Ahad, 31 Julai 2011

Alhamdulillah, Ramadhan yang dinanti-nantikan kini menjelma.



Terlebih dahulu, setinggi2 kesyukuran ku panjatkan kehadrat Allah SWT. kerana aku masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumi ini dan diberi peluang sekali lagi untuk menikmati dan merasai kesyahduan Ramadhan pada tahun ini.

Puasa merupakan salah satu dari 5 prinsip yang membentuk Rukun Islam. Seperti yang semua orang tahu, Empat lagi prinsipnya ialah Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Sembahyang Fardhu 5 Waktu, Mengeluarkan Zakat dan Mengerjakan Haji sekiranya ada kemampuan.

Untuk memahami pengertian "RUKUN" padaku adalah amat mudah. Contohnya prinsip "Rukun Negara" ada 5. Sekiranya sesaorang warganegara tidak mematuhi walaupun salah satu dari prinsip rukun negera seperti "Tidak Patuh kepada Kedaulatan Undang2" maka warganegara itu tidak layak & tidak sah untuk menjadi warganegara ini dan mesti dihukum.

Satu lagi contoh untuk mudah difaham iaitu dengan merujuk kepada Rukun Sembahyang yang ada 13 perkara atau prinsip. Sekiranya sesaorang tidak mengamalkan walaupun satu prinsip rukun sembahyang seperti tidak Berniat, atau tidak melakukan Takbiratul Ihram atau Tidak Rukuk, Iktidal dan sebagainya maka sembahyang sesaorang itu TIDAK SAH.

Maka Rukun Islam pun sama. Hukum bagi "Rukun" ialah samaada Sah atau Tidak Sah, itu saja. Tidak SAH Islam sesaorang yang tidak mengamalkan kesemua rukun Islam yang lima itu. Maka tidak hairanlah apabila tiba Puasa Ramadhan semua orang Islam akan mengamalkannya kerana ia adalah salah satu dari prinsip Rukun Islam. Semua orang akan mengambil berat akan Puasa Ramadhan. Si ibu atau Si Ayah akan memujuk anak2nya untuk berpuasa atau belajar berpuasa. Si Suami atau Si Bapa akan terlentuk letih namun terus mengamalkan Puasa. Pihak Berkuasa Tempatan membuat pengumuman akan menggunakan Van Jenazah untuk membawa orang yang ditangkap tidak berpuasa. Bahkan ada Jabatan atau Syarikat yang memendekkan waktu kerja di waktu petang untuk memudahkan kakitangan balik awal kerana mengerjakan ibadah puasa. Facebook dan SMS penuh dengan ucapan dan kata2 aluan mengungkapi Ramadhan. Bagitulah juga setiap diantara kita pulak akan menjaga Pertuturan & Tindakan masing2 kerana takut2 Puasanya terbatal.  Sungguh telitinya kita dilatih sejak kecil untuk berpuasa.

Kenapa jadi bagitu???.  Sebenarnya ianya bermula apabila orang kita nak menunjukkan hormat kepada Orang Putih dizaman pra merdeka. Orang kita bersungguh2 memberitahu British bahawa orang Islam wajib berpuasa sebulan sekali dalam setahun. Semua aktiviti harus dikurangkan. Kerja menoreh, perlombongan dan bertani harus dikurangkan. Selepas genap berpuasa maka kita pun berayalah dengan meriahnya. Suasana kemeriahan pun dipamerkan dengan jelas seperti bertukar kuih, mengunjungi masjid dan sebagainya. Hakikatnya, orang Melayu mana ada satu hari kebesaran pun untuk bangsa sendiri. Tak seperti orang Cina ada Kong Hee Fat Choy, Hindu ada Depavali, Dayak, Iban dengan Gawai, Semah, bahkan orang Asli pun ada seperti Sewang dan sebagainya. Melayu hanya mengambil perayaan Islam untuk diraikan. Sebab itulah apabila kita sambut hari raya melebihi sambutan orang2 Islam dinegara2 lain. Orang Arab pun hairan melihatkan meriahnya kita menyambut Puasa & Hari Raya.

Sambutan Puasa yang bagitu hebat itu hampir2 menenggelamkan ibadat Fardhu lain yang terbentuk dalam Rukun Islam. Bagaimana pula dengan Sembahyang Fardhu 5 waktu sehari semalam?.  Sembahyang fardu ini berada didalam kedudukan ke 2 dalam susunan prinsip Rukun Islam. Bahkan sesiapa yang mengerjakan sembahyang pasti akan Mengucap 2 kalimah Syahadah melalui bacaan Tahayat Awal dan Akhir.  Persoalannya disini ialah :- Adakah kita mengambil berat akan Sembahyang Fardhu?. Adakah anak2 dilatih dan disuruh Sembahyang setiap waktu?. Adakah kita juga patuh mengerjakan Sembahyang Fardhu menepati waktunya?. Adakah Jabatan Agama menyediakan Van Jenazah untuk menggangkut beribu orang Islam yang sedang membeli belah ketika Sembahyang Fardhu Jumaat dilakukan???????????????. Sah kah Islam kita atau keluarga kita yang tidak mengerjakan Sembahyang Fardhu ini????.

Kadang-kadang terasa hairan juga melihatkan bagitu ramai orang yang taat dan setia mengunjungi dan memenuhi Masjid dimalam hari untuk bersembahyang Tarawih. Bahkan ada yang sanggup bertikam lidah mempertikaikan jumlah rakaat samaada 8 atau 20 sedangkan hukum Sembahyang Tarawih hanya SUNAT Muaakad sahaja.

Penekanan terhadap Puasa pada pendapat aku bermula sejak lama dahulu yang membuatkan pengamalannya menjadi sebati dalam kehidupan sesaorang. Namun sejak akhir2 ini pengamalan berpuasa semakin luntur dan tidak sekuat dahulu. Aku masih ingat semasa kecil walaupun hidup dalam kemiskinan, nenek aku masih mampu membuat kuih untuk berbuka puasa pada kadar yang banyak. Tugas ku pada ketika itu adalah menghantar sepiring kuih kesetiap rumah jiran yang berhampiran pada setiap petang. Jarak rumah pula agak jauh dan adakalanya berselisih dengan kawan2ku yang membawa kuih dari rumahnya. Tetapi kini walaupun tinggal dirumah teres bahkan di apartment namun  penghantaran kuih hampir tidak lagi dilakukan secara aktif. Hanya kadang2 saja dilakukan. Masing2 membawa diri masing2. Semangat kejiranan semakin luntur.

Walau apapun, Ayuh.....Berubahlah kita untuk menjadi seorang Islam yang sejati. Tahu ibadat mana yang mesti didahului dan dilakukan dengan tekun mengikut "priority" supaya tidak tergelincir akidah. Dan yang paling pentingnya kekal sebagai seorang Islam yang sah keIslamannya  dan bukan kekal menjadi Islam keturunan atau Warisan semata2. Nanguzubillah Min zalik.

Selamat  Berpuasa disamping tekun mengerjakan ibadah fardu yang lain.

Wassalam.

Isnin, 25 Julai 2011

Comelnya Adam Harris

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana aku memperolehi seorang lagi cucu yang diberi nama Adam Harris. Beliau lahir pada kira2 jam 1.30 tengahari Isnin 11/7/2011 iaitu 4 hari selepas hari ulang tahun kelahiranku. Hari ini usianya menjangkau 2 minggu ataupun 14 hari. Keadaannya amat sihat dan bagitu juga dengan ibunya.

Aku telah mengadakan sembahyang hajat khas sebelum masuk waktu subuh khusus mendoakan semoga Adam Harris sentiasa sihat walafiat, menjadi seorang yang cerdik dan pandai, berjaya dalam kehidupannya dan muncul sebagai seorang mujahid Islam dalam mendalami, memperkembang dan mempertahankan agama yang suci ini.

Amin Ya Rabbul Ngalamin.


Isnin, 18 Julai 2011

Alahai... lagi hasil dari Dusun Ku. Alhamdulillah

Apa aku nak buat dengan jering yang banyak ni. Itu baru aku petik sebahagian dari sebatang pokok. Banyak lagi yang belum di petik. Sepokok lagi tak usik langsung.

Aku kena tunggu orang rumah ku balik dari KL hari Jumaat nie. Aku kena akui walaupun aku biasa mengetuai satu wilayah pasukan pemasaran namun aku mahir dari teori dan mengarah saja. Secara pemasaran physical aku masih lemah.

Isteriku yang mahir pasal jualan nie. Musim lepas ketika semua 25 pokok rambutan ku berbuah, aku jadi panik dan tak tau nak pasar kat mana. Yang aku tahu pergi Pejabat FAMA dan kakitangan FAMA pun macam aku juga suruh aku bawa rambutan ke Pejabat mereka dan mereka hanya boleh beli pada kadar 60 sen sekilo saja. Aku bertanya penjaja2 buah tepi jalan tapi semua kata buah terlalu banyak dan tak laku.

Tapi strategi isteriku lain, beliau pergi sendiri ke kedai runcit persendirian dan munjual secara borong pada harga RM1.20 sekilo. Ada juga beliau packing dalam 2 kilo sekampit plastik dan meletakkan kekedai2 runcit di sekitar Permatang Badak dan Sg. Isap. Beliau call caterer2 berhampiran dan offer RM1/kilo untuk jamuan kenduri.  Laku rupanya... beribu ringgit juga lah dapat. Durian pula macam goreng pisang sebab beliau call kawan2nya dan dijual RM10 untuk 5 biji. Apa lagi buah tak balik lagi pesanan dah banyak menunggu.

Jadi aku kena tunggu dia juga ni untuk nak jual jering yang banyak tu..


Jumaat, 15 Julai 2011

Alhamdulillah..... Durian dah mula gugur .....Bang.

Pagi tadi aku ke Kebun. Lazimnya hari Jumaat ialah hari Off aku dan tidak ke kebun.Tapi oleh kerana dah banyak hari aku tak ke kebun jadi hari ni aku pun pergilah.

Sukanya hati ku pagi ni apabila melihat banyak durian di bawah pokok. Sebenarnya musim nie durian tak berapa menjadi. Hanya untuk makan dan tak cukup untuk dijual seperti musim lepas. Kutipan pagi nie hanya 10 biji yang elok untuk dimakan selebihnya dalam 8 biji lagi telah di tebuk dek tupai.

Tetapi, jering menjadi2 pula. Pagi nie aku hanya petik setangkai yang muda untuk dibuat ulam.


Isnin, 11 Julai 2011

Lagi Cerita Bersih yang di Petik dari blog lain

Mat Sabu: Polis dah macam gangster

Fazy Sahir
| July 11, 2011
Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan tindakan polis sebagai ‘gangster’ ketika perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu.
Menceritakan detik cemas itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata motosikal yang dinaikinya dirempuh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalanan.
Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi akan dibuat pada Jumaat ini.
“Ini hanyalah pengalaman peribadi tapi paling mustahak polis jadi gangster. Bukan jaga keamanan negara tetapi jaga pemerintahan kerajaan dan Umno,” katanya yang berkerusi roda dan cedera di lutut kanan dalam sidang media di Dewan Annex ketika sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat.
Mat Sabu menyifatkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan regim yang zalim.
Beliau berkata , NGO Bersih akan bermesyuarat untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Najib berbohong
“Kami minta stadium dia (Najib) tak bagi. Najib berbohong…Beliau tidak layak memimpin rakyat, dia hanya layak jadi suami Rosmah.
“Bersih akan bermesyuarat untuk tindakan undang-undang. Esok saya akan buat laporan dan serah kepada peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.
Seorang lagi mangsa yang juga ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut cedera di kepala dan menerima enam jahitan akibat insiden itu mendakwa wujud skrip untuk menggambarkan orang Melayu dan PAS adalah bodoh.
“Yang ditahan pemimpin-pemimpin PAS-Ustaz Hadi, Mahfuz,Salahuddin…sedangkan Lim Kit Siang di depan. Tapi mereka buta dan tidak tangkap. Ada rancangan yang menggambarkan orang Melayu bodoh dan digunakan DAP.
“Rasa pihak polis seolah-olah memainkan peranan yang ditetapkan Umno,” dakwa beliau.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula menggesa mangsa-mangsa untuk tampil bertemu sekretariat Bersih mahupun pihak Pakatan untuk mengumpul bukti keganasan polis pada perhimpunan Bersih tersebut.
Azmin mendakwa ramai yang dipukul dan diseksa polis, malah Pakatan katanya akan menghubungi media antarabangsa seperti Al-Jazeera untuk mengumpul bukti keganasan polis.

Ahad, 10 Julai 2011

Bersih!!!!! oh Bersih!!!!



Aku memang tak mahu lepaskan peluang ini untuk terlibat sendiri dalam perhimpunan Bersih di K. Lumpur pada 9/7/11. Bagi ku, peluang untuk terlibat secara langsung adalah sukar untuk diperolehi. Jadi, aku mengambil keputusan menghadirinya.

8/7/2011

Jam 9 pagi,  aku bertolak ke K. Lumpur dari Kuantan dengan menaiki bas kerana ianya lebih mudah untuk melepasi roadblock dan sebagainya. Jangkaan aku tepat iaitu apabila tiba di Tol Karak terdapat "long que" akibat roadblock oleh polis. Beratus kenderaan ditahan dan diperiksa. Bas yang aku naiki diarah ketepi dan 2 orang anggota polis naik membuat pemeriksaan. Yang kena tahan pula ialah orang Bangladesh kerana mungkin pasal pasport atau dokumen tak lengkap.

Jam 12.30 tengahari bas tiba di K. Lumpur dan aku turun di Stesen Pekeliling. Suasana sesak pada ketika ini. Aku menaiki LRT dan terus ke rumah di Ara Damansara.

9/7/2011

Seperti biasa aku bangun seawal jam 5 pagi untuk bersembahyang subuh di Surau Apartment tempat tinggal aku. Setiap kali aku bersembahyang Subuh di Surau Ara Damansara ini aku di minta menjadi Imam. Pagi ini aku membaca surah Al Hasyr, ayat ke 11, "Alam taraillallazi nakafaru"  hingga ayat 24 "Wahuwal ngazizulhakim" yang menceritakan berkenaan kekuasaan Allah berhubung dengan keangkuhan dan kesombongan segulongan manusia berkaitan dalam hal Pengusiran. Mungkin secara kebetulan aku akan terlibat  aktiviti sebagini pada hari ini.

Jam 8.30 pagi aku menaiki LRT dari Kelana Jaya untuk ke Pasar Seni. Aku lihat ramai polis sedang membuat pemeriksaan dilaluan masuk di LRT Kelana Jaya. Aku bernasib baik kerana dilepaskan masuk untuk menaiki LRT. Sebenarnya, aku telah menanggalkan kopiah putihku dan menyimpan didalam poket. Jadi urusan pemeriksaan lebih mudah. Kebanyakkan yang memakai songkok putih akan ditanya kemana destinasinya. Aku juga lihat polis ada membuat pemeriksaan di stesen2 LRT sepanjang perjalanan.

Jam 9.15 pagi tiba di Pasar Seni. Semua jalanraya dalam bandar kosong dan hanya dilalui oleh kenderaan polis. Aku lihat banyak truck2 polis diletak berderet sepanjang jalan berhampiran Pasar Seni. Anihnya, LRT masih dibenarkan operasi. Aku lihat melalui LRT inilah orang ramai diangkut turun dari segenap penjuru. LRT yang penuh akan kosong setelah orang turun dan LRT yang lain pula tiba.

Jam 10 pagi, orang semakin ramai tiba melalui LRT dan Train Komuter. Semua kedai termasuk restauran menutup perniagaan mereka.

Jam 11 pagi aku mengikuti orang ramai bergerak ke arah Masjid Negara. Namun Masjid Negara telah dikepung oleh polis jadi orang ramai terpaksa berkumpul di Stesen Keretapi. Train komuter juga beroperasi seperti biasa. Jadi, ramailah orang dari stesen Seremban, Kelang, Kajang, Rawang dan lain2 menggunakan train untuk ke K, Lumpur.

Jam 12 tengahari, beribu orang sedang berkumpul di stesen keretapi. Polis mula mengambil tindakan dan orang ramai terpaksa berundur ke Pasar Seni. Pada ketika ini kumpulan di Masjid Jamek telah dibedil dengan gas pemedih mata oleh polis dan mereka berlari kearah Pasar Seni menjadikan situasi semakin gawat. Crowd meningkat sehingga 6,000 orang dan polis menembak gas pemedih mata di Pasar Seni pula. Aku terpaksa berlari ke jalan Tun Sambanthan menghala ke Brikfield. Gas pemedih mata ini baunya busuk dan terasa pedih sekali. Aku terpaksa membasahkan ketayap putih ku dan mengesat muka & mata yang pedih.

Jam 1 petang, aku bergerak secara sendiri untuk menuju ke Stadium Merdeka. Aku tak mahu mengikut kumpulan kerana nampaknya polis bertindak agresif terhadap kumpulan. Aku berhenti di satu surau berdekatan deretan kedai makan. Ramai jemaah dari Kedah, Penang & Perak berlindung di Surau ini disamping menunggu untuk sembahyang zohor. Aku dilantik untuk menjadi Imam mengetuai sembahyang jamak qasar zohor & asar disini.

Jam 2 petang, hujan turun dengan lebat. Perarakan yang dianggotai masyarakat berbilang kaum diteruskan. Namun, semua jalan yang menghubungi stadium dipagari dengan kawat berduri dan dijaga oleh polis & FRU. Kelihatan banyak motorsikal dan kereta polis meninggalkan kawasan jagaan dan kembali ke Ibu Pejabat mereka. Namun orang ramai masih setia dalam hujan dan terus begerak dan berhimpun berhampiran jalan ke Stadium.

Jam 3 petang, hujan berhenti. Orang ramai dari Masjid Jamek dan Pasar Seni serta stesen keretapi terus berarak ke Stadium dan terhenti disekatan jalan masuk ke Stadium Merdeka. Crowds semakin bertambah besar sehinggakan memenuhi sepanjang jalan dari Pasar Seni, Jalan Perak dan Petaling Street sehingga ketempat berkumpul dipersimpangan jalan ke stadium.


Jam 3.30 petang, perhimpunan tidak lagi bergerak kerana jalan penuh sesak. Laungan reformasi dan takbir bergema. Apa yang dikagumi pada demontrasi ini ialah penyertaan orang Cina dan India yang terlalu ramai. Tetapi situasi masih aman kerana tiada tindakan dari polis.
Jam 4 petang, orang mula bersurai. Aku rasa pihak berkuasa silap dengan tidak membenarkan perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka secara aman menyebabkan orang ramai berarak di jalanan. Sebenarnya inilah matlamat asal perhimpunan Bersih. Anggaranku untuk kumpulan dari Masjid Jamek dan Pasar Seni saja menjangkau 30,000 orang. Itu tidak termasuk crowd di Jalan Pudu, Sogo dan Bukit Bintang, KLCC dan lain2 tempat.

Kumpulan Perkasa pula tak nampak langsung. Pemuda Umno pun aku tak nampak mungkin mereka dikawasan lain. Seorang pun tak nampak berpakaian silat. Bak kata P Ramle; semuanya auta..

Kesimpulannya, perhimpunan kali ini berjaya menghimpunkan masyarakat berbilang bangsa dengan aman dan tenteram. Kecuali sekali sekala ianya menjadi gawat apabila polis mengambil tindakan.

Lihatlah video yang saya ambil sendiri semasa perhimpunan di kawasan Petaling Street saja yang menceritakan jumlah kehadiran sebenar.  Di kawasan ini saja padat dengan puluhan ribu orang ramai memenuhi sepanjang jalan dari Pasar Seni melalui Petaling Street hingga ke jalan stadium. Di kabarkan bahawa perhimpunan di jalan Pudu 2 kali ganda lebih besar dari perhimpunan disini.

Persoalannya?????  hanya 6,000 orang sajakah yang hadir?????






Jumaat, 8 Julai 2011

Halaman Baru

Aku mula memperkenalkan satu halaman baru yang aku namakan "Sudut Video". Dihalaman ini akan aku muatkan beberapa video menarik untuk tatapan pengunjung ke blog aku ni.

Tunggulah kemunculannya nanti....

Wassalam.

Khamis, 7 Julai 2011

I'm growing older by another year

Alhamdullilah. Hari ni genap umurku 56 tahun. Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang kepada aku untuk meneruskan lagi kehidupan ku di dunia ini. Aku bersyukur juga ke hazrat Allah SWT kerana nikmat Kesihatan Rohani & Jasmani diriku masih kekal sihat sejahtera. Aku bersyukur kerana masih mampu berlari berbatu2, masih mampu mengayuh basikal berpuluh kilometer, masih mampu menyangkul menanam anak2 pokok, masih mampu mengurus dan membersihkan dusunku dan yang paling agung sekali iaitu masih mampu membaca dan menambah hapalan ayat2 suci Allah setiap hari. Namun aku mesti terus berusaha untuk mengekalkan tahap kenikmatan rohani dan jasmani ini . Aku terlalu yakin bahawa Allah SWT akan merahmati hambanya yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.

Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluargaku dan teman2 yang menyampaikan ucapan selamat hari kelahiranku hari ini. Ingatan & ucapan kalian amatlah aku hargai.

Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anak2ku yang memberi hadiah kepada ku hari ini. Sebenarnya, aku tidak memerlukan hadiah2 tersebut. Aku sudah cukup bangga dengan melihat kejayaan kamu semua. Kejayaan kamu menamatkan pengajian masing2 di Universiti, menjawat pekerjaan yang baik dan masing2 mempunyai keluarga yang bahagia adalah merupakan anugerah kerahmatan Allah kepada ku dalam mendidik dan membesarkan kamu semua.

Sebenarnya kejayaan kamu adalah keberkatan & rahmat Allah dalam meningkatkan kemajuan kerjayaku dulu dan pandangan masyarakat terhadap ku selama ini. Kejayaan kamu semualah yang mengukuhkan kepercayaan majikan dan masyarakat terhadap ku. Situasi inilah yang paling agung yang tidak boleh dibeli atau dinilai dengan hadiah atau wang ringgit.

Teruskan kehidupan kamu dengan ikhlas & jujur. Aku pasti menerima tempiasnya.

Terima kasih. Wassalam.

Nota untuk anak2ku :
Aku rasa ingin untuk memaparkan sedikit sejarah pembesaran kamu seorang demi seorang di blog ku ini nanti. Ada diantara kisah2nya yang kamu mungkin tidak ketahui sebelum ini.