Selasa, 31 Julai 2012

Lagi Cerita Pasal Mimpi

Semalam aku bermimpi bertemu dan bercakap dengan arwah Ibuku. Memang aku teringin sangat untuk bermimpi bertemu dengannya. Sejak beliau meninggal dunia di Mekah pada 16/11/2011, Tak Pernah sekali pun aku bermimpi bertemu dengannya. Aku ada bermimpi bertemu dengan orang lain yang meninggal dunia. Contohnya aku bermimpi bertemu Arwah Cik Gu M seorang jemaah Masjid Lama Pmtg Badak kira2 dalam sebulan selepas beliau meninggal dunia. Pertemuan berlaku di Masjid Lama iaitu ketika Solat Jemaah (Tak ingat Maghrib atau Isyak) iaitu ketika para Jemaah sedang membetulkan saf sembahyang aku lihat Arwah Che Gu M dengan berpakaian serba putih berjalan, dengan muka yang bersih dan tenang beliau memasuki saf sembahyang untuk bersembahyang berjemaah. Arwah ini seorang yang kuat agama, sentiasa mengerjakan solat lebih2 lagi Solat Berjemaah di Masjid.

Kemudian selepas selang 2 bulan Arwah Ayah tiriku meninggal dunia, aku bermimpi pula bertemu dengannya disatu tempat yang aku tak pasti dimana. Arwah kelihatan berwajah sedih dan sugul seolah2 sedang menghadapi masalah. Beliau hanya merenung tajam kepada ku tanpa berkelip matanya dan tanpa berkata2. Pada sebelah pagi keesokan harinya iaitu sebelum subuh aku bersembahyang hajat khusus supaya Rohnya berada dalam keadaan tenang. Pada mulanya aku ingin menghubungi abang dan adik2 ku supaya mereka turut mendoakan kesejahteraan roh arwah namun aku terlupa dan teringat kembali setelah aku bermimpi bertemu arwah ibuku malam tadi.

Tempat bermimpi malam tadi berlaku disebuah rumah kayu yang aku tak tahu dimana. Arwah Ibuku memakai baju kurung biasa, bertudung dan wajahnya berseri sekali. Beliau kelihatan muda dalam lengkongan umur 50 tahun jauh lebih muda dari umur terakhirnya iaitu sekitar 70 tahun. Beliau bertanya kepada aku samaada Abang aku ada menjemput aku ke kenduri Doa Selamat dirumah nya baru2 ini. Aku kata ada, tapi tak dapat hadir kerana aku menghadiri kenduri dirumah anakku di Shah Alam sehari sebelum itu. Aku pun bertanya pada Arwah samaada dia pergi atau tidak. Jawabnya dia pergi pada waktu malam. Tapi katanya tak ramai orang datang dan dia kata dia ada nampak Ayah Ku sedang makan ketika itu. Lalu dia bertanya lagi kepada aku iaitu bila aku hendak pergi ke Mekah?. Aku jawab InsyaAllah akan pergi juga selepas ini. Selepas itu katanya beliau nak balik ke Mekah. Disaat itu baru aku sedar yang aku sedang bermimpi dengan dia yang sudah meninggal dunia. Mimpi berakhir disitu. Ketika aku bermimpi sedang bercakap2 dengan Arwah Ibu, Arwah Ayah Tiriku ada ditempat tersebut tetapi beliau duduk agak jauh sedikit dan hanya memerhati dengan tenungan tajam sahaja, tanpa sebarang bicara.

Tengahari tadi aku menalipon Abang Ku bertanyakan beliau samaada kenduri doa selamat dirumahnya itu disertai dengan tahlil untuk Arwah atau tidak. Abang ku menjelaskan bahawa semuanya termasuk sekali dan sebenarnya kenduri dilakukan diwaktu tengahari hingga kepetang. Katanya hampir beratus orang datang kekendurinya. Tetapi memang benar katanya yang Ayah Ku hanya datang selepas waktu maghrib dan hanya ada beberapa orang saudara saja yang ada ketika itu.

Jadi benarlah apa yang dicakapkan melalui mimpi dengan arwah ibuku  malam tadi. Semua perbualannya dengan aku benar belaka. Aku amat berharap agar dapat bermimpi bertemunya lagi selepas ini.

Wassalam.

Ahad, 15 Julai 2012

Tak Habis Lagi Pasal Sambutan Hari Lahir

Pertama sekali aku nak ucapkan Terima Kasih kepada Tuan Haji Mete yang dalam salam ziarahnya meninggal komen dalam tulisan artikel aku sebelum ini iaitu 7 - 7 . Sila baca komen aku dalam balasan kepada komen Tuan Haji.

Secara kebetulan, ketika aku masih berada di rumah ku di KL nie, anakku Norazia ada membawa kek untuk sambutan ulangtahun kelahiranku. Apalagi cucu2ku yang nakal2 tu pun menyanyi2 lagu popular tuu sambil menyuruh aku memegang pisau untuk memotong kek. Aku turutkan saja kehendak mereka.

Sebenarnya, aku hanya tahu ada sambutan Hari Lahir  ketika aku meningkat remaja iaitu semasa sedang menuntut di ITM sekitar tahun 70an. Kawan2 sebilik selalu mengadakan majlis ringkas menyambut hari kelahiran mereka. Namun sebaik saja kelahiran anak kembar pertamaku, saban tahun aku tak pernah tinggal aku menganjurkan sambutan hari kelahiran mereka. (Aku akan cari gambar2 sambutan ketika mereka kecil untuk disiarkan dalam blog ini nanti.

Kini, sejak dua, tiga tahun lepas mereka pula sentiasa menganjurkan sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ku.

Terima Kasih kepada semua.

Kek Coklat dan Lauk2 untuk makan tengahari

Sambutan dalam rumahku di Ara Damansara bersama keluarga yang hadir

Sabtu, 7 Julai 2012

7 - 7

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Allah SWT, kerana memberi aku peluang bernafas lagi di bumi bertuah ini. Memberi aku peluang menghirup sepuas-puasnya udara, menikmati keindahan panorama dunia, berpeluang menjelajahi pelusuk rantau nusantara dan sebahagian pelusuk bumi yang terbentang luas.

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Allah SWT, kerana memberi aku kesihatan yang terbaik. Kesempurnaan anggota, deria dan pancaindera. Kekuatan tenaga dan minda. Rezeki yang melimpah. Memberi aku peluang berfikir, bergerak, berbicara, beriadah dan beribadah kepada yang Maha Pencipta.

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Allah SWT, kerana memberi aku keluarga yang bahagia, anak2 yang manja dan berjaya, keharmonian rumah tangga, kedamaian dalam masyarakat seranta dan dikelilingi rakan2 karib bertakwa dan berakhlak mulia.

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Allah SWT, kerana menghindarkan aku dari sebarang bala, musibah dan petaka, menghindarkan dugaan dan cabaran pancaroba berbanding dikala usiaku meningkat remaja.

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Allah SWT, kerana memberi aku kesedaran untuk lebih mendekati Mu ya Allah. Patuh segala suruhan Mu ya Allah. Menjauhkan diri dari mendekati larangan Mu ya Allah. Lebih menghayati dan mengingati ayat-ayat Mu ya Allah.

Permulaan diusia yang baru hari ini, aku mulakan dengan langkah yang mulia ya Allah. Secara kebetulan diawal dinihari aku diminta memimpin solat dirumah mu ya Allah.  Lalu aku membaca ayat2 suci Mu dari Surah Al Baqarah bermula ayat 38 hingga ayat 57. 19 ayat ini menceritakan bahawa Allah SWT menyuruh hambaNya supaya sentiasa bertaqwa, patuh kepada suruhanNya, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat dan sesungguhnya Allah SWT akan sentiasa bersama orang2 yang bertaqwa. Allah SWT ceritakan juga bagaimana Ia menurunkan bala kepada orang2 yang engkar, zalim dengan mengambil contoh menenggelamkan bala tentera firaun ketika mengejar Nabi Musa.

Dalam kekusyukkan aku membaca membuatkan aku mengulang beberapa kali ayat 45 yang bermaksud "Mintalah pertolongan kepada Allah dengan sentiasa bersabar dan mengerjakan sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk".

Akhir kata, terima kasih kepada isteri, semua anak2, cucu2, rakan2 rapat yang mengutuskan ucapan sempena tarikh lahirku. Semoga Allah SWT merahmati kalian.

Amin & Wassalam.