunia sebagai kelangsungan kehidupan.
Pilihan Pertama... aku akan ceritakan kemudian di masa yg sesuai kelak.
Pilihan Kedua... Melibatkan diri dalam aktiviti Pertanian. Alhamdulillah!!! Kini aku sedang melakukannya.
Pertanian.... Tidak semestinya kena menyangkul, menebas dan membajak. Ia boleh juga dilakukan secara sambil lewa yg tidak mengeluarkan peluh. Bahkan ia boleh menghasilkan pendapatan yg lumayan jika tumpuan diusahakan kearah itu...
Lihatlah usaha sampingan aku dibawah ini...
#Hendak Seribu Daya#
Hanya 5 Bongkah saja yg aku cuba |
Cukup sekali masak utk makan sendiri |
Rabu, 25 Ogos 2021
Durian Terakhir Musim Ini
"Save The Best for Last"
Alhamdulillah buah Durian Terakhir Penutup Musim. IOI D168. Makan sendiri saja. InsyaAllah, jika ada rezeki kita jumpa lagi musim depan.
Alhamdulillah!!! Alhamdulillah!!! Alhamdulillah!!!
#Hebatnya Baja Kompos RN#
(Copied from my FB Posting)
Buah terakhir musim ini. |
Isi dan rasanya Terbaik!!! |
Isnin, 23 Ogos 2021
Petai Petikan ke2
Pedih telinga!!! .... Pedih telinga!!!... Boh!
Ada yg call nak masak Sambal Tumis, Nak Masak Poyak dan ada yg teringin nak makan Fresh dari pokok... Maka terpaksalah aku petik sebuah kereta sorong dalam 200 tangkai/papan pagi nie.
Semuanya dah habis diambil orang sebelum zohor tadi.
Petikan seterusnya.... hujung minggu pulak yaaa..
YB Cik Mat dah dapat potai yeee berserta dgn Baja Kompos RN pulak tuuu.
#Hebat Baja Kompos RN#
(Copied from my FB Posting)
Petikan ke2 pagi nir |
Baki habis sebelum zohor. |
Ahad, 22 Ogos 2021
Potai lah Pulak!!!!!
Potai lah Pulak!!!
Belum pun reda dgn Cempedak kini Potai Pulak...
Pagi nie petik sikit petai2 yg hampir mencecah tanah utk diedarkan kpd pemesan2 terawal dan habis petang tadi juga.
InsyaAllah, petikan kedua pada minggu depan dan itu pun sudah ramai yg memasukkan order.
Utk makluman Petai dijual pada kadar 12 tangkai (papan) hanya RM10. Petai yg dijual adalah Petai Fresh yg dipetik pada hari yg sama.
#Hebatnya Baja Kompos RN#
(Copied from my FB Posting)
12 papan RM10. |
Salah satu pokok yg produktif |
Selasa, 17 Ogos 2021
Hasil Semasa - Hebatnya Baja Kompos RN
Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Hari ini dan bulan yg amat bermakna bagi Malaysia. Instinct aku mebayangkan yg Bencana Wabak Covid 19 ini akan mula berkurangan selepas ini. InsyaAllah!!!
Alhamdulillah!!! Walaupun sibuk dgn pasaran Cempedak .... sempat juga aku petik 2 baldi Buah Lemon, Sebaldi kecil Limau Nipis dan 2 biji Nangka J33. Seeing is believing!!! Hebatnya Baja Kompos RN.
(Copied from my FB posting 16/8/2021)
Cempelak Pulak!!!
Jumaat, 13 Ogos 2021
Isnin, 9 Ogos 2021
Last orders of the day
Alhamdulillah!!! Pagi nie terakhir ambil 2 bakul kuning campur merah utk memenuhi last orders of the day. Walaupun ada baki2 buah sikit2 lagi..... tapi itu dah ditinggalkan sebagai adat berkebun. Esok .... pergi kebun macam biasa iaitu bermula 8 pagi dan tidak lagi awal pagi iaitu sebaik saja selepas Solat Subuh setiap hari selama sebulan setengah.
Terima kasih banyak kepada :-
1. Puan Siti penjual buah yg telah membeli hampir 700kg rambutan musim ini.
2. En. Rasip Taukeh Gas MAFA yg membeli 4 bakul rambutan (50kg/bakul) dan sebakul durian.
3. RD Niaga (Taukeh Gas) yg membeli 1 bakul durian dan sebakul rambutan.
4. Tuan Syed Kasim yg telah membeli 3 kali pesanan durian. (20kg setiap pesanan)
5. Semua kawan2 dan pembeli2 Pmtg. Badak, Sg. Isap dan sekitar Kuantan.
Selepas ini .... Cempedak dan Petai pulak. Wassalam.
(En. Mohd Hazlimi Hasan Pls take note that you've a wonderful hearted Gas dealers in Kuantan... whereby they purchased in bulk from me and contributed to respective mosques in Kuantan.
(Copied from my FB posting)
Isnin, 2 Ogos 2021
Anak Sekolah!!!!!
Alhamdullillah!!!!! Tiga pokok gula batu, jarum emas dan 4 pokok gading telah selesai dipetik dalam seminggu.
Pagi nie mula petik Anak Sekolah. Harga sama bang, 3kilo RM10. Tapi kalau nak order ... 3 hari baru boleh dapat. Hari nie dan esok dah ada orang tempah sehari 3 bakul, bang. Heeee.....heeee...heeee.
(Copied from facebook posting)
Mula petik Anak Sekolah pagi nie.. |
Khamis, 29 Julai 2021
Hebatnya Baja Kompos RN
Selasa, 27 Julai 2021
Gading pulak!!!
#Ahsaqsaq Nisningding#
(Buah besaq besaq Jenis Kuning Gading)
Hari nie mula petik "Nisningding" nie sebab ada order 20kg. Ada 8 pokok jenis gading yg semuanya berbuah lebat. Harga buat masa ini 3kg = RM10 iaitu sama dgn jenis merah. Tapi merah hanya tinggal 3 pokok saja lagi. Permintaan utk merah amat tinggi.
1st order 20kg pagi nie.. |
(Copied from my article in FB today)
Rabu, 21 Julai 2021
Moktan lah Pulak
Hahhh.... sementara tunggu "SipokMei" gugur... mula petik Moktan Gula Batu pagi nie. Dalam 20minit saja dapat sebakul..... sambil duduk pun boleh ambik....ia mencecah tanah.. Harga ketika ini RM10/= untuk 3 kilo. Harga akan berubah ikut pasaran.
(Copied from my Facebook today, 21/7/21)
Rendah mencecah tanah |
Dah boleh petik nie... |
Khamis, 15 Julai 2021
Durian Hari ini...
Koleksi Pagi nie.. |
#Yanjili Sipokmei Dakyabuknguk#
Alhamdulillah!!! Semua outstanding order yg aku terima setakat ini "Setel" hari ini termasuk order Taukeh Gas En. Rasid satu bakul (40kg) dan order terakhir dari Tuan Haji Ahmad Zaki. Hanya repeat order spt dari Tuan Syed Kasim, InsyaAllah, akan dihantar esok atau selewat2nya lusa. Selepas ini akan tumpu pulak pada outstanding order yg bagitu banyak diterima dari isteri aku.
Jangan bimbang!!! banyak pokok2 lagi yg belum gugur. Allah SWT Maha Berkuasa telah mengaturkan pokok2 didusun aku gugur mengikut giliran iaitu .... habis 2 pokok gugur pulak 2 pokok yg lain dan seterusnya. Ia tidak gugur serentak. Alhamdulillah!!!
Berhenti tang nie... sat. Hebattnya Baja Kompos RN |
Rabu, 7 Julai 2021
Alhamdulillah!!!
To my surprise.... isteri dan anak cucuku merancang sambutan hari lahir selepas Maghrib tadi. Terima kasih kpd semua. Alhamdulillah to Almighty SWT..... I'm still alive, healthy and strong as ever.
Banyak hadiah yg dihantar & diberi oleh anak2 aku. Terima kasih. InsyaAllah see all of you again next year and years ahead. |
Selasa, 6 Julai 2021
Dia Mula Gugur Dah!!!
Alhamdulillah!!!
Dia mai dah!. Semalam hari pertama gugur 7 biji. Hari nie gugur 18 biji .... Tapi.....bukan untuk dijual lagi. Tuan kebun nak makan puas2. Aku minta sangat jangan call aku pada masa ini kepada yg telah buat order kerana aku terlalu sibuk di kebun. Whatsapp tak apa... nanti aku response. Jangan bimbang kpd yg telah buat order. Aku ada senarai dari list terawal hingga terkini spt berikut :-
Khamis, 1 Julai 2021
Dahan Patah Pulak
Subhanallah!!!
Salah satu dahan kepada pokok yg agak lebat ini telah patah ke tanah pagi ini. Beberapa biji buah yg dijangka akan gugur dalam bulan ini gugur bersama.
Jumaat, 4 Jun 2021
Musang King
Alhamdulillah, salah satu pokok Musang King yg aku tanam lebih kurang 4 tahun yg lalu dah mula mengeluarkan hasil musim ini. Walau bagaimana pun beberapa biji buah yg sudah membesar telah ditarik turun oleh Si Nyet dan Si Rok pagi ini..
Rabu, 19 Mei 2021
Cara Menggunakan Baja Kompos RN
Khamis, 13 Mei 2021
Salam Aidilfitri 1442
Assalammualaikum Wrkth Semua. Saya mengambil kesempatan ini Mengucapkan Salam Aidilfitri untuk semua peminat & pengunjung blog ini dan Maaf Zahir & Batin. Sama2lah kita menjaga kesihatan kita ke tahap yg terbaik dan berusaha sebaik mungkin utk keberkatan dunia dan akhirat. Wassalam
Salam Aidilfitri 1442 |
Selamat Menjamu Selera. |
Rabu, 12 Mei 2021
Lemang di Musim PKP
Ahad, 9 Mei 2021
Baja Kompos RN Siap untuk di Gunakan
Alhamdulillah, pada 5/8/2021 siaplah batch pertama Baja Kompos RN. Lebihkurang 200kg baja siap untuk kegunaan sendiri dan dipasarkan kepada kawan setempat.
Packing dalam 2 size iaitu 1kg dan 3kg |
Bahan tambah yg dicampur untuk mennghasilkan Microb baik dan menyahkan bau. Terdiri dari EM4, Molasses, Cuka Kayu RN dan Serbuk Kayu. |
Sebahagian yg telah di pack untuk dihantar kpd pelanggan. |
Tempat proses Fermentation dalam 10 hari |
Baja Kompos siap sepenuhnya. |
Sabtu, 17 April 2021
Inovasi Baru - Mesin Penghancur Tahi Kambing
Baja Tahi Kambing merupakan Baja Organik Asli yg mempunyai unsur NPK yg lengkap sebagai nutrient terbaik bagi tumbuh2an. Akan tetapi, tumbuh2an tidak boleh consume Tahi Kambing dalam bentuk physical asal yg bulat2 itu kecuali setelah ianya hancur. Tahi kambing pula mengambil masa yg terlalu lama untuk hancur secara semula jadi.
Memikirkan betapa baiknya khasiat baja Tahi Kambing untuk pokok2 tanaman.... aku melakukan penyelidikan keberkesanan bajanya setelah hancur. Aku menggunakan jaring pukat yg halus beserta kayu pemukul, aku mengetuk2 pukat berisi tahi kambing dalam bentuk asal sehingga hancur. Aku lakukan hampir separuh hari (4jam) untuk mendapat hasil tahi kambing hancur dalam sebaldi besar (14kg). Aku gunakan baja hancur hasil ketukan tadi sebagai test plot terhadap beberapa pokok pilihan. Setelah 2 minggu...... Wow!!! hasilnya amat menggalakkan.
Apalagi, aku pun membuat carian di Youtube .... kalau2 ada cara untuk menghancurkan tahi kambing secara mudah & praktikal. Malangnya tidak ada yg betul2 baik untuk dicontohi. Akan tetapi, aku dapat ubah suai sedikit sebanyak mengikut citarasa aku dan Terciptalah Mesin Penghancur Tahi Kambing seperti yg aku upload dibawah.
Aku menggunakan tong cylinder terpakai (bekas extractor madu lebah aku yg dulu), mesin grinder yg sedia ada sebagai peralatan utama mesin penghancur tersebut. Oleh kerana aku nak cepat .... aku tempah acuan grinder ciptaan aku melalui kawan aku Mr. Cheng (Pakar Zink) dan dalam 2 hari siap. Kosnya kurang dari RM100/=. Kalau aku beli Mesin Khas Penghancur Tahi Kambing yg teriklan di pasaran adalah dalam harga RM1400/=.
Alhamdulillah!!! menjadi juga hasilnya.
Lebih kurang sejam saja dapat 3 baldi atau dalam 50kg. |
Tahi Kambing di keringkan dulu sebelum di mesin. |