Isnin, 22 Oktober 2012

Kenapa Dengan Rumah Nie???????

Sesuatu yang menarik akan didedahkan berkaitan dengan rumah ini.

Tunggu keluaran selanjutnya.

Misteri........

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kemalangan dan Doa

Baru2 nie semasa aku bercuti di Penang dan KL, aku mengalami peristiwa yang sangat mencemaskan ketika driving. Aku terlibat dan juga nyaris terlibat dalam 3 kemalangan jalanraya semasa tempoh perjalanan tersebut. Aku masih memikirkan apakah hikmah yang dikurniakan oleh Allah SWT berhubung dengan peristiwa tersebut.

Kejadian Pertama - 9/10/2012

Lebih kurang jam 2 petang iaitu ketika hampir tiba ke Tol Juru di Butterworth, lebuhraya terlalu sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan2. Rupa2nya ada polis membuat operasi sekatan jalanraya berhampiran Tol tersebut.  Dalam bergerak perlahan2 itu aku dan isteri dikejutkan bunyi dan hentakan yang agak kuat dibelakang kereta. Sebuah kereta "MyVi" terbabas dan melanggar bahagian belakang kereta aku.  Lantas aku turun dari kereta dan bagitu juga pemandu kereta MyVi tersebut. Pemandu kereta seorang pemuda melayu dan ramai juga keluarganya dalam kenderaan tersebut. Dia berkali2 meminta maaf kepada aku kerana katanya tak sengaja dan tiba2 terlanggar saja. Aku lihat bahagian depan keretanya agak terperosok kedalam dan bumfernya melengkong kedalam berbentuk V.  Agak teruk jugalah dan mungkin habis beratus ringgit untuk merepairnya. Tetapi, yang anihnya, tidak ada sebarang bekas calar pun pada belakang kereta aku. Jadi aku pun memaafkannya dan menasihatinya supaya berhati2 memandu serta aku nasihat beliau supaya sentiasa berdoa kepada Allah sebelum memulakan perjalanan. 

Isteri aku tidak turun dari kereta dan tak percaya apabila aku kata yang kereta kita tak ada apa2 kerana melalui cermin sisi beliau jelas dapat melihat kerosakan pada kereta MyVi tersebut. Aku kata mungkin MyVi tersebut terlanggar besi penunda dibahagian bawah belakang kereta aku. Isteri tak puas hati kerana bunyi hentakan agak kuat dan kereta kami pun terlajak kehadapan sikit apabila terlanggar tadi. Jadi aku pun berhenti selepas tol untuk memeriksa sekali lagi keadaan belakang kereta. Confirmed. Tak ada bekas calar langsung dan besi penunda pula letaknya agak jauh kebawah  bumper dan dalam keadaan yang baik.

Kejadian Kedua - 12/10/2012

Ketika dalam perjalanan pulang ke KL iaitu selepas persimpangan exit Tapah, hujan lebat turun mencurah2. Pemandangan agak sukar dan semua kenderaan memasang lampu kereta. Ketika itu aku berada di lane tengah. Lane tepi dipenuhi oleh kenderaan berat seperti lori dan bas. Kenderaan di lane tengah bergerak dalam 70km sejam dan banyak kenderaan  hanya mengekori saja kenderaan yang dihadapan. Lantas aku masuk ke lane laju dan meningkatkan kelajuan kereta aku pada 100km sejam. Tetapi dalam tempoh 5 minit di lane laju, dalam samar2 hujan lebat aku ternampak sebuah kereta Unser yang rompong disebelah kanan hadapan bergerak menentang arus menuju kearah kereta aku. Aku agak panik dan memberi lampu highlight beberapa kali dan membunyikan hon kereta tak berhenti. Hendak masuk ke lane tengah ada banyak deretan kereta yang sedang bergerak. Hendak brek pula ada kereta mengekori dibelakang. Dengan laungan "Allahuakbar" aku membelok sedikit ke lane tengah dan Alhamdulillah kereta aku berjaya mengelak kereta Unser tadi. Sampai kini aku tak pasti bagaimana aku boleh mencelah disebelah deretan kereta dan berjaya pula mengelak kereta yang tiba2 terpusing menongkah arus dihadapan. Aku tak dapat bayangkan apa yang terjadi pada kereta2 yang dibelakang aku kerana aku terus memandu tapi dengan kelajuan dalam 80km saja supaya aku dapat mengawal sebarang kemungkinan. Yang aku pasti tiada kereta yang mengikut dibelakang aku selepas kejadian itu untuk beberapa ketika.

Kejadian Ketiga - 16/10/2012

Ketika dalam perjalanan pulang dari KL ke Kuantan aku mengambil laluan jalan lama kerana kami ingin makan tengahari di bandar Temerloh. Dalam jam 12 tengahari berhampiran kampong Sungai Kepong selepas Pekan Lancang aku memandu mengikuti 2 lori dihadapan pada kadar kelajuan 80km sejam. Sebelum itu ada satu kereta Hilux memandu dengan bahaya memotong kereta aku dan 2 lori dihadapan ketika di double line dan berhampiran selekoh. Hilux itu berjaya lepas walaupun ada sebuah lori yang datang dari arah hadapan. Aku berkata pada isteri, "Nasib baik betul Hilux tersebut dan kalau tidak sudah pasti kita akan dapat lihat satu accident dihadapan mata."  Sebaik saja habis aku bercakap kami tiba kesatu lagi selekoh yang dihadapan. Sebuah kereta Camry baru yang amat laju terbabas diselekoh itu dan melanggar bahagian axle (penyambung) lori yang dihadapan sekali dengan kuat menyebabkan lori itu terus terbalik. Dengan jelas aku dan isteri dapat lihat pemandu lori dan kelendannya (2 orang sekali) melambung keluar jatuh ditengah2 jalanraya dan kedua2nya terbaring tak bergerak. Sebuah lagi lori yang dihadapan aku pula  terbabas kesebelah tepi jalan memasuki kawasan hutan dan parit.

Aku masih memandu dan memegang stereng dengan kuat dan berjaya membelok2 dan mengelak dari melanggar 2 orang yang terlentang diatas jalan. Isteriku seperti dalam keadaan trauma menggigil bagitu juga aku yang agak cemas dan terus memandu tak berani nak berhenti. Bahkan kami juga tak berhenti langsung di Temerloh sebaliknya terus memandu sampai kerumah di Kuantan. Isteri aku marahkan aku kerana mungkin masin mulutku kerana bercakap pasal accident sebelum kemalangan tadi. Pada aku, itu hanya satu kebetulan saja tak ada kena mengena dengan kepercayaan masin mulut dan sebagainya.

Kemalangan ini dilapurkan dalam Akhbar Sinar dengan gambar lori terbalik dihalaman P8 berita negeri Pahang pada 17/10/2012. Surat kabar lain aku tak pasti kerana tak beli.

Peringatan Pentingnya Doa

Sebenarnya semua kejadian yang berlaku diatas mengingatkan aku akan pentingnya berdoa sebelum memulakan perjalanan. Kita pohon kepada Allah SWT  disamping berusaha iaitu memandu dengan selamat pastinya akan diperkenankan Allah SWT. Tetapi ada juga orang berkata, mereka pun selalu berdoa namun accident berlaku juga. Maka kita perlu pula muhasabah diri. Contohnya renung kembali bagaimana kita berdoa sebelum memulakan perjalanan. Kebanyakan orang masuk kedalam kereta hanya membaca doa perjalanan iaitu " Subhanallazi...................lamun Qholibun" saja. Tangan tak ditadahnya. Kesungguhan dalam berdoa itu penting kerana kita memohon sesuatu daripada Allah SWT.  Kita menadah tangan ketika berdoa untuk makan. Kita menadah tangan ketika berdoa selepas sembahyang. Kenapa ramai orang ambil mudah hanya membaca doa tanpa menadah tangan sebelum memulakan perjalanan. Tak bersungguhkah kita memohon kepada Allah SWT. Kenapa kalau nak berangkat ke Mekah sanggup melaungkan Azan dan berdoa bersungguh2. Itu perjalanan... ini pun perjalanan juga yang memungkinkan sebarang kemungkinan. Ayuh....jadikan satu habit iaitu sebelum start kereta .....angkat tangan ......baca doa....kemudian baru hidupkan injin dan memulakan perjalanan. Kalau ada anak2 lagi baik suruh mereka doakan dan tadah tangan juga kerana mereka masih suci dari melakukan kemungkaran dan dosa yang membuatkan doa mereka tidak ditolak oleh Allah SWT.

Selain dari berdoa, terdapat banyak cara2 lain yang boleh kita usaha dan lakukan untuk mengelakkan kemalangan yang kalau diceritakan disini boleh dimuatkan kedalam satu buku panjangnya.

Wassalam.

Khamis, 4 Oktober 2012

Terima Kasih.....Tuan

Petikan dari email yang diterima:

As'kum, dalam laman Dusun ku tak de pula ruangan ulasan jadi saya ingin ambil kesempatan di sini untuk bertanya mengenai kebun, maaf.
Petai yang sdra tanam sdra panggil petai padi. Saya pergi nurseri dia orang jual petai papan dan petai siam. Katanya petai papan petai kita yang biasalah sementara petai siam mata besar2. Takde pula petai padi. Durian dalam posting terkini ada keturunan durian hijau beserah ke? Nampak elok tebal. Boleh mengatasi D24?


Dicatat oleh Ghazali Yusof ke Dusun ku pada 20 September 2012 11:32 PG



Waalaikummussalam En. Ghazali.

Saya amat berterima kasih kerana tuan sudi singgah dan mengemukakan komen di blog Dusun Ku ini.


Ruang Komen
Sebenarnya artikel yang saya muatkan di Halaman "Dusun Ku" bersambung-sambung iaitu berada didalam Edit Mode. Maksudnya disini, adalah mudah untuk saya mengedit dan menambah cerita baru dari hari kehari berkenaan perkembangan terkini Dusun Ku. Jadi saya tak bercadang pada mulanya untuk mengujudkan ruang komen kerana ruang ini akan berada di penghujung artikel yang terdahulu. Maksudnya disini, pengunjung yang ingin meninggalkan komen terpaksa pergi keruang terakhir kesemua artikel (bawah sekali) untuk membuat komen atau ulasan.  Walau bagaimanapun saya menerima teguran tuan dan ruang komen telah pun diujudkan. Sila pergi keruang yang paling bawah dihalaman Dusun Ku untuk membuat sebarang komen. Dulu saya ada tampilkan "Shout Box" dipermukaan Blog saya untuk pengunjung meninggalkan komen ringkas. Tetapi, oleh kerana kurang sambutan, saya delete kan saja.  Satu alternatif lagi ialah Tuan boleh meninggalkan komen pada mana2 post di ruang utama. Saya juga pick up dan akan response kepada komen2 tersebut.

Petai Padi
Sebenarnya saya pun tak berapa tahu jenis2 petai nie.  Masa belum berkebun dulu saya biasa ke Pasar2 Malam. Apabila membeli Petai, penjualnya kata ada yang Petai Biasa dan ada jenis Petai Padi. Jadi apabila berkebun nie, pokok petai saya sama seperti petai yang saya beli yang dikatakan Petai Padi tuu. Bezanya dengan petai2 yang  lain ialah: Matanya padat dan rapat, papannya tak berapa panjang seperti petai biasa,  Rasanya Lemak, Tak rasa kelat langsung ...." Walaupun Di Makan Bagitu Sajaaaaa......".  Agaknya, pemilik Dusun yang menjual Dusun ini pada saya dulu tuu telah memilih jenis2 pokok yang terbaik kut. Saya bersyukur dan rasa bertuah.

Durian Beserah???
Seperti yang saya nyatakan dalam blog saya... Saya tak tahu jenis2 durian yang ada di Dusun tuu. Kesemuanya ada 42 pokok. Saya telah beberapa kali membawa Pegawai Pertanian datang ke Dusun untuk mendengar nasihat pertanian. Lazimnya Durian hasil penyelidikan jenis Klon diberi nama seperti D24, D99, D101 dan sebagainya. Namun berkenaan jenis durian di Dusun saya hanya boleh diberitahu jenisnya apabila mereka melihat dan merasai buahnya saja. Masa dia orang datang tuu diluar musim pulak. Saya hanya diberitahu oleh bekas pemilik bahawa semua jenis durian yang ada ialah Jenis Kampung dan hanya sepokok saja Durian Kahwin. Pemilik Asal pulak saya dah terputus hubungan dan tak tahu tinggal dimana kini. Dulu2 tuu mungkin tak ada klon kut...  Macam jenis Musang King. Saya rasa ianya bukan jenis klon tetapi jenis kampung juga dan bentuk isinya yang padat, besar dan melengkung macam musang sedang berbaring.

Jenis durian yang tuan tengok dalam photo tu ada dua pokok di Dusun saya. Isinya Tebal dan Kuning. Masa musim buah hari tu.....buah dari pokok ini di booking oleh jiran setempat tinggal dengan saya. Pada masa tuu saya jual 5  biji RM10/= saja. Hari2 dia pesan dan beli. Berpuluh ringgit kadang2 sehari. Saya pun hairan kerana takkan dia sekeluarga boleh makan durian hari2 sebagitu banyak. Akhirnya saya tahu juga yang dia hantar durian itu kepada kakak2 dan saudara maranya di Kuantan nie.  Katanya isinya sedap.

Tetapi, jenis durian yang paling baik di Dusun saya ialah jenis "Durian Burung".  Pokoknya amat besar disebelah rumah, di Dusun. Buahnya kecil dari buah durian yang lain. Kalau dalam se pangsa itu paling banyak ulasnya hanya 2 saja. Adakalanya satu. Warnanya putih tetapi rasanya......Alahai...mak...oiii ...paling lemak..melekit2 macam pulut...dan manis kepahit2an.  Dulunya, apabila saya jual buah selalunya pelanggan tak pilih buah jenis ini mungkin kerana saiznya agak kecil. Tapi, saya tersenyum saja kerana buah itu menjadi pilihan keluarga saya. Adakalanya saya sedekah sebiji dua pada orang yang membeli buah dengan banyak.

Jenis Durian Beserah..... saya biasa makan. Memang warna kulitnya hijau, buahnya agak besar dan rasa isinya lemak & manis. Tapi, jenis ini rasanya tak ada di Dusun saya. Ia juga bukan jenis klon, hanya jenis durian kampung yang terdapat di Beserah iaitu kawasan berbukit bersebelahan pantai. Mungkin tanah jenis ini yang membuatkan rasa isinya special gitu...

Itulah jawapan saya kepada komen tuan. Terima kasih juga kerana menghubungi saya melalui SMS. Tak tahu pulak yang tuan boleh dapatkan no. phone saya melalui Blog MasjidLama Pmtg Badak.

Teruskan mengunjungi Blog saya dan saya mengalu-alukan sebarang komen dari tuan.

Wassalam