Jumaat, 14 Februari 2014

Hentikanlah....Saya maafkan anda

Assalamualaikum Wrkth.

Saya dengan ini memohon kepada orang yang memanipulasikan beberapa gambar Dusun saya untuk tujuan yang mereka sahaja yang tahu menarik balik iklan mereka dalam Mudah.com. (refer iklan ini)

http://www.mudah.my/Dusun+at+kampung+ulu+tawar-25575298.htm

Beberapa keping gambar yang tertera itu adalah JELAS gambar Dusun Ku. Scenario nya adalah kolam tadahan air serta bangsal berehat disuatu sudut dalam dusun saya. Boleh dilihat dalam gambar2 yang saya muatkan dalam Halaman "Dusun Ku".

Perbuatan seperti ini adalah tidak baik. Sekiranya kita ingin berjaya dalam kehidupan Dunia & Akhirat hentikan tindakan memanipulasi & menipu seperti ini. Sebenarnya Allah SWT maha mengetahui dan semua orang ingin mendapat rahmat & keberkatan dari Nya untuk kehidupan mereka.

Ingatlah bahawa sebarang tindakan kita samaada baik atau jahat pasti akan mendapat balasan dari Allah.SWT.  Hanya cepat atau lambat saja kita menerimanya.

Hentikanlah perbuatan tidak baik itu dan saya Memaafkan Kesalahan perbuatan anda tersebut. Kalau diteruskan juga...saya hanya berserah kepada Allah SWT untuk menentukanNya.

Wassalam

Rabu, 12 Februari 2014

Tahniah Mohammad Radzi & Ellie.

Alhamdulillah...Syukur Ke Hazrat Allah SWT, aku bertambah mendapat gelaran Datuk lagi. Kali ini yang ke dua dari Mohammad Radzi & Ellie.

Tahniah Radzi diatas kelahiran anak yang kedua ini dan Rezeki kenaikan pangkat dalam kerjaya. Jangan lupa kepada Allah SWT. Utamakan Sembahyang tepat pada waktunya dari lain2 aktiviti. InsyaAllah, Doa mu akan dimakbulkan Nya.

Wassalam.

Nur Fatihah Aishah. Comelnya Dia. Sebiji Rupa Ayahnya.

Khamis, 9 Januari 2014

Cerita Kak Lisa

Sebenarnya Kak Lisa yang aku maksudkan disini ialah Ikan Kelisa atau Arowana yang aku pelihara dari kecil sejak 2 tahun yang lalu. Ikan ini jenis "Golden High Back" aku beli dengan harga RM300/seekor bagi saiz 4 inci. Ianya betina dan nama Kak Lisa aku berikan kerana Cucu2 ku yang selalu suka mengusiknya bertanyakan nama ikan tersebut. Kini ukuran panjangnya melebihi 18 inci dan lebar 5 inci. Ikan Kelisa adalah jenis ikan yang mempunyai sifat ketenangan yang tinggi. Makan kegemarannya ialah Katak dan Cengkerik.

Ketenangan Kak Lisa berubah dalam seminggu sebelum banjir besar yang bermula pada 3/12/2013. Kak Lisa menjadi aggresif, melompat dan kurang selera makan. Mungkin makluk Allah ini ingin memberitahu aku sesuatu kejadian yang akan berlaku. Aku tak sangka yang air akan naik bagitu tinggi melebihi 4 kaki semasa banjir besar  itu. Apabila aku berpindah, Kak Lisa aku tinggalkan bagitu saja.

Aku hanya dapat balik dan masuk kerumah pada 9/12/2013. Keadaan dalam rumah pada masa itu seperti kapal karam. Semua kerusi, meja, almari, peti ais dan lain2 peralatan terbalik tunggang langgang. Tetapi, yang menakjubkan ialah akuarium bersaiz 3 kaki panjang dengan Kak Lisa didalamnya yang sebelum ini berada diatas rak besi setinggi 3 kaki kini terdampar diatas lantai yang dikelilingi oleh kerusi2 yang terbalik kira-kira 10 kaki dari tempat asal. Kak Lisa berenang berlegar2 seperti biasa. Tidak ada sebarang keretakan pada kaca akuarium sedangkan cermin alas meja makan yang jauh lebih tebal pecah bertaburan diatas lantai.

Sememangnya makluk Allah ini tidak mempunyai dosa dan Allah menyelamatkannya. Apabila aku menceritakan kepada Tawkeh Kedai Ikan akan kejadian ini beliau agak terkejut. Katanya, jarang Kelisa dapat hidup apabila terputus bekalan  elektrik dengan pam yang tidak berfungsi dan tanpa makanan. Mungkin ikan itu masih ingin bersama aku katanya. Banyak orang lain beritahunya yang akaurium mereka pecah dan ikan peliharaan terus hilang mengambil kesempatan melepaskan diri masing2.

Tetapi tidak pada Kak Lisa. Beliau masih setia menunggu walaupun mempunyai peluang untuk melepaskan diri. Aku akan terus pelihara Kak Lisa apalagi ia amat mengenali aku dan sangat manja.


Inilah Tempat Asal Kak Lisa. Tenang berenang kesana kemari.


Diatas lantai inilah Akuarium dan Kak Lisa terdampar. Photo ini diambil
setelah lantai dibersih dan Kak Lisa telah dipindahkan ke tempat asal.