Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Tahun Baru

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru, 2012" kepada semua pengikut dan pengunjung yang sudi mengikuti blog saya ini.

Tahun 2011 kini menjadi nostalgia kenangan dan tidak akan muncul lagi selepas ini. Tahun 2012 pula yang akan kita tempuhi. Entah bagaimana keadaannya nanti hanya Allah yang maha mengetahui. Banyak ramalan peristiwa berhubung dengan tahun 2012 ini. Keputusan Kes Mahkamah, GSP, PRU 13 dan yang paling hangat ialah Ramalan Kiamat mengikut Kalender Suku Kaum Maya yang mengatakan dunia akan berakhir pada 21/12/12. Gementar juga melihatkan susunan angka tersebut. Secara kebetulan tarikh ramalan 21/12/12 jatuhnya pada hari Jumaat. Kalender Kaum Maya yang telah dirangka beribu tahun dulu itu terhenti pada 21/12/12. Katanya bumi akan berhenti beredar di galaksinya. Para saintis telah membuat kajian berkenaan ramalan ini. Para producer filem barat telah mengeluarkan filem khusus berhubung berakhirnya dunia pada tahun 2012.

Mengikut ramalan mereka, pada hari Jumaat 21/12/12, matahari akan bergabung lagi dengan titik silang yang terbentuk akibat ekliptika (jalan matahari) dengan ekuator secara total. Saat itulah, matahari tepat berada di tengah-tengah sistem galaksi, atau dengan kata lain galaksi terletak di atas bumi, bagaikan membuka sebuah “Pintu Langit” saja bagi umat manusia.

Siapa Suku kaum Maya in??? Suku bangsa Maya, merupakan salah satu suku paling terkenal sekaligus misterius di dunia. Mereka terkenal karena memiliki kebudayaan tinggi dan mewariskan bangunan-bangunan megah seperti house of the dove (rumah merpati) di kawasan mesoamerika. Suku ini juga dianggap misterius, karena hilang begitu saja dari liputan sejarah.
Suku Maya adalah kelompok suku yang tinggal di semenanjung Yucatan, Amerika Tengah yang berbatasan dengan Samudera Pasifik di sebelah barat, dan Laut Karibia di sebelah timur. Beksi super seksi Suku yang pada zaman batu mencapai kejayaan di bidang teknologinya (250 M hingga 925 M), menghasilkan bentuk karya dan peradaban unik seperti bangunan (Chichen Itza), pertanian (kanal drainase), tanaman jagung dan latex, sumurnya yang disebut “cenotes“. 

Selain dari purba Mesir yang membina piramid, Suku Kaum Maya juga membina piramid mereka sendiri yang lebih canggih. Piramid Maya lebih rendah sedikit, disusun dari bebatuan raksasa yang berwarna abu-abu dan putih, tidak semuanya berbentuk kerucut, di puncaknya ada sebuah balairung untuk memuja dewa. Di sekeliling piramida Maya masing-masing memiliki 4 tangga, setiap tangga memiliki 91 undakan, secara total 4 buah tangga ditambah satu undakan bagian paling atas adalah berjumlah 365 undakan (91 x 4 + 1 = 365), tepat merupakan jumlah hari dalam satu tahun.

Bangsa Maya sangat memperhatikan ilmu perbintangan, baik di dalam maupun di luar bangunan semuanya adalah angka yang berhubungan dengan hukum peredaran benda langit. Selain jumlah undakan tangga, pada 4 bagian piramida masing-masing terdapat 52 buah relief 4 sudut, menandakan satu abad bangsa Maya adalah 52 tahun.

Walaupun secanggih manapun Suku Kaum Maya ini, apa yang ditafsirkan mereka hanyalah RAMALAN. Kuasa Allah yang menentukan segala2nya.

Sebagai umat Islam, kita mesti sentiasa bersedia. Kita tak tahu apa yang akan berlaku esok hari atau bila2 dimasa akan datang. Kuatkan keimanan, ibadat dan pengabdian kita kepada Allah SWT.  Tak salah mengejar dunia tapi perbanyakanlah amalan untuk akhirat. Pastinya kita akan menuju kesana.

Wassalam.

Isnin, 26 Disember 2011

Alhamdulillah. Lagi Hasil Dari Dusun

Cuaca agak baik pagi ini. Jadi....kemana lagi aku ...kalau tak ke Dusun.

Cerita selanjutnya dalam Halaman Dusun Ku

Sebakul Cempedak & Rambutan

Ahad, 25 Disember 2011

AUKU

Semasa aku masih menuntut di ITM, akta AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti ) ini bagitu hebat diperkatakan kerana ianya mengongkong kebebasan pelajar.  Akta ini diluluskan semasa Mahatir menjadi Menteri Pelajaran.

Aku masih ingat dalam satu ceramah kepada pelajar oleh Mahatir di dewan ITM, beliau menegaskan bahawa Malaysia ketika itu tidak mempunyai satu sistem pendidikan kebangsaan. Aku yang berluap2 jiwa pelajar ketika itu bangun mempertikaikan kenyataan beliau. Kata aku, bagaimana kalau tidak ada sistem pelajaran sesaorang pelajar melalui proses tapisan pelajarannya dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan seterusnya ke Universiti melalui peperiksaan LCE, MCE dan HSC dan sebagainya. Pastinya ada satu sistem pendidikan atau jika tidak ada nama khusus pun aku berkata ianya perlu dikatakan sebagai satu sistem yang tidak bersistem. Pada malam itu bukan aku saja yang bangun bercakap bahkan ramai pelajar2 bangun bercakap kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan Mahatir.

Pada zaman itu pelajar berani meluahkan pendapat. Ada Sudut Pidato setiap hujung minggu di Tangga Intekma dan aku biasa berucap diruang Sudut Pidato ini.  Bukan saja ruangan berucap malah kami juga bebas menyatakan sokongan kepada isu2 semasa seperti isu Setinggan Tasek Utara, Isu Kebuluran di Baling, Isu Lokman Musa dan sebagainya dengan mengadakan demonstrasi pada hari kelepasan. Minda pelajar terbuka dengan isu2 semasa.  Kedewasaan benar2 terasa. Sementelahan, pada ketika itu negara tetap aman. Tidak ada kacau bilau akibat protes dari pelajar.

Namun apabila AUKU dikuatkuasakan oleh Mahatir maka kegiatan pelajar tersekat dengan teruknya. Sudut Pidato dihapuskan. Demostrasi ditegah sama sekali. Pelajar diugut dengan tindakan disiplin, tindakan mahkamah dan sebagainya.  Pelajar hanya diarahkan belajar semata-mata. Tidak hairanlah kita melihat kurangnya pemimpin yang berwibawa dan petah berpidato yang dididik sebelum AUKU seperti Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Mat Sabu, Sanusi Junid dan sebagainya pada masa kini.

Akan tetapi suasana kini mula berubah. Empat orang pelajar membawa kes mereka kemahkamah.
Akta AUKU,  akhirnya telah diputuskan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober 2011 yang memutuskan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Mana tidak bertentangnya, pelajar di Universiti kebanyakanya berumur lebih 21 tahun dan layak mengundi dalam pilihanraya negara. Tetapi mereka dihalang dari mencampuri hal ehwal politik. Anehnya kerajaan pula membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tertinggi itu.

Inilah yang meyebabkan pelajar2 seperti Adam Adli bangun memberontak. Beliau hanya menurunkan "Streamer" yang dalam bahasa melayu dipanggil "banding" mempamirkan gambar PM. Tetapi tindakannya di hebohkan dengan hebat oleh media massa sedangkan isu yang sebenar ialah AUKU. Anihnya sekiranya tindakan Adam biadap, bagaimana pula tindakan kumpulan yang menghantar kek tahi untuk harijadi Lim Guan Eng yang disiarkan berulangkali pula oleh media kerajaan terutama TV3. Bagaimana pula dengan perkataan "menatang" yang ditimbulkan di Terengganu.

Kerajaan sepatutnya menyedari isu sebagini yang bakal mempengaruhi pengundian dalam PRU13 nanti. Gulungan muda merangkumi lebih dari 60% jumlah pengundi secara keseluruhan. Yang benar tetap benar dan yang hak tetap hak. AUKU tidak sepatutnya dipinda pada seksyen 15 sahaja. Seksyen 3 lebih utama bercanggah dengan perlembagaan negara. Bagitu juga dengan seksyen lain yang banyak mengongkong kebebasan pelajar meluahkan pendapat.

AUKU sepatutnya di mansuhkan.

Rabu, 21 Disember 2011

Nak Cuit Sikit Pasal Politik...

Sebenarnya aku tak pernah menyertai mana2 parti politik. Sebelum ini aku hanya menumpukan pada kerja di sektor koprat. Namun aku sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa.

Aku hanya menyokong politik yang berprinsip telus, berjuang secara jujur dan ikhlas, meletakan agama sebagai teras perjuangan, menolak penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Mutakhir ini berbagai perkara mula terbongkar dan menampakkan warna sebenar erti ketelusan dan keikhlasan.

Isu Pertama:-

"Shahrizat: Saya hanya isteri pengerusi eksekutif NFC"

Itulah kenyataan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang aku petik dari Malaysian Insider.

Maksudnya disini,  Shahrizat cuba menjelaskan bahawa sebarang tindakan suaminya yang membelanjakan wang peruntukkan kerajaan sebanyak RM250juta khusus bagi penternakan lembu dengan melabur dalam hartatanah, rumah dan kenderaan tiada kaitan dengan dirinya.

Persoalannya, hubungan isteri dan suami bukankah sebahagian dari sebuah keluarga?. Tak kan isteri tak perlu tahu kegiatan suami lebih2 lagi dalam hal2 kewangan, pelaburan dan sebagainya untuk masa depan keluarga. Tambahan lagi diantara portfolio beliau adalah Menteri Keluarga. Bagaimana beliau hendak menjaga dan menasihati masyarakat berhubung dengan kekeluargaan jika definasi KELUARGA itu tidak difahaminya. Atau ada sesuatu yang cuba disembunyikan seperti apa yang dilakukan oleh tangan kanan tidak diketahui atau tak mahu diambil tahu oleh tangan kiri????

Isu Kedua

"Awang Adek: Yes, I received cash deposits, but...
Deputy Finance Minister Awang Adek Hussin has admitted that he had received cash contributions via his personal account, as alleged by a blogger, but said the deposits were donations for social programmes."
Kenyataan diatas dipetik dari Malaysia Kini.

Timbalan Menteri Kewangan mengaku menerima wang tunai yang dimasukan kedalam akaunnya sebagai derma untuk program kemasyarakatan di Bachok.

Atas kapasiti apa orang persaorangan boleh menerima wang derma melalui akaun peribadi???. Sementelahan pula Awang Adek,  bukan pun ahli dewan undangan negeri atau parlimen di Bachok, Kelantan setelah tewas dalam PRU ke 12 dulu. Ataupun mungkin wang derma itu tidak cukup untuk dibelanjakan kepada masyarakat menyebabkan beliau tewas dalam PRU dulu. Ataupun beliau memerlukan lebih banyak lagi sumbangan untuk menang dalam PRU 13 nanti.

Lebih membingungkan ialah kenyataan ini keluar dari beliau selaku Timbalan Menteri Kewangan. Tak pa lah SPRM sedang menyiasat dan yang pastinya kes ini "Crystal Clear" dan tentunya SPRM tak akan menyerahkan kes ini kepada Polis seperti Kes NFC diatas kerana diluar skop penyiasiatannya kata mereka.

Tapi jangan lupa.....sapa pulak yang menderma kedalam akaun beliau tu...  kenapa dia bagitu bermurah hati menderma kedalam akaun Awang Adek pulak. Aku percaya penyampai maklumat Blogger701 yang mempamerkan resit2 kemasukan wang pasti ada banyak bukti selanjutnya. Sekurang2nya ada no akaun bagi cheque pendeposit tersebut untuk siasatan selanjutnya.

Menarik pembongkaran ini..... Gelombang Merah yang baru dilancarkan untuk menawan Kelantan kini berpusing kembali menongkah arus dan tambahan 5 tahun lagi kepada pemerintahan Tok Guru di Kelantan ini nampaknya...

Cukup setakat 2 isu diatas untuk kali ini. Namun aku pasti PRU ke 13 yang dijangka akan diumumkan selepas pemberian wang RM500 melalui BR1M pada pertengahan Januari, Baucer bantuan RM200 buku sekolah dan wang RM100 yang telah diberi kepada semua pelajar sekolah mungkin TAK JADI diumumkan kerana 2 isu diatas timbul.  Pelik juga ya...budaya pemberian wang "once off"  ni nampaknya semakin menjadi-jadi pulak. Sepatutnya untuk meringankan bebenan rakyat, harga barang atau minyak, atau takrif elektrik atau berbagai perkara lain yang patut dikurangkan untuk kestabilan ekonomi rakyat jangka panjang yang perlu diutamakan.

Rasanya cukup setakat ini untuk kali ini. Banyak lagi isu yang akan aku sentuh termasuk isu AUKU, Cuepacs dan SBPA, Kes Pinjaman Bank Dunia yang Mahatir kata tak Mintak tapi mendapat pnjaman, Keputusan Kes Anwar 9/1 dan berbagai isu besar lagi yang akan diulaskan selepas ini.

Ahad, 11 Disember 2011

Banjir....ro...Banjir...ro

Mengikut perancangan, sepatutnya aku balik Penang pada hari ini. Tapi keadaan cuaca di Kuantan tidak mengizinkan. Hujan lebat turun berterusan dari semalam hingga pagi ini dan masih belum berhenti. Jalan menghala ke Taman Perumahan aku telah dinaiki air. Tapi, aku yakin ianya tak akan menjadi banjir besar seperti tahun 2000 iaitu 10 tahun lalu.

Namun aku perlu bersedia dan berhati2. Aku hanya akan bertolak ke Penang apabila keadaan bertambah baik.


Khamis, 1 Disember 2011

Assalamulaikum.... I'm back again as usual

Maaf, agak lama tak update my activity kat sini. Ada problem sikit dengan internet connection. Alhamdulillah, connection problem had been rectified & resolved.

So... feel free to browse my laman disebelah to see for my latest update,  especially hasil kebun di laman Dusun Ku dan lain2 lagi.

Wassalam.