Isnin, 2 Mei 2011

Syabas - Alumni KBSS




Saya mendapat tahu bahawa Alumni KBSS telah mengadakan Majlis Tahlil, Majlis Anugerah & Pameran dan kemuncaknya pertandingan Bowling di Megamall Prai petang semalam. Tahniah kepada semua.

Sebenarnya saya mendapat jemputan untuk menghadirinya dalam pertengahan bulan lepas dari Haji Fauzi Omar iaitu rakan sekerja saya semasa di Petronas. Haji Fauzi ni sebaya dengan saya dan bersara beberapa bulan lebih awal dari saya. Kami beberapa kali menghadiri kursus bersama dulu. Saya biasa pergi belajar daripadanya sekitar tahun 1996 bagaimana untuk melaksanakan ISO untuk Servis Station Petronas kerana Station Permatang Batu, Butterworth dibawah kendalian beliau ketika itu merupakan stesen pertama Petronas mendapat pengiktirafan ISO. Haji Fauzi ni bukan bekas pelajar KBSS. Tetapi isterinya adalah Pengetua KBSS sekarang.

Masa saya belajar dulu, Kartar Singh adalah Headmaster nya. Kabarnya juga Jeneral Azizan adalah Yang Di Pertua Alumni sekarang. Jeneral Azizan ini memang saya kenal sangat. Beliau adalah junior saya semasa di KBSS dulu. Kalau tak silap saya, beliau orang Permatang Kuang. Kali terakhir kami berjumpa ialah di TUDM Kuantan sekitar tahun 1994. Pada ketika itu team bolasepak Petronas Wilayah Timur yang dipimpin oleh saya mengadakan perlawanan persahabatan dengan TUDM Kuantan. Beliau ketika itu berpangkat Mejar mengenali & menegur saya.

Saya mengatakan kepada Haji Fauzi yang saya tak dapat hadir kerana kebetulan saya baru balik dari Jakarta pada 28/4/2011. Adalah sukar untuk saya bergegas pula ke Penang ketika masih keletihan.

Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada Alumni KBSS kerana berjaya bergerak aktif.

Saya juga tercari-cari sahabat lama yang belajar di KBSS dari tahun 1968 hingga 1973. Saya alu-alukan mereka untuk menghubungi saya melalui blog ini.

Diantara kawan2 karib saya yang biasa tinggal serumah sewa semasa tingkatan 5 ialah  Sabri Ismail Tasik Gelugor, Mohd Zaki Penaga dan Razali (Tak ingat orang mana), Kawan2 lain yang saya ingat seperti Arifin Darus, Teo Eng Pmtg Janggus, Shaari Yahya Pmtg Janggus, Othman Walad Penaga, Pak Lah Kepala Batas, Mustaffa Bumbung Lima, Ismail Pmtg Bogak dan lain2 lagi.

Selamat Maju jaya kepada semua.

Wassalam