Jumaat, 30 Disember 2022

Kemana Tumpahnya Kuah???

Like father, like son.

Aku mula berkebun sebaik saja pencen. Tapi, anak aku ini yg masih dalam 30an ..... sanggup ambil cuti 2 minggu pergi berkursus Menanam Nenas di Pontian Johor untuk diusahakan di tanah yg baru dibeli di Kelantan. Sebahagian sulur yg dibawa balik ditanam di tanah aku di Kg Pandan, Kuantan seperti dalam photo diatas. Nampaknya beliau amat gigih berkebun. Lega rasanya kerana kuah tumpah ke nasi juga. Alhamdulillah.


Kali ini aku upload kan juga photo2 hasil jangka pendek berterusan  yg aku petik kelmarin sebelum datang ke KL nie, seperti Selom (dalam 6kg), Limau Kasturi (sekampit baja) dan Kelapa (dari Kebun Seri Mahkota). Hasil2 sampingan ini dah lama aku tak update kan sebelum ini ... tapi ianya tetap berterusan produktif penangan Baja Kompos RN buatan sendiri.


Mula bercuti untuk bulan ini... InsyaAllah, akan balik menyangkul semula pada 9/01/2023 nanti.

(Copy paste from my FB Posting)

Aku petik dalam 6kg daun Selom

Anak aku sedang menanam nenas.

Sekampit baja Limau Nipis, Kelapa dari Kebun Seri Mahkota.


Jumaat, 23 Disember 2022

Cucu2 Berkebun

Jarang aku ke kebun pada Hari Jumaat. Tapi, pagi ini aku pergi juga ke Kebun Kelapa Pandan sebab cucu2 ini nak tolong bersihkan kebun kata mereka. Tolong ada makna tuuu... Upahnya agak lumayan bagi mereka.

(Copy paste from my FB Posting)





Selasa, 6 Disember 2022

Mimpi???

Kali terakhir aku tulis mengenai mimpi yg aku alami sebelum ini ialah pada bulan Julai 2012 iaitu lebih 10 tahun yg lalu. Kesemua mimpi2 yg aku alami itu memberikan berbagai tafsiran dalam liku2 kehidupan aku.

Kini, agak sekian lama aku ingin menulis lagi berkenaan mimpi. Semua manusia mengalami mimpi. Ada yg kata mimpi hanya mainan tidur tapi ada juga mimpi yg memberi sesuatu mesej tertentu. Pada aku, mimpi yg menjadi mainan tidur jarang aku mengingatinya pada keesokan harinya. Tetapi ada beberapa mimpi yg membawa mesej tertentu yg secara sedar aku akan segera mengingatinya keesokkan harinya,  

Berikut adalah beberapa mimpi yg aku alami yg memberi pertanda tertentu yg belum pernah aku ceritakan sebelum ini.

1.   Mimpi kejadian di kebun aku.

Ianya berlaku sekitar 8 tahun yg lepas dimana suatu malam aku bermimpi bahawa kedua2 pintu pagar besi di kebun aku terbuka luas. Aku rasa waswas berkenaan mimpi itu bimbang jika betul2 aku terlupa menguncinya dan binatang atau makhluk perosak akan memasukki kawasan kebun. Lazimnya aku akan mengunci pintu pagar menggunakan mangga (padlock) sebaik saja aku meninggalkan kebun.  Alhamdulillah!!! apabila aku ke kebun pada keesokkan harinya aku dapati pintu pagar tertutup rapat dan berkunci. Walau bagaimanapun ketika aku berjalan didalam kebun aku dapati  2 tiang pagar yg berbata dikawasan penjuru pagar RUNTUH terus. Ianya berlaku kerana air hujan yg lebat pada sebelah malamnya mengalir ke penjuru pagar dan menumbangkan 2 tiang tembok bata ke bumi. Aku mengambil masa 2 hari memasang semula konkrit bata dan 2 tiang serta membuat lubang laluan air keluar.

2.  Mimpi Manusia Kepala Anjing.

Mimpi ini juga melibatkan kejadian di kebun aku dalam 4 tahun lepas. Aku bermimpi melihat seorang manusia yg agak muda badannya (sekitar 30 tahun) tetapi muka dan berkepala anjing berwarna hitam melompat dari pagar kebun aku. Keesokan harinya seperti biasa aku ke kebun dan aku dapati semua kepala paip besi dalam 25 biji yg aku pasang untuk sistem paip pengairan ke pokok2 dalam kebun telah dicuri. Aku sengaja memasang kepala paip besi untuk tahan lama. Jadi, aku terpaksa membeli kepala paip plastik untuk menggantikan kepala2 paip besi yg dicuri.

3.  Mimpi kena Rompak.

Suatu malam dalam 2 tahun lepas aku bermimpi ada orang memecah cermin sisi bahagian depan (sebelah penumpang) kereta aku untuk mencuri keset kereta. Keesokan harinya, kebetulan ada anak menantu aku balik bercuti dan sedang sarapan pagi mengajak aku untuk sarapan bersama. Aku beritahu mereka yg aku bermimpi ada orang pecah cermin kereta nak curi keset. Lalu aku kata nak pergi tengok dulu samaada betul atau tidak mimpi aku itu. Alangkah terkejutnya, cermin sisi kereta aku bahagian penumpang hadapan retak teruk keseluruhannya dan aku dapati seketul batu sebesar ibu jari ada di lantai cement sebelah pintu itu. Kereta ini memang aku jarang guna dan aku hanya guna untuk berjalan jauh sekali sekala. Ianya memang tersadai disitu. Aku panggil isteri dan anak menantu aku terus datang melihatnya. Isteri aku berkata ada jiran sebelah yg mesin rumput beberapa hari lepas tapi dia tak kata apa2 pun.  Aku pun panggil jiran sebelah untuk bertanyakan perkara ini. Jiran sebelah mengaku mesin rumput dan katanya memang ada batu melantun terkena cermin kereta aku tetapi dia masih tak berkesempatan memberitahu aku perkara itu. Walau bagaimana pun beliau setuju untuk membayar kos tukar cermin tetapi memohon utk membayar separuh harga. Aku setuju saja lagi pun dia bukan sengaja. 

Bagitulah kelebihan yg aku perolehi dari mimpi2 yg aku alami memberi beberapa pertunjuk tertentu. Ada beberapa lagi mimpi2 yg melibatkan beberapa rawatan yg aku lakukan terhadap beberapa pesakit sebelum ini yg jika ada kelapangan akan aku catitkan di artikel akan datang. InsyaAllah.






Rabu, 30 November 2022

Durian Luar Musim

 Alhamdulillah!!! Sekali lagi selepas penat berkebun aku berehat disini dalam seminggu. InsyaAllah, pertengahan minggu depan aku akan balik berkebun semula di Kuantan.


Keadaan kebun2 dan ayam2 ternakan semuanya baik. Hanya satu yg luarbiasa berlaku iaitu ada beberapa pokok durian yg selesai menggugurkan buah pada bulan Julai (7) lepas tiba2 masih ada beberapa biji yg gugur semalam.

(Copypaste from my FB today at Ara Damansara PJ)

Buah IOI D168 dan Tekka gugur semalam


Selasa, 8 November 2022

Maintenance Pokok Durian

 Batang pokok2 durian mesti dibersihkan atau dikikis secara berkala. 6 tahun lepas adalah kali terakhir aku mengikisnya. Ia adalah untuk mencegah daripada kulat2 atau serengga bersarang yg boleh menyebabkan "Kanker" kpd pokok berkenaan. 

Kerja mengikis bukan mudah. Aku lakukan sendiri pada kadar 7 pokok sehari dan hampir 2 minggu baru selesai. Tangga terpaksa digunakan. 

Kini masa untuk berehat bagi bulan ini. InsyaAllah, kembali ke kebun di Kuantan awal minggu depan.

(Copy paste from FB Posting today @ Ara Damansara PJ)





Selasa, 11 Oktober 2022

Kelapa Pandan & Tachunan

 18hb November 2019... aku mula menanam sendiri dalam 40 pokok Kelapa Pandan dan Kelapa Tacunan yg aku perolehi daripada Pejabat Pertanian Daerah Kuantan.

Kini 9hb. October 2022 (belum pun cukup 3 tahun) beginilah photo2 terkini pokok2 kelapa tersebut. Alhamdulillah!!! Semuanya hidup dan ada diantara pokok2 tersebut yg mula mengeluarkan buah. Aku hanya gunakan Baja Kompos dan Cuka Kayu yg aku buat sendiri.

Hendak seribu daya!!!  

Minggu ini aku bercuti di KL, InsyaAllah minggu depan akan kembali semula berkebun di Kuantan.

(Copy paste from my FB Posting)

18hb November 2019



9hb. October 2022

9hb. October 2022

Rabu, 14 September 2022

Lawatan ke Kebun Kelapa

 Pagi nie berpeluang melawat kebun kelapa di Bagan Datuk. Ini ialah kerana pokok2 kelapa pandan yg aku tanam 3 tahun lepas sudah mula mengeluarkan hasil. Jadi aku ingin tahu lebih lanjut akan "hands on" pengendaliannya. Aku juga terus melawat jetty Bagan Datuk yg pernah aku lawati suatu masa dulu.



Note : Copy paste from my FB posting.


Selasa, 13 September 2022

Melawat Kebun di Sabak Bernam

 Alhamdullilah!!! Hari nie dapat melawat 2 tempat iaitu satu Kebun Cik Gu Hamsari di Sabak Bernam dan satu lagi Hj. Razak di Bagan Nakhoda Omar.  Cik Gu Hamsari adalah seorang ushawan yg mencipta berbagai jenis Baja Foliar sendiri dan dapat melihat sendiri hasil kebunnya yg amat produktif.




Jumaat, 9 September 2022

Bercuti lagi...

 Aku tinggalkan Dusun Ku dalam keadaan elok selama lebihkurang 10 hari. Photo dibawah adalah yg terbaru yg aku snap 2 hari lepas iaitu  pada 7/9/2022. Kini aku sedang bercuti di Central Region. InsyaAllah, akan melawat beberapa kebun kenalan disini.

Photo Dusunku 1 Terkini (7/9/2022)




Rabu, 10 Ogos 2022

Exploring Terengganu & Kelantan

Good bye Cangkul, Chain Saw, Parang, Sabit and etc. We're exploring Terengganu and Kelantan commencing today.

InsyaAllah, we'll be back to Kuantan by middle of next week.

At KT Beach Resort Kuala Terengganu


Isnin, 1 Ogos 2022

Pegaga!!!

Alhamdulillah!!! Sebelum ini aku ada beritahu nak share satu jenis tanaman yg amat mudah ditanam dan mempunyai nilai & khasiat yg tinggi. Ia adalah ... Pegaga.

Pegaga adalah ulam terbaik, berkhasiat dalam melancarkan perjalanan darah, anti cancer, awet muda, baik utk sistem saraf dan lain2 lagi lah yg kau orang boleh cari di Youtube. 

Nilai pasarannya amat tinggi. Seikat kecil dalam 70gram dijual pada harga RM2/= seikat. Oleh kerana aku tanam sendiri..
.  jadi aku jual 100gram seikat pada harga RM2/= saja. Ini bermakna harga sekilo pegaga ialah RM20. Utk satu tayar boleh dapat dalam 15 ikat atau 1.5kg sekali panen. Mula2nya aku tanam utk makan sendiri saja.

Cara menanamnya amat mudah.  Bahan2 seperti Tayar kereta lama dan tanah bakar saja serta cari benih pegaga kampong yg ada akar (banyak dijual dipasartani). Penuhkan tanah dalam tayar dan cucuk saja benih pegaga diatas tanah itu. Tanam diatas batas tanah kurang sesuai kerana ia berlumba2 tumbuh dengan rumput.

Kadar pertumbuhan amat cepat. Dalam seminggu ia tumbuh dgn subur. Bila kita tuai untuk makan atau dijual... hanya gunting saja sebahagian akar.... dan akar yg tinggal akan tumbuh bercambah semula dengan cepat. Sebelum ini ... aku bermula dgn satu tayar... kini sudah jadi 4 tayar... InsyaAllah, akan tambah lagi...

Nak nampak muka merah, sihat bertenaga .... kadar metabolism yg tinggi.... cubalah tanam pegaga. .. makanan asal orang2 kampong dulu2 termasuk Kilau, Lekiu dan lain2 agaknya..... heeee....heeeee....heee..

(Copy paste from my FB posting).


Baru 4 tayar...






Seikat RM2 (70gram) di Pasartani.



Aku jual 100gram seikat RM2/ saja.

Khamis, 28 Julai 2022

Petai & Cemperai

Alhamdulillah!!! Dah balik Kuantan. Awal pagi lagi aku masuk kebun .... ambil setangkai petai dan seikat pucuk cemperai nak makan sendiri. Petai ini bukan untuk dijual!!!. 


Ada sepokok petai di kebun yg berbuah sepanjang masa tapi buahnya tak banyak macam pokok2 lain. Yg anihnya, ada sebahagian ranting yg telah matang berbuah, ada ranting dipokok ini juga yg baru berbunga dan ranting yg buah baru membesar. Jadi, aku boleh makan petai pada bila2 masa pun daripada pokok ini. Rezeki dari Allah SWT.


Pucuk cemperai juga amat sedap kalau dibuat sayur lemak dgn kledek.


Upload aku akan datang.... aku akan ceritakan satu jenis tanaman di kebun aku yg amat mudah ditanam dan amat mahal nilainya bila dijual.... tunggu yaaa.. next update!!!

(Copy & paste from my FB Posting)


Petik setangkai pagi nie..



Seikat Pucuk Cemperai..

Jumaat, 22 Julai 2022

Bercuti & Berehat

Aku kini sedang bercuti & berehat disebelah selatan tanahair sepuas2nya. Aku lupakan sementara rakan2 setugas seperti, cangkul, parang, mesin rumput, chain saw dan sebagainya. InsyaAllah, hujung bulan ini akan kembali ke Dusun semula seperti biasa.

Breakfast percuma di VIP Hotel Segamat pada 19/7/2022.


Breakfast percuma di Palican Hotel Batu Pahat pada 20/7/2022.


Breakfast percuma di Mudzaffar Hotel Melaka
 Pada 21/7/2022.

Breakfast percuma menu sama di Mudzaffar Hotel pada hari ke 2, 22/7/22.  Esok ... moving ke tempat lain..
 


Ahad, 17 Julai 2022

Campakanlazi...


Campakanlazi adalah diantara beberapa cerita dongeng yg diceritakan oleh nenek aku ketika aku hendak tidur ....kecik2 dulu. Kini, aku ceritakan pulak kpd cucu2 ketika mereka nak tidur dgn aku bila balik rumah aku. Ia mengisahkan bagaimana seorang pemuda mencari helah untuk berkahwin dgn seorang gadis yg mana bapanya mahukan bakal menantu pandai cakap arab. Maka keluarlah beberapa perkataan lain seperti rabbahani,  isselamtu dan berbagai lagi...


Aku guna tajuk cerita ini bagi projek pertanian sampingan aku iaitu dgn mencampakan Biji2 labu dan peria selepas isinya kita buat sayur. Dalam lebih sikit 2 bulan .... inilah hasil. 


OK.... masa cuti & berehat telah tiba. Esok pagi... I'll be away heading towards Southern states.... Perhaps,  until end of this month. So, there will be no more cerita kebun until then.

Sebahagian dari yg dipetik pagi ini


Dicampakan diluar pagi pagar reserved jalan dikebun.


Durian & cempedak terakhir gugur pagi ini.


Sabtu, 9 Julai 2022

Penghujung Musim

 Alhamdulillah!!! Kini  sampai penghujung musim. Jualan untuk Durian dan Ayam Kampung ditutup berkuatkuasa hari ini. Semua collections selepas ini untuk makanan keluarga dan akan di pack untuk saudara mara yg datang diluar musim. Terima kasih banyak kepada yg memberi sokongan. Maaf, kepada yg repeat  order terutama Tuan Syed Kasim yg membuat repeat order ketiga iaitu sebanyak 11 biji hari ini tidak dapat dipenuhi kerana anak2, menantu2 dan cucu2 amat menggemari durian. Jualan Ayam juga dihenti  setelah 167 ekor ayam telah dijual sehingga hari ini. Hanya ada baki beberapa ekor yg tinggal sebagai penunggu kandang. InsyaAllah, batch baru yg akan masuk hanya boleh dipasarkan 2 bulan akan datang. 


Tiba masanya untuk pergi bercuti & berehat. Sebelum itu.... satu produk sampingan yg aku namakan "Campakkanlazi" yg mula mengeluarkan hasil akan aku upload dalam FB ini soonest sebelum bercuti.

(Copy paste fr my FB Posting)

Koleksi hari ini.





Kegemaran aku diawal dan penghujung musim



D7 Yg dikopek hari nie

Sabtu, 2 Julai 2022

Semakin Banyak Gugurnya!!!

 Alhamdullillah!!! Kutipan harian semakin bertambah walaupun dah di pertengahan minggu ke 3. Kalau tengokkan dipokok2 sepatutnya dah habis gugur.

 Mungkin Allah SWT nak gantikan buah2 yg ditarik monyet atau yg patah dahan kut!!! Alhamdulillah!!!

Kutipan pagi nie


Jumaat, 24 Jun 2022

Terima Kasih ....Sayang!!!!

 Terima Kasih.... Sayang!!!


2 orang kawan baik mengunjungi Dusun Ku pagi ini.... kononnya kaki makan durian. Aku kopek 2 biji .... satu buah D7 dan sebiji lagi D24 .... dua orang makan pun tak habis ...terpaksa aku yg habiskan. Aku pulak boleh habiskan 3 biji sekali makan.


1. Hazlimi Hassan ... kini Pengurus Petronas Dagangan Wilayah Timur (Ambil alih Jawatan aku sebelum bersara dulu) beli borong 26kg untuk dibawa balik ke Pejabat.... Terima Kasih Tuan.


2. En. Rasip - Dealer Gas Petronas Kuantan adalah penyokong kuat hasil tani aku selama ini. Berbakul2 durian aku diborongnya pada musim2 lepas. Bahkan dalam masa sebulan ini dah 18 ekor ayam kampong aku dibelinya. Siap pesan Raya Haji nie.... nak 9 ekor lagi. Pagi ini dia borong 17kg durian aku.


Tinggal baki sebakul dalam 45kg utk aku bawa balik memenuhi tempahan tempatan. Alhamdulillah!!!




Khamis, 9 Jun 2022

Cemas!!!!!

 Fuuh!!! Cemas.....


Sebelum nie, tak jadi macam hari ini. Contohnya semalam, order lebih banyak dan seperti biasa pergi proses dan hantar kpd pelanggan sebelum jam 9.30 pagi tanpa ada masalah.


Pagi ini .... order hanya 13 ekor saja. 7.30 pagi aku dah sampai tempat proses A di Taman Tas..... malangnya TUTUP.  Aku bergegas ke tempat proses B di Jaya Gading.... juga TUTUP. Aku call En. Aziz Pengurus Proses Ayam Makmur Gold Simpang Pekan.... Hanya proses di waktu malam saja. 


Macam mana nie??? Salah seorang pelanggan aku nak 5 ekor nak buat jamuan hari nie... hendak sebelum jam 10 pagi. Aku lantas pasrah cari satu tempat proses C di Desa Mesra .... Alhamdulillah!!! Masih buka walau pun dah hampir jam 9 pagi.... katanya sedang tunggu orang tempah nak proses Itik. Ayam tak ada hari ini .....Pembekal tak hantar katanya. Padanlah tempat proses lain semuanya tutup. 


Walau pun cemas .... suka juga dalam hati...ketika ayam orang lain tak ada.... Kitak Adak Bah!!!!


Tapi.... what's next?   Kena beli mesin proses sendiri nie. ....


Copy paste from my FB posting today!

Khamis, 2 Jun 2022

Hebatnya Aktiviti Berkebun

Alhamdulillah!!! Kesibukan aktiviti harian berkebun  telah membantu untuk mencapai target BMI aku iaitu 61.6kg. Terkini hari ini... Scale telah mencatatkan 63.8kg. 

Semasa makan gaji dulu ..... berat badan aku adalah ditahap OBESE atau Overweight iaitu sekitar 85kg.  Semasa berkerja dulu .... aku kaki jogging tapi ternyata Berkebun lebih hebat.




(Copy paste from my FB posting)

Selasa, 24 Mei 2022

Ayam Kampong Lagi...

 Dengar khabar.... ada masalah bekalan ayam dipasaran ketika ini. Padanlah berpuloh order masuk hendakkan ayam. Tapi, sabar. Isnin ini, 30/5 baru boleh sembelih kerana sebahagian ayam2 itu akan genap 2 bulan usianya.

 Walaupun permintaan tinggi.... harga tetap sama iaitu RM15/kg. Itu ayam kampung .... makan pucuk ubi, kangkung, batang pisang, nasi2 terbuang dan makanan utamanya dedak. Bebas terbang, melompat, bertenggek dan sebagainya yg menyebabkan isinya pejal. 

Beza sangat dgn ayam daging ternak... terkurung dan makan saja ... jika  dilepas pun tak lari.






Dahan Patah Pulak

 Buah lebat pun masalah. Dahan pula tinggi sangat untuk ditongkat. Maka berteraburlah ketanah apabila dahan patah








Selasa, 17 Mei 2022

Kawan Lama

 Akhirnya dapat juga aku berjumpa 2 kawan baik.

1. Hj. Sobri (tepi kanan)

Rakan rumah sewa (RM10/= sebulan) di Kepala Batas semasa menuntut di KBSS Form 4 dan Form 5 dalam class yg sama. Kami tinggal berdua saja dalam pondok kecil usang serta masak sendiri serba ada. Kini .... beliau usahawan berjaya.


2. Rahim Jusuh (tengah)

Kawan baik aku sekampung. Beliau sentiasa menghubungi aku dan pergi & tidur di bilik aku ketika menuntut di ITM, pergi ke rumah sewa aku ketika aku mula kerja di Shah Alam dan semenjak beberapa tahun lalu hingga kini menjadi penyampai zakat tahunan aku kepada orang2 susah yg kami kenali semenjak kecil di kampong apabila cukup haul setiap Ramadhan.


Alhamdulillah!!! Pagi tadi kami bertiga bertemu.... menceritakan kisah2 silam.


Bertahun...tahun suuudah lama

Tiada pernah kita berjumpa

Dikau pergi entah kemana

Duhai kawan ku nan setia...

17/5/2022



Isnin, 2 Mei 2022

Salam Eidilfitri

 Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin dari saya sekeluarga untuk semua.


(Copy & paste from my FB posting)

Khamis, 28 April 2022

Ayam Kampong untuk Raya

 Dengan ini dimaklumkan bahawa Tempahan Ayam Kampung dari "Dusun Ku" ditamatkan sertamerta kerana bekalan Ayam Matang Telah Habis dipasarkan. Baki 4 ekor pagi ini (dalam sangkar) adalah utk makanan keluarga sempena Raya ini. 

Tempahan dijangka akan dibuka semula hujung bulan depan apabila ternakkan batch seterusnya dijangka matang. Maaf kepada yg masih membuat tempahan. Terima kasih kepada rakan2 & pelanggan2 yg memberi sokongan selama ini. Wassalam


(Copy paste from FB Posting)

Sabtu, 2 April 2022

Pucuk Keledek!!!

 Khasiat Pucuk Keledek.


Aku biasa singgah di sebuah kedai Ubat Cina yg  agak terkenal di Kuantan suatu ketika dulu dan aku lihat ada beberapa helai daun pucuk sayur yg dibungkus dalam plastik (fresh) dijual pada harga RM4= sebungkus. Berat sebungkus kurang dari 100gram dan sayur jenis ini saja yg dijual. Aku tanya Sensei Tua (Doktor Cina berumur 80++) apa sebab sayur itu saja yg dijual. Katanya, sayur ini paling baik utk kesihatan berbanding lain2 jenis sayur. 


Sejak dari itu, aku buat beberapa batas di kebun dan mula menanam Sayur Keledek jenis Ubi dan jenis Sayur. Beberapa tahun lepas aku biasa upload dalam FB ini akan tanaman Keledek itu.  Hari ini.... setelah bertahun2 lamanya, sayur ini tetap tumbuh subur dibatas yg sama. Ia menjadi makanan kegemaran aku isteri. Diantara resipi utama kami ialah Dicelur buat ulam, Sayur lemak dan Goreng Belacan. Alhamdulillah, tahap kesihatan aku & isteri masih baik, bebas dari sebarang penyakit package dan kronik. 


Kini, tanaman Sayur Keledek aku ini telah mendapat tempahan tetap sepanjang masa dari rakan2 isteri terutamanya. Seikat (400gram) dijual pada harga RM2/=





Sabtu, 26 Mac 2022

Ternakan Ayam Terkini

Sementara menunggu pokok2 durian yg sedang berbunga aku perkemaskan ternakan ayam iaitu aktiviti sampingan aku seharian.

 Kini ada 122 ekor ayam dalam reban dan InsyaAllah, minggu depan akan masuk batch baru sebanyak 60 ekor lagi. Pasaran juga semakin baik dimana Isnin ini 6 ekor telah ditempah pelanggan.



Jumaat, 25 Februari 2022

Nyiuuukkk Muda.

 Alhamdulillah!!! Dimusim Covid menggila nie.... buah nie laku betul. Minggu lepas aku ambil dalam 100 biji. Petang hari yg sama habis. Bahkan ada outstanding order lagi. 

Pagi nie...aku ambil lagi dalam 50 biji... masa aku tulis article nie... semua nyiuk muda tuu dah habis. Orang rumah aku jual RM2 sebiji saja. Kebanyakkan pelanggan beli lebih 5 biji seorang...

(Copy paste from my FB posting)