Alhamdulillah!!! Petik hasil pagi ini. Limau Kasturi dan Pucuk Cemperai.
Senarai Blog Utama
Rabu, 19 Disember 2018
Rabu, 28 November 2018
Pemasangan Kayu Pagar Mula di Lakukan
28/11/2018
Alhamdulillah!!!.
Pemasangan Kayu Tiang Pagar jenis Merbau dan Temusu mula aku lakukan seorang diri di Dusun Ku 2. Aku hanya bercadang membuat pagar kayu dan berdindingkan zink dan kerawat duri (Barb wire) di Dusun Ku 2 ini. Aku telah memulakan pemasangan sedikit demi sedikit berdasarkan 4 penjuru batu sempadan yg aku tanda dengan tali.
Setakat ini aku telah berjaya memasang lebih 40 batang tiang yang aku lakukan dalam 15 batang sehari. Aku memerlukan dalam 200 batang tiang untuk memagar keseluruhan Dusun Ku 2 di Kampong Kolek ini. Terdapat banyak Dusun jiran2 dikawasan Dusun Ku 2 ini. Tetapi tiada seorang pun yg memagar dusun2 mereka.
Tak apa ....aku akan terus lakukan. Hendak seribu daya.
Alhamdulillah!!!.
Pemasangan Kayu Tiang Pagar jenis Merbau dan Temusu mula aku lakukan seorang diri di Dusun Ku 2. Aku hanya bercadang membuat pagar kayu dan berdindingkan zink dan kerawat duri (Barb wire) di Dusun Ku 2 ini. Aku telah memulakan pemasangan sedikit demi sedikit berdasarkan 4 penjuru batu sempadan yg aku tanda dengan tali.
Setakat ini aku telah berjaya memasang lebih 40 batang tiang yang aku lakukan dalam 15 batang sehari. Aku memerlukan dalam 200 batang tiang untuk memagar keseluruhan Dusun Ku 2 di Kampong Kolek ini. Terdapat banyak Dusun jiran2 dikawasan Dusun Ku 2 ini. Tetapi tiada seorang pun yg memagar dusun2 mereka.
Tak apa ....aku akan terus lakukan. Hendak seribu daya.
Sebaris Kayu Merbau aku gunakan utk membuat tiang. |
Sebari tiang menuju kebahagian bawah Dusun juga sudah siap |
Gambar Dusun Ku 2 Terkini. |
Jumaat, 16 November 2018
Ahad, 11 November 2018
Kelapa & Geruk
Alhamdulillah!!! Pagi tadi kait nyok sikit dpd 3 pokok dibelakang rumah. Dapat lebih kurang 80 biji. Pada pendapat aku kelapa lebih baik ditanam berbanding kelapa sawit atau getah. Permintaan dalam negeri sentiasa tidak mencukupi. Harga runcit dipasaran kini dalam RM2.40 sebiji dan semakin meningkat. Tapi aku jual hanya RM1.70 saja sebiji kpd pelanggan tetap. Sempat juga anyam geruk utk cempedak. Dulu aku biasa tanya harga satu geruk yg dijual di Calok Barat (Tempat Cempedak banyak) iaitu RM1.00 satu. Tak sampai satu pelepah dan dalam masa 20 minit aku dapat siapkan 6 geruk. Terima kasih See Fuu Haji Fauzi Wahab Mohammad. Kali ini geruk dah bertochang...... haaa....haa...haaa.
Geruk Cempedak
Alhamdulillah!!!. Jadi pun. Terima kasih banyak kpd Hj. Fauzi Wahab Mohammad kerana mengajar saya cara2 membuatnya minggu lepas. Saya dah buat tadi kat kebun sebab nak balut buah2 cempedak yg mula membesar bagi batch kedua itu. Sarung daun kelapa ini lebih baik dpd sarung2 plastik lain utk membalut buah kerana ia dapat membentuk buah dan oleh kerana ia juga dari daun, ia mungkin dapat menghindar serangan tupai & monyet. Warisan tradisional yg mula dilupakan.
Khamis, 18 Oktober 2018
Mengekalkan Tahap Kesihatan (16/10/2018)
Alhamdulillah!!! Selepas Subuh aku sempat berjogging (lari tanpa berhenti) sebanyak 6 pusingan sekeliling perkarangan Hotel Seri Malaysia Melaka (berbukit) disamping kawasan sekitar Pusat Kraftangan selama 40 minit tanpa henti. Ini menunjukkan aktiviti berkebun masih dapat sustain prestasi jogging aku 20 tahun dulu. Isteri aku dapat habiskan 3 round walaupun hanya dgn berjalan cepat. Selepas jogging kena breakfast berat sikit. Akan berada disini 3 hari sebelum berlepas ke destinasi lain.
Rabu, 26 September 2018
Isnin, 24 September 2018
Buah Terakhir Musim Ini.
Alhamdulillah!!! Hari ini adalah hari buah Durian terakhir gugur untuk musim ini. Ia merupakan satu sejarah baru dimana musim ini adalah musim Durian yg paling lama sepanjang aku mengusahakan Dusun Ku (dalam 10 tahun) dan ia juga merupakan musim yg paling produktif. Ia mula gugur pada 24hb. June dan berakhir pada hari ini 24hb September 2018.
Walau bagaimanapun ada juga beberapa pokok yg mula mengeluarkan putik2 baru. Aku akan upload kan perkembangannya nanti. Syukur Alhamdulillah dan syabas kepada Fastgrow yg banyak membantu. Untuk rekod, aku mula menggunakan baja Fastgrow bermula musim ini. Sebelumnya, berbagai jenis baja digunakan.
Rabu, 19 September 2018
Bercuti setelah penat berkebun.
15/09/2018
Sampai selepas hampir 50 tahun kunjungan terakhir semasa masih bersekolah dulu. Banyak sangat berubah. Ada Jeti baru dan kompleks perniagaan hasil laut. Udang siring/kepal, belacan tumbuk(hitam), sotong cumi dan banyak lagi ada disini dgn harga yg murah.
11/09/2018 - Hasil Dusun Ku Pagi Ini.
Alhamdulillah!!! Diantara koleksi pagi ini sebelum keluar berehat sementara seminggu dua. Tekam Yellow J33 dan adik2nya Cempelak. Dan tengok juga dokong yang baru masak dan dicelah2nya keluar pula ranting pucuk baru yg mengeluarkan putik2 buah. Hebat Fastgrow. Seeing is believing. Action speaks louder than words. Whose earth is this anyway??????
Ahad, 9 September 2018
Buah Kandis
Pagi nie aku pergi ke Dusun jauh di Kg Kolek, Jalan Sg. Lembing. Hampir 3 bulan aku tak datang kesini kerana menguruskan hasil buah di Dusun yg satu lagi.
Kenal tak buah apa tuu??? Orang sekarang mungkin tak tahu. Ia adalah buah kandis yg hampir sama dgn buah gelugur yg orang buat Asam Keping. Aku biasa tengok nenek aku buat asam keping masa kocik2 dulu. Cara membuatnya juga mudah iaitu dipotong nipis, basuh dan jemur di panas matahari. 3 atau 4 hari ia akan bertukar colour kepada coklat tua dan sudah boleh digunakan atau dijual.
Agak2 berapa harga sekilo asam keping sekarang yaaa.. RM25/kg ...bang. Kebetulan pokok kandis aku ini berbuah terlalu lebat... Apa lagi......Asal jadi duit Bang.
Sabtu, 8 September 2018
Khamis, 6 September 2018
Aktiviti Luar - Demo Baja Fastgrow.
Alhamdulillah!!! Pagi nie baru lepas buat demo penggunaan Fastgrow di Kelab Golf Mahkota (MGCC) di Bukit Istana. Dato' CEO MGCC adalah pengguna Fastgrow yg telah mengambil banyak packs dari saya utk Ladang Kelapa Sawit beliau di Temerloh.
Kini Dato' bercadang utk meluaskan penggunaan utk pokok2 di MGCC.
Isnin, 3 September 2018
Kelapa Pulak!!!
Unlike Lulian, Kelapa tak boleh ditunggu jatuh saja kalau nak di commercialise. Kena kait, kopek dan hantar kpd pelanggan.
Unlike Emas, Kelapa memerlukan aset yg sedikit seperti sebidang tanah yg sesuai tetapi memerlukan usaha & tenaga yg banyak untuk mendapat hasil sepanjang masa selagi hayat pokok itu masih ada.
Sudah tentu tengok saja tidak menjadi. Usaha menjaganya akan memberi hasil yg banyak dan berterusan. Disamping pengusaha akan mendapat tubuh badan yg sihat walafiat, InsyaAllah.
Sabtu, 1 September 2018
Isnin, 27 Ogos 2018
Jenis IOI Muar.
Alhamdulillah!!! Diantara pokok2 terakhir yg menggugurkan hasil pagi ini. Jenis IOI Muar. Giliran Tuan Kebun memakan sepuas2nya sebelum menunggu pulak musim hadapan. InsyaAllah. Walau bagaimanapun ada juga beberapa pokok durian yg mula berbunga kembali. Akan di update kan perkembangannya selepas ini.
Langgan:
Catatan (Atom)