Jumaat, 22 April 2011

Mimpi yang memberi pengajaran yang berguna & membuktikan ajaran Islam yang sempurna

Sambungan kepada artikel ini diatas tajuk yang sama.

Mimpi yang ke 4

Untuk kes ini bukannya aku yang bermimpi. Tetapi kes nya melibatkan aku. Ceritanya bermula sebagini. Aku ada membeli sebidang tanah seluas suku ekar yang lokasinya dibelakang dan berhampiran Masjid Lama Pmtg Badak. Harga belian setelah dipersetujui dengan beberapa syarat ialah RM68,000 sahaja. Diantara syaratnya ialah aku kena membiyai perbelanjaan pertukaran status tanah dan pecahan kepada lot2 tertentu kerana tuan tanah HAL tidak mempunyai wang untuk melakukannya. Tuan tanah ini seorang yang alim, disegani dan merupakan kariah tetap di masjid. Untuk tanda persetujuan aku membayar RM1,000. kepada tuan tanah. Semua pembayaran yang aku buat kepada tuan tanah dilakukan melalui hitam putih,  bertandatangan penerimaan serta dua orang saksi iaitu seorang ialah anak kepada tuan tanah dan seorang lagi ialah orang kuat masjid. Selepas pendahuluan, tuan tanah ada meminta RM4,000 lagi untuk menjelaskan wang ukur tanah oleh surveyor dan aku berikan sepertimana yang diminta. Terakhirnya, tuan tanah ada meminta RM40,000 untuk beliau sekeluarga mengerjakan umrah. Tuntutan ini aku tidak beri sepenuhnya kerana perbelanjaan ini tidak ada kena mengena dengan hal ehwal tanah. Tetapi memandangkan tuan tanah merayu juga bahawa beliau dalam kesempitan wang maka aku berikan RM10,000 lagi. Seperti yang aku katakan sebelum ini iaitu semua pembayaran dibuat secara hitam putih. Jadi keseluruhan pembayaran aku kepada tuan tanah ini ialah RM15,000.

Nak jadikan cerita, tuan tanah yang masih sihat ini satu hari terlibat dalam kemalangan jalanraya dan meninggal dunia. Proses pertukaran status tanah belum selesai dan ada anak2nya yang tidak bersetuju dengan penjualan tanah ini. Perbincangan diadakan dimana aku sanggup membayar harga tanah yang dipersetujui sebelum ini bila2 masa sebaik saja proses pertukaran siap. Untuk meneruskan proses pertukaran semua anak2nya mesti bersetuju. Malangnya ada yang tidak bersetuju. Jadi aku meminta supaya wang RM15,000 dikembalikan. Mereka tidak mahu memulangkan kerana mereka tidak terlibat dalam perjanjian dan mereka juga tidak mempunyai wang untuk membayarnya. Memandangkan keadaan semakin buntu dan hampir setahun tiada penyelesaian maka satu lagi perbincangan diadakan dimana aku memberikan kata putus iaitu :  Aku mungkin tidak akan berjaya mendapat kembali wang aku jika berpandukan undang2 dunia ini akan tetapi aku tidak akan menghalalkan walaupun sesen wang titik peluh aku yang dibayar diakhirat nanti.

Lagi setahun berlalu. Tiba2, pada suatu hari ada orang datang mencariku. Katanya beliau dari Sabah. Beliau rupa2nya menantu kepada arwah simati, HAL dan selama ini menetap di Sabah.  Beliau kata yang beliau nak menjelaskan wang aku sebanyak RM15,000 tetapi nak membayar secara ansuran 4 kali. Aku bersetuju kerana sekurang2nya ianya dibayar. Aku pun bertanya apa yang menyebabkan beliau mencari ku dan sanggup membayar wang tersebut. Beliau menjelaskan bahawa beliau mendapat alamat yang arwah tidak tenteram dan memohon pertulongannya untuk menjelaskan wang yang telah diambil. Aku sedih mendengarnya dan terus aku katakan kepada beliau iaitu sekiranya benar semua wang tersebut dijelaskan sebahagian daripadanya akan aku sedekahkan ke Masjid Lama Pmtg Badak ini diatas nama 2 orang penderma iaitu arwah simati, HAL dan seorang lagi ialah aku.

Memang benar, kesemua wang telah dibayar dengan memasukan kedalam akaun bank aku sebanyak 4 kali. Dan sebagaimana yang aku janjikan sebahagian daripadanya (beribu ringgit) telah aku sedekahkan melalui bendahari masjid diatas nama arwah simati dan hamba allah.

Pengajaranya. Memang benar Allah mengampunkan semua dosa besar kecil orang yang mati syahid dan akan dimasukkan ke Syurga KECUALI orang itu tidak mempunyai hutang atau urusan yang belum diselesaikan sesama manusia. Maksudnya disini urusan atau hutang piutang sesama manusia didunia mesti diselesaikan sebelum segala amalannya diterima Allah. Janganlah  makan rezeki yang bukan hak kita, jangan ambil barang yang bukan hak kita seperti barang pejabat, curi masa dipejabat dan sebagainya kerana tindakan itu sebenarnya tidak halal. Adakalanya kehidupan didunia ini lagi sudah tidak diberkati Allah seperti menghadapi berbagai masalah, musibah dan sebagainya. Apalagi kehidupan kita di alam barzakh dan diakhirat nanti. Nanguzubillah min zalik.

Mimpi yang ke 5

Bapa mertuaku telah meninggal dunia kira2 tiga tahun yang lalu. Beliau seorang yang lurus dan penyabar orangnya. Tahun lepas ibu mertuaku pula meninggal dunia. Ibu mertua ku ini amat rajin bersembahyang. Jangan kata sembahyang maghrib dan Isyak saja beliau bersembahyang di surau bahkan setiap kali waktu subuh apabila aku berada di Bukit Rokan aku senantiasa lihat beliau ada di surau. Beliau meninggal dunia dalam keadaan baik. Malamnya,  beliau berborak sakan dengan kaum keluarga. Besok paginya beliau tidak berapa sihat dan dihantar ke klinik oleh isteriku. Terus dihantar ke hospital dan meninggal dunia pada pagi tersebut. Pada masa itu aku tidak mengikut isteriku balik kekampong kerana masih sibuk dengan kerja menyiapkan pagar kebunku. Jadi tak dapatlah aku berjumpanya buat kali terakhir. Aku hanya sempat hadir semasa mayat hendak dibawa kekubur. Semasa itu aku masih ingat yang akulah yang berucap sebelum mayat diusung meminta semua sanak saudara, kariah2 serta jiran2 yang hadir memaafkan arwah jika terdapat sebarang kesalahan atau kesilapan sesama manusia sebelum beliau pergi menemui Allah SWT.

Seminggu selepas itu aku bermimpi akan ibu mertuaku. Beliau dengan memakai telekung putih dengan muka yang berseri2 ditemani oleh bapa mertuaku hadir kerumahku. Beliau tidak bercakap dan hanya tersenyum tiba2 menghulur tangannya memohon kemaafan daripada aku. Aku menjabat tangan beliau sambil diperhatikan oleh bapa mertuaku dengan pandangan yang sayu. Itu sahaja yang aku ingat akan mimpi itu. Keesokan harinya aku menceritakan mimpi ku itu kepada isteriku. Mungkin arwah ada tersilap cakap ketika hidupnya terhadapku yang belum sempat dimaafkan didunia. Walau bagaimana pun aku dengan rendah diri telah memaafkan segala kesalahan beliau jika ada terhadap ku semasa hayatnya didunia. Dan selepas sembahyang subuh pagi itu aku doakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT.

Pengajaranya;  Kita digalakkan untuk memohon kemaafan sesama manusia didunia ini sebelum kita pergi menemui Allah SWT. Dosa kita sesama manusia hanya manusia yang boleh mengampuninya.

Wallahualam.