Ahad, 25 Disember 2016

Tersilap Langkah

Pertama kali saya memohon maaf kepada peminat blog yang menghubungi saya bertanyakan kenapa blog ini tidak lagi aktif dalam meng update aktiviti baru.

Saya akui iaitu saya telah tersilap langkah dalam mengambil tindakan untuk mengusahakan ternakan ayam.  Banyak masa saya dihabiskan dalam ternakan ayam ini. Saya tidak mempunyai pembantu dan ternakan ayam ini juga saya lakukan seorang diri. Ternakan ayam amat cerewet dari segi penjagaan pemakanannya, minumannya dan penjagaan rebannya.

Saya tidak boleh memberi tumpuan khusus kepada ternakan ini kerana saya ada aktiviti pertanian dan lain yang perlu saya usahakan seperti biasa.

Berkenaan Ternakan Ayam

Saya telah memindahkan kesemua ayam ternakan di Dusun ke reban yg saya baru bina dibelakang rumah kerana :-

1. Supaya tumpuan saya tak terganggu apabila pergi ke dusun untuk kerja2 biasa perladangan.

2. Saya dapat rasakan ada pencerobohan yang telah masuk ke dusun saya dan sedang menunggu masa yang sesuai utk mengambil ayam tersebut apabila cukup matang.

3. Separuh dari masa saya di Dusun adalah dihabiskan direban ayam ini untuk melakukan kerja2 pembersihan selain dari tugas biasa dalam aspek pemakanan ayam.

4. Makanan dedak dan jagung ayam agak mahal dan ayam makan terlalu kuat tiada henti berbanding itik dan puyuh.

Walau bagaimana pun di publish disini  perkembangan terkini berkenaan ternakan ayam yang saya lakukan.

Gambar dan video dibawah diambil kira2 sebulan umur ternakan tersebut.



Setelah sebulan umur ternakan



Reban Ayam yg baru dibina dibelakang rumah dgn 12 pintu petak depan & belakang

Isnin, 7 November 2016

Aktiviti Baru Di Dusun Ku

Satu aktiviti baru di Dusun Ku telah dilaksanakan iaitu melibatkan Ternakan.  Inilah kali pertama seumur hidupku mula terlibat dalam bidang Ternakan.

Walaupun semasa kecil2 dulu aku biasa mengambil upah menjaga ternakan kerbau dan lembu tetapi itu hanya sekadar membawa binatang ternakan itu memakan rumput di tepi jalanraya sekitar jam 5 hingga 7 petang saja.  Aku dibayar sekitar 20 sen untuk tempoh tersebut apabila aku diminta oleh pemilik binatang ternakan berkenaan untuk membawa keluar binatang ternakan itu.

Kini, aku nampak peluang baru. Hampir semua manusia suka makan ayam. Tetapi, jenis ayam kampung paling digemari ramai. Harga pasarannya pula amat menarik.  Aku diberitahu bahawa harga ayam kampung di pasaran pada masa ini sekitar RM18 sekilo. Seekor ayam kampung yang sihat boleh mencecah sehingga 3 kilo seekor.

Aktiviti ini pula hanya sampingan sementelahan pula Dusun Ku masih mempunyai kawasan yang lapang dan sesuai untuk ternakan.

Bermula minggu terakhir bulan lepas aku membina sebuah Reban yang sesuai untuk memulakan ternakan ini. Hanya dalam 3 hari saja sebuah Reban asas siap dibina.

1hb. November 2016, aku mula memasukkan 50 ekor anak Ayam Kampung, 10 ekor Itik Bertelur dan 3 ekor Puyuh Bertelur.  Tujuan aku memasukkan itik dan puyuh bertelur adalah kerana aku hanya berminat untuk mendapatkan telur kegunaan sendiri dari membelinya di pasaran.

Setelah seminggu menceburi bidang ini aku sudah nampak bentuk "improvise" yang akan aku lakukan supaya ternakan aku ini boleh ditinggalkan saja dalam seminggu untuk memakan dengan sendiri. Akan aku update kan bentuk improvise itu nanti.

Inilah Reban yg aku bina sendiri di Dusun Ku
Pandangan dari arah belakang  Reban
Anak ayam, Puyuh dan Itik Telur dah mula tumbuh Kepak  Sayap
Alhamdulillah!!!!! sehingga hari ini semuanya masih hidup dan sihat

Jumaat, 7 Oktober 2016

Hebatnya Tekam Yellow (J 33)

Alhamdulillah. Aku baru balik dari Kursus Intensif  "Upskilling Tanaman Nangka" yang dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selama 3 hari (4 hingga 6/10/2016) bertempat di Temerloh, Pahang. Lebih kurang 40 peserta hadir dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah.

Kursus ini amat berguna kerana ia mengajar dari permulaan pemilihan benih, menanam, membaja, memangkas, memetik buah dan seterusnya cara memproses sebelum dipasarkan.

Sesuatu yang perlu diketahui iaitu  Nangka Jenis Tekam Yellow (J33) adalah nangka yang terbaik kerana isnya yang manis mengalahi Nangka Madu Mastura. Harga pasaran Tekam Yellow jauh lebih tinggi dari Madu Mastura atau pun jenis2 nangka yang lain. Ianya ibarat  Mangga Harum Manis bagi jenis mangga yang tidak dapat ditandingi oleh mangga jenis lain.

Kalau anda hendak memakan nangka fresh.....Pastikan anda memilih Nangka jenis  Tekam Yellow atau nama commersialnya  J33. Ada beberapa ciri untuk mengenali Nangka Tekam Yellow ini. Tetapi agak panjang untuk diceritakan satu persatu ciri2nya.

Tiba di Ladang Nangka LPP Temerloh
Bersama Haji Shaari dari Cuping Perlis menggali lubang utk benih nangka.
Peserta Bergambar Di Ladang Nangka
Cara memproses Nangka sebelum dibuat Icecream atau di pasar segar
Bergambar bersama Ketua Pengarah LPP Pahang semasa penyampaian sijil
Singgah di Ladang Nangka Rosham Nor
Memasuki Kawasan Ladang Rosham Nor

Rabu, 17 Ogos 2016

Sedikit Panorama Hasil di Halaman Utama ini.

Sengaja aku muat naikkan photo ini yang diambil tengahari tadi. Aku sengaja membawa balik lebihan rambutan yg dihantar kepada Pemborong kerana ada Tempahan dari rakan2 setempat.

Harga jualan semasa Rambutan di rumah ialah RM10/= untuk 3 kilo.   Sedangkan harga borong semasa yang aku jual pada Pemborong adalah RM4/= sekilo. Tetapi demi kawan2 aku jualkan juga pada harga RM10/ utk 3 kilo itu.

Aku difahamkan bahawa harga pasaran termasuk pasar malam bagi rambutan daerah Kuantan ialah diantara  RM7 hingga RM9 sekilo.

Satu ikat 3 kilo dan Durian yg gugur hari ini.


Isnin, 15 Ogos 2016

Tempoyak Kak Zie Kembali Lagi

Alhamdulillah!!!!!  Musim Durian sudah menghampiri penghujungnya.  Buah2 yang terlebih masak dan yang merkah & pecah diproses untuk dibuat Tempoyak.

Kami hanya buat Tempoyak setahun atau semusim sekali iaitu ketika musim buah di Dusun kami. Kami tahu ada diantara pokok2 yang menghasilkan buah yang hanya gugur ketika bagitu matang dan adakalanya pecah ketika jatuh. Buah2 jatuhan ini kami kumpul dan kini tibanya musim Tempoyak dibuat semula.

Kami memohon maaf kepada mereka yang memesan dari jauh atau luar daerah Kuantan kerana kami tidak dapat memenuhi permintaan kalian. Untuk Pos adalah tidak sesuai kerana Tempoyak kami memiliki gas yang terlalu kuat dimana adakalanya penutup bekas terpaksa dilonggarkan untuk mengelakkan ianya dari meletup.

Seperti sebelumnya, Tempoyak Kak Zie adalah terdiri dari kandungan 100% isi durian asli dan tidak dicampur dengan sebarang bahan lain.

Walaupun kami telah menerima tempahan seberapa banyak kilo pun yang kami hasilkan  dari sebuah Restoran Terkenal di Jalan Kuantan ByPass tetapi kami tidak memberi kesemuanya kepada mereka. Kami pack dalam bekas yang sekecil suku kilo, setengah kilo dan seterusnya untuk memberi peluang kepada pemintaan rakan2 setempat.

Harga Pasaran sekilo ialah RM20/= sahaja.

Kami memohon maaf kepada yang tidak dapat membeli jika kehabisan stock.

InsyaAllah di tahun hadapan kita buat semula.

Proses membuat Tempoyak dari buah yang pecah bermula

Siap packing.  3 botol besar diatas telah habis ditempah

Selasa, 26 Julai 2016

Orang Penang Melawat Dusun Ku

Alhamdulillah!!!  Adik aku dan keluarganya dari Penang dalam program bercuti dan singgah di rumah aku semalam.

Mereka pertama kalinya menjejak kaki ke Dusun Ku pagi ini.  Kebetulan pula ....adalah sebiji dua buah yang baru mula gugur dan dapatlah mereka merasainya.

Terima kasih kepada Kak Nah, Suami dan Anak Lelaki yg sudi menjejak kaki dan melawati kesegenap pelusuk Dusun ini. Rezeki pagi ini hanya ada beberapa biji buah yang mula belajar untuk gugur dan terus di kopek makan di Dusun.






Isnin, 11 Julai 2016

Terima Kasih dan Salam Eidilfiti.

Assalammualikum Wrkth kepada semua followers dan pengunjung Blog Dusun Ku ini.  Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Eidilfitri Maaf Zahir Batin sekiranya ada sebarang kesalahan terlanjur kata atau terkasar bahasa dipihak saya dalam menguruskan blog Dusun Ku ini.

Saya juga mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada mereka yang mengingati Hari Kelahiran saya dengan menghantar ucapan melalui facebook, what's app dan message yang secara kebetulan disambut sama dengan kemeriahan sambutan  Eidilfitri pada kali ini.

Teruskan minat Tuan/Puan khususnya dalam bidang Pertanian kerana selain dari ia memberikan pulangan hasil yang fresh dan halal ia juga membuatkan tubuh badan kita sentiasa sihat walafiat dan inilah asset yang paling berharga dalam menjalani kehidupan kita di dunia ini.

Bersama semua anak2 dan cucu2
Hampir 40 tahun beraya bersama isteri tersayang
Sambutan Hari Lahir yg diawalkan kerana jatuh serentak dgn Eidilfitri 2016

Ahad, 1 Mei 2016

Sebuah Transformasi Bermula dan Sedang Berlaku.

Alhamdullillah !!!!!  Dengan kudrat yang ada....Sebuah Transformasi kini bermula dan sedang berlaku. Aku akan update kan dari masa kesemasa. InsyaAllah satu halaman baru akan dibuka untuk Transformasi yang Lebih Hebat ini.

Sabarlah dalam menunggu keluarannya.

Gambar dari Satu Kawasan Belukar
Jeep Dusun Ku berjaya sampai ke Kawasan Belukar ini
Tranformasi kini Bermula

More Updates will be Published Soon.

Tolong buka halaman  "Dusun Ku 2" diatas kerana semua updates akan dimuatkan kedalam Halaman Baru ini.

Ahad, 21 Februari 2016

Makan Malam Keluarga

Alhamdulillah, semua anak menantu dan cucu2 balik kampung pada Cuti tahun baru Cina 8hb Feb 2016 yang baru lepas. Terima kasih kepada anak2 kerana menganjurkan Makan malam Keluarga ber menu kan Steamboat. Kali ini, Hari Keluarga kami di sambut di Kuantan. Tahun hadapan ...entah dimana pulak ya?.  ...

Oiii sibuknya!!!!