Sepatutnya aku menulis kisah Kak Lisa seperti yang aku janjikan sebelum ini. Tetapi oleh kerana isu Ramalan lebih mustahak dan sesuai untuk diulas ketika ini maka aku hanya akan menulis kisah Kak Lisa di artikel yang akan datang.
Ramalan
Badan Meteorologi membuat Ramalan lagi berhubung dengan Banjir di Pantai Timur. Aku baru tulis diartikel sebelum ini. Hah....keluar lagi Ramalan ketiga. Mengikut ramalannya yang disiarkan secara meluas dimedia massa ialah Banjir Gelombang Kedua dijangka melanda Kuantan sekitar 30/12 hingga minggu pertama tahun depan iaitu esok. Sebenarnya, inilah kali ke 3 Meteorologi membuat ramalan akan Gelombang Kedua. Mengikut "Teori Kebarangkalian" atau pun dalam bahasa inggeris disebut "Probability" melalui pengiraan berdasarkan formula Coefficient of x :-
Mengatakan, kalau ramalan itu tepat iaitu jawabnya satu maka kebolehpercayaan pada ramalan itu pada masa akan datang ialah 100% tepat. Sekiranya tidak tepat maka kebolehpercayaan pada ramalan yang ke 2 hanya 0.5 atau 50% sahaja. Dan terbukti ramalan ke 2 oleh Meteorologi pada 18/12 juga meleset. Maka kebolehpercayaan pada ramalan ke 3 yang dikeluarkan pada 28/12 itu hanya 0.25 atau 25% sahaja boleh dipercayai. Nampaknya meleset lagi ramalan mereka. Kononnya angin kencang, laut bergelora dan air pasang besar akan mengakibatkan banjir yang lebih besar dari yang berlaku pada 4/12 akan berlaku. Sebaliknya cuaca di Kuantan pada 30 dan hari ini 31/12 sangat baik. Hanya gerimis saja yang turun sekejap disebelah pagi selebihnya panas dan tidak berangin. Bayangkan berapa keberangkalian yang akan diberikan jika mereka membuat ramalan yang keempat selepas ini. Sudah tentu kebolehpercayaannya adalah kosong iaitu tak boleh dipercayaai langsung.
Adakah mereka tak membuat kerja atau membuat kerja sambil lewa?. Rasanya tidak. Hanya aku rasakan peralatan yang mereka gunakan outdated tidak secanggih yang digunakan oleh negara maju seperti Jepun, Korea dan USA. Dinegara maju tersebut, ramalan Meteorologi mereka tepat. Mereka dapat ramalkan jam berapa ribut akan melanda, kelajuan angin yang tepat maka walaupun malapetaka berlaku itu hebat tetapi oleh kerana ramalan mereka tepat maka kerosakan dan kehilangan nyawa ditahap minima. Persediaan dibuat dengan rapi. Benarlah seperti finding oleh Jab. Audit Negara yang mengesahkan peralatan yang kita beli terlalu mahal manakala kualitinya amat meragukan. Contohnya Teropong yang kita beli berpuluh ribu ringgit tengok anak bulan pun tak nampak. Kalau beli sama seperti teropong US bukan saja anak bulan bahkan meteor atau bintang yang terlalu jauh berjuta batu dari bulan pun boleh nampak.
Satu lagi ialah aspek penghayatan atau ground experiencing. Dinegara maju, mereka akan menempatkan R&D mereka dikawasan2 yang terlibat dengan sesuatu ramalan. Contohnya ribut atau banjir. Seminggu atau lebih, kakitangan akan ditempatkan dikawasan jangkaan seperti laut, kawasan rendah dengan peralatan canggih memberi maklum balas untuk dihebahkan secara tepat. Di negara kita ada buat bagitu ke ???. Asyik nak kerja mudah...duduk dalam Control Room, Tengok Radar dan gaji nak naik tinggi....adalah. Dulu, Kini dan Selamanya begitu.. Astagfirrullah...
Kawan memberitahu yang ramalan tak tepat baik untuk kita. Ia...tepat sekali. Tetapi, Masalahnya ialah ketidaktentuan penduduk menghadapi suasana kerana Media Massa menghebohkan ramalan tersebut. Banyak aktiviti terpaksa dibatalkan. Seperti kenduri kahwin, perancangan untuk keluar bercuti terpaksa dibatalkan. Barang2 terpaksa dibungkus dan dikemaskan dan sebagainya. Kos yang lebih besar melibatkan persediaan oleh pihak berkuasa seperti mendirikan khemah2 tentera dan mobilasi pegawai2 berkenaan disetiap kampung dan daerah.
Peliknya....ramalan ketiga mereka hanya merujuk kepada negeri pantai timur melibatkan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Tiba2 berlaku banjir di Sarawak yang mereka tak ramal pun sebelum ini kini berlaku banjir. Barulah ramalan mereka kini beralih pula ke Sarawak & Sabah. Ini konsep "Fire Fighting" namanya . Dah terbakar baru nak padam.
Apa nak jadi dengan negara kita ya?????
Hemmmm......Dulu, Kini dan Selamanya .....Bagitulah.
Senarai Blog Utama
Selasa, 31 Disember 2013
Selasa, 24 Disember 2013
Dengan Redha .....Aku Menerimanya.
Assalammulaikum Wrkth.
Maaf... agak hampir 3 minggu aku tak ambil kisah pasal Blog ini. Segalanya bermula pada pagi 3hb. Disember 2013. Ketentuan Allah SWT mengatasi perancangan manusia. Pada 2 dan 3 hb, tidak ada sebarang ramalan pun daripada Badan Meteorologi akan berlakunya banjir besar melanda Kuantan. Dan aku tak salahkan pihak berkuasa di Kuantan kerana tidak membuat persediaan. Kerana, tidak ada tanda2 yang akan berlakunya banjir. Memang mereka tak bersedia pun. Dan akhirnya ketentuan Allah SWT menyebabkan berlakunya Banjir Terbesar sehinggakan hampir 4 hari barulah air surut sepenuhnya di Daerah Kuantan.
Kemudian, pada 9hb. Disember barulah Badan Meteorologi meramalkan melalui hebahan TV dan Kereta Penerangan Bergerak bahawa akan berlaku banjir besar kali kedua diantara jam 12 malam hingga 3 pagi malam tersebut TETAPI banjir tidak menjadi. Bahkan hujan tidak turun langsung pada masa itu dan beribu bintang kelihatan jelas memenuhi angkasa, Parit & longkang hampir kering. Penduduk tempatan hampir panik dengan amaran yang dikeluarkan. Aku yang dihubungi tak henti2 oleh isteri dan anak2 yang menetap di KL menyuruh aku segera berpindah. Pada mulanya aku enggan berpindah kerana tidak nampak tanda2 akan berlaku banjir kali ke 2. Tetapi, dengan desakan yang bertalu2 melalui phone call & SMS, aku berpindah juga ke Masjid Lama. Hanya 3 orang sahaja yang ada dan tidurlah kami di masjid itu hingga ke pagi.
Sekali lagi Badan Meteorologi menghebahkan ramalan melalui TV & Media Massa pada 17hb. Disember 2013 bahawa angin kencang & ribut & hujan lebat serta air pasang besar akan berlaku diantara 18 hingga 22hb Disember. Banjir yang lebih besar daripada 3hb. Disember dijangka berlaku di Kuantan dan penduduk dikehendaki bersiap sedia. Banyak Khemah2 askar dibina ditepi2 jalan. Banyak Bot2 & Jentolak di pakirkan di halaman Balai Polis Pmtg Badak. Isteri ku mula memasukkan kembali kain baju yang telah dibasuh & dilipat kedalam beberapa plastik besar dan membuat lain2 persiapan takutkan ramalan oleh Badan Meteorologi, namun Banjir tidak juga menjadi. Bahkan cuaca panas terik sepanjang tempoh 18 hingga 22hb. Disember.
Sebenarnya, apa yang ingin aku perkatakan disini ialah; Sepandai mana kebolehan manusia & Secanggih mana kehebatan Sains & Teknologi TIDAK akan dapat mengatasi Perancangan Allah SWT. Pada asasnya kami merasa selesa & selamat kerana Benteng yang bagitu lebar, tinggi dan panjang berkilometer disepanjang Sungai Kuantan yang kos pembinaanya berpuluh juta oleh Kerajaan Negeri nampaknya berkesan dengan tidak berlakunya banjir semenjak tahun 2001. Tetapi tahun ini air melimpah melebihi benteng. Dua kesilapan manusia yang akan mengakibatkan Allah SWT menurun bala semasa didunia lagi iaitu Pertama apabila manusia mula melakukan kerosakan dimuka bumi dan Kedua apabila manusia mula memutuskan Silratulrahim diantara mereka.
Banyak hikmah yang diperolehi semasa turunnya Bala Allah SWT ini. Aku akan ceritakan hikmah2 tersebut di artikel selepas ini. Aku akan juga menceritakan Kisah Ajaib "Kak Lisa" yang aku kenali & sayangi sepanjang 2 tahun sebelum ini hidup dengan sihat & segar walaupun tenggelam dalam air hampir 4 hari/malam tanpa sebarang makanan. Tunggu my next artikel diruangan ini. Wassalam.

Kami bersedia menaiki Jeep untuk berpindah. Kereta lain telah dipindahkan lebih awal |
Aku dapat masuk melihat keadaan rumah pada 5/12 dan air melebihi paras pinggang |
Khamis, 21 November 2013
Alhamdulillah. Kini Menghadapi Cabaran Baru
Satelah lebih dari setahun belajar secara intensif, mengharungi dan berjaya mengatasi 3 Peringkat Ujian Hafalan & 1 Peringkat Praktikal Herba (Tasmiq Bacaan 33 Hafalan Asas ayat2 Al Quraan, Surah terpilih & Doa) kini aku berhadapan dengan Cabaran Dunia Realiti. Dunia yang penuh pancaroba permainan Makluk Zahir & Misteri ciptaan Allah SWT samada nyata & tersembunyi.
Aku terasa bagitu inferior diawal pembelajaran kerana bergandingan bersama peserta2 lain yang hampir keseluruhannya terdiri dari para Ustaz & Pensyarah Agama, Imam Besar Masjid Negeri, Guru2 Tahfiz mempelajari selok belok Pengubatan Islam dari Tuan Guru Dato' Doktor yang amat dikasihi. Berbeza sama sekali dengan ilmu akademik yang aku belajar sehingga di Universiti dengan Ilmu Pengubatan Islam kerana ilmu ini mesti dipraktikkan apabila berhadapan dengan situasi sebenar suatu realiti.
Selain dari meminati aktiviti berkebun, penglibatan dalam Pengubatan Islam adalah aktiviti yang amat aku impikan sebelum ini. InsyaAllah, aku akan membuka satu ruang dalam Blog Dusun Ku ini untuk menceritakan Pengalaman Pengubatan yang telah aku lalui sebelum ini sebaik sahaja secara rasmi aku menerima Penganugerahan Ijazah dari yang amat Di Kasihi Yang Berbahagia Dato' Tuan Guru dalam satu Majlis Konvokesyen yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Sesungguhnya benarlah apa yang disabdakan oleh Hadith Nabi SAW. "Setiap Penyakit itu ada Ubatnya kecuali Mati".

Menghadiri Ijtimak Darussyifa' Se Malaysia di KUIS Bangi |
Perhimpunan Di Sebelah Malam Untuk Menerima "Sanad Al Fatihah" dari Tuan Guru |
Ahad, 17 November 2013
Seminar Usahawan Tani Peringkat Negeri Pahang.
Alhamdulillah dan Terima Kasih kepada Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Kuantan kerana memilih dan memberi peluang kepada aku bagi menghadiri Seminar Usahawan Tani Peringkat Negeri Pahang selama 2 hari termasuk penginapan di Manja Hotel Kuantan pada 12 - 13/11/2013. Bukan sahaja makanan & penginapan percuma yang disediakan bahkan wang saku & perbelanjaan yg banyak (ratusan ringgit) turut aku terima sebagai peserta terpilih.
Inilah pertama kalinya aku berpeluang menghadiri satu Seminar khusus berhubung dengan Pertanian & Peladang bersama beratus orang petani, penternak dan usahawan terpilih bagi Negeri Pahang. Banyak perkara & ilmu yang aku perolehi melalui Seminar ini. Yang paling mengembirakan ialah aku berada sebaris dengan para petani, nelayan dan penternak bagi menimba & menambah ilmu dalam bidang ini.
Aku mendapati bahawa Usahawan Tani pada masa ini berpengetahuan tinggi. Kebanyakan peserta yang mengemukakan persoalan fasih berbahasa Inggeris. Inilah petani moden yang memakmurkan bangsa & negara. Syabas kepada penganjur dan peserta.
Aku berharap akan diberi peluang lagi untuk menghadiri sebarang aktiviti yang melibatkan bidang pertanian selepas ini.
Kini secara rasmi aku tergulung dalam kalangan Peladang yang amat aku minati.
Terima kasih.

Khamis, 14 November 2013
Diantara Bijak dan Lembab
Sebenarnya aku rasa dah malas nak mengulas isu politik lagi satelah menyedari transformasi minda masyarakat kini masih ditahap rendah & stagnant serta "Apa Ku Kisah" attitude berdasarkan kepada PRU 13 yang lalu. Tetapi melihatkan scenario keputusan PRK DUN Sg. Limau baru2 ini disertakan komen2 dalam media tanpa henti terasa juga ingin mengulas sedikit berkenaan PRK tersebut.
Hakikatnya PAS atau PR menang PRK tersebut tetapi dengan majoriti yang jauh lebih rendah dari majoriti yang diperolehi pada PRU 13. Manakala BN walaupun kalah tetapi berjaya menambah kenaikan sokongan sebanyak 465 undi.
Berbagai alasan diberikan oleh kedua2 pihak terhadap keputusan PRK tersebut. PAS mengatakan terpaksa lawan dengan seluruh jentera kerajaan. Menyalahkan SPR kerana mengadakan pengundian pada hari bekerja mengakibatkan seramai lebih 2600 orang pengundi luar tidak dapat mengundi. BN pula mengatakan yang ianya Menang dalam Kekalahan satelah berjaya menambah undi. Dan yang paling menarik saorang Menteri mendakwa terdapat pengundi Hantu dipihak PAS dan bersedia menunjukkan bukti. Kini, dipihak kerajaan pula mula bercakap pasal pengundi hantu. SPR pun agak terkejut dengan dakwaan Menteri tersebut kerana Pengundi Hantu selama ini didakwa oleh pihak pembangkang. Kredibiliti mereka tercabar hebat nampaknya.
Pendapat Aku
Sebenarnya keputusan PRK menyerlahkan 2 faktor penting iaitu BIJAK dan LEMBAB. BN mendapat kenaikan undi majoriti dikawasan Cina seperti Kawasan Dulang Besar dan Dulang Kecil. Peratusan undi Cina meningkat kepada BN hampir lapan 8% iaitu menyamai 465 undi. Manakala PAS mengekalkan majoriti besar undi dari kawasan Bukit Besar, Bukit Choras, Sungai Dedap dan Sungai Kering yang hampir 100% terdiri dari orang Melayu. Jelas disini undi Melayu bagi PAS dan BN bertahan hanya undi Cina bertambah kepada BN. BIJAK yang aku maksudkan ialah cara orang Cina berpolitik. Hampir RM15 juta peruntukan ditaburkan oleh BN yang sebahagian besarnya kepada sekolah2 kebangsaan Cina di Sg. Limau membuatkan pengundi Cina berfikir yang tidak rugi jika sebahagiannya beralih kepada BN dalam PRK ini kerana BN akan terus memberi peruntukan kepada mereka mungkin juga dalam PRK2 yang lain kelak. Dan sadikit peningkatan sokongan perlu ditunjukkan untuk memberi sedikit harapan kepada BN kononnya pengundi Cina mula beralih arah. Najib tidak akan lagi bertanya "Apa Lagi yang Cina mahu???. Sebaliknya pengundi Cina mahu Najib memikirkan berapa banyak lagi peruntukan yang perlu ditambah untuk Masyarakat Cina. Bijak, memang Bijak.
Faktor Lembab pula aku rujuk kepada Mukhriz, MB Kedah yang baru. Mukhriz mempunyai banyak peluang dan ruang untuk merampas DUN Sg. Limau dari PAS. Tetapi peluang dan ruang dipersiakan kerana strategi & tidakkan beliau yang lembab dalam menghadapi situasi di Sg. Limau. Contoh yang paling ketara kelembabpan beliau ialah apabila beliau berjanji untuk mengambil DUN Sg. Limau sebagai Anak Angkat sekiranya BN memenangi DUN tersebut dalam kempen beliau 2 hari sebelum tarikh mengundi. Kenapa berjanji semasa kempen?. Disaat2 akhir pulak tuu. Sekiranya beliau bijak, sepatutnya apabila Allahyarham Azizan jatuh saja sakit dan mendapat rawatan di hospital maka ketika inilah peluang yang terbaik bagi Mukhriz melafazkan pengambilan DUN Sg. Limau sebagai Anak Angkat kerana penyandangnya sedang sakit dan kapasiti beliau pula seorang MB yang baru. Apatahlagi beliau telah beberapa kali pergi melawat Arwah ketika sedang sakit. Tak dapatkah beliau berfikir satu strategi pada ketika itu untuk menarik sokongan masyarakat khususnya di Sg. Limau kepada BN???. Rakyat Sg. Limau sudah pasti dapat melihat keikhlasan Mukhriz untuk membantu mereka walaupun dari parti yang berlainan jika ia dilafazkan ketika Arwah sedang sakit . Banyak lagi faktor kelembabpan yang dimiliki oleh Mukhriz yang aku rasa akan aku ulas diartikel akan datang.

Selasa, 15 Oktober 2013
Sambutan Keluarga Hari Raya Qurban di Rumah Nor Azerin
Alhamdulillah, Tahun ini anak aku Nor Azerin telah menganjurkan Program Keluarga Hari Qurban di rumahnya di Shah Alam.
Semua keluarga termasuk anak2, menantu2 dan cucu2 semuanya hadzir dan bermalam di rumah Azerin. Beliau yang sponsor program menghimpunkan semua keluarga pada tahun ini. Ada yang mula sampai pada hari Sabtu lagi. Program amat meriah dan Terima Kasih Nor Azerin & Suami kerana menganjurkan program menghimpun semua ahli keluarga bertemu & berhari raya dirumahnya. Tahun depan rumah sapa pulak yeee???.

Sibuk di pagi raya...SMS, Phone, Email, What's Up sambil makan |
Sebelah malamnya diadakan BBQ Keluarga |
Ahad, 29 September 2013
Bagitulah KehendakNya.
Manusia Merancang & Berusaha.....Tetapi .....Allah SWT yang menentukan.
Diantara Doa2 yang tidak ditolak oleh Allah SWT ialah "Doa Orang2 yang Terinaya atau di zalimi."
Adakalanya Doa itu dimakbulkan segera... Seperti Tegar yang menyanyi dibawah ini...dulunya orang susah, penghibur jalanan dan mengharapkan bantuan & sumbangan orang diatas segala usahanya.
Ada juga mereka yang terinaya berdoa dan menerima rahmat Allah SWT dipenghujung usia.
Bagitulah KehendakNya... Beliaulah yang maha mengetahui & menentukan segala2nya.
Alhamdulillah.
Terkenang2 kisah lama yang lebih teruk dari apa yang dialami oleh hamba Allah ini.

Isnin, 2 September 2013
Tempoyak Kak Zie
Alhamdulillah. Banyak benda yang boleh dibuat melalui Durian. Diantaranya, Lempuk, Makan dengan Pulut & Santan, Bubur Kacang Durian, Cekodok Durian, Bubur Durian dan elok juga "Dimakan Bagitu Saajaaaaa...
Sudah menjadi lumrah alam ciptaan Allah SWT, makluknya tidaklah benar2 sempurna. Dari asalnya tiada, kemudian ada, baru, cantik, kemudian menjadi lama buruk, luput dan hilang bagitu saja. Bagitu juga dengan Durian. Ada yang baik, isinya tebal, lemak, manis, mengkal tetapi akhirnya layu, merkah dan pecah, busuk dan berakhirlah hayatnya.
Namun, Durian yang semakin lama ini ada juga gunanya. Ianya boleh dibuat "Tempoyak". Bahkan ada orang tercari2 tempoyak ini untuk dibuat sesuatu. Contohnya, nak dimasakkan Gulai Tempoyak dan ada juga yang nak buat Sambal Tempoyak dan lain2 jenis masakan lagi.
Harga Tempoyak di pasaran semasa juga agak mahal walaupun musim durian baru saja berlalu. Ada yang menjual pada harga RM20/= Sekilo. Ada yang jual dalam pack plastik kecil yang beratnya 100gram pada harga RM3.00 (Kalau 1000gram atau Sekilo sudah jadi RM30/=). Ada juga yang jual dalam taperware kecil seberat 200gram pada harga RM5.00. Itu pun belum tentu Tempoyak Durian Asli kerana mengikut cerita kawan2 yang mempunyai Dusun Durian ada orang yang buat Business Tempoyak dicampurkan dengan Pisang Masak (pisang lenyek) supaya dapat hasil yang lebih banyak. Itu sebabnya tempoyak itu cepat masam dan rasa tak sedap.
Melihat kepada permintaan yang baik terhadap Tempoyak ini maka Isteriku pun mula membuatnya sendiri. Apalagi diakhir2 musim ini banyak durian yang mula pecah dan layu. Baru2 ini beliau dapat membuat lebih dari 13 kilo. Tempoyak Kak Zie ini dibuat 100% dari Durian Asli. Maka tempoyaknya nampak segar, bersih dan jernih. Rasanya pulak terlalu sedap dan terasa duriannya. Kalau disimpan dalam peti sejuk tudung atau penutupnya mesti dilonggarkan kerana tekanan gas durian asli akan membuatkan ianya tercabut atau terbuka. Tidak seperti durian campuran pisang yang tidak lagi mempunyai gas dan nampak kusam. Oleh kerana permintaan agak baik terutama dari Kedai2 Makan berhampiran sudah 8 kilo habis dijual pada harga RM15/= sekilo. Ada dalam 5 kilo lagi baki stok yang ada. Sesiapa yang berminat boleh hubungi untuk mendapatkannya. Tempoyak Kak Zie ini dipasarkan pada harga RM15.00 sekilo sahaja.
Nampak Segar & lebih Satu Setengah Kilo Sebotol

Dibuat dari Durian yang masih elok isinya, hanya merkah atau pecah dihujungnya saja |
Nampak Segar & lebih Satu Setengah Kilo Sebotol
Jumaat, 30 Ogos 2013
Terima Kasih Encik Man. Ah Kun Ooii Ah Kun....
Baik juga aku update kan aktiviti di Blog Dusun Ku ini. Seorang pembaca & pemborong buah2an bernama Encik Man dari Lancang, Mentakab, Pahang menghubungi aku untuk memborong hasil Dusun Ku. Beliau bertanyakan samaada aku boleh membekalkan minima 300 Kg. buah rambutan yang ingin diborongnya pada harga RM2.00 sekilo untuk di Pasarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Aku kata yang aku biasa petik dalam 100 kg sahaja sehari kerana aku lakukan sendiri tanpa pembantu. Beliau suruh aku cuba petik banyak sikit kerana beliau terpaksa bawa lori dari Mentakab ke Kuantan yang jaraknya lebih 170km sehala.
Bermula pada pagi 26/8 aku pun cuba memetiknya. Pada hari tersebut, En. Man menalipon aku setiap jam untuk bertanyakan kuantiti yang telah dipetik. Aku bermula dari pukul 8.30 pagi dan sehingga jam 1.30 petang aku hanya berjaya memetik sebanyak 5 bakul besar atau lebih kurang dalam 200 kilo. Lantas En. Man mengatakan tak berbaloi untuk beliau travel jauh dengan lori untuk mengambil 200 kilo sahaja. Aku pun kata tak mengapa kerana aku pun tahu beliau tidak akan mendapat keuntungan yang berpatutan pada jarak yang bagitu jauh.
Namun En. Man amat baik hati, beliau merekomenkan sahabat beliau seorang pemborong buah di Kuantan bernama Ah Kun untuk membeli hasil petikan aku tadi. Dalam jam 2 petang Ah Kun menalipon aku untuk mengambil semua rambutan yang telah aku petik juga pada harga RM2.00 sekilo. Apalagi, pada hari itu sahaja aku mendapat hampir RM400/=.
Cerita tak berhenti disitu sahaja. Ah Kun mahu aku bekalkan rambutan dan dokong sebanyak mana yang aku petik setiap hari kepada beliau. Katanya, rambutan aku mendapat sambutan hebat. Hari yang kedua juga aku berjaya memetik hampir 200 kilo. Hari yang ketiga sama juga bagitu juga dengan semalam. Pasaran menjadi semakin hebat. Ah Kun tak berhenti menalipon aku meminta supaya aku membekalkan lebih banyak lagi. Beberapa bakul kosong diberikan kepada aku untuk memudahkan kerja aku.
Dengan mengenali Ah Kun taukeh buah yang baik hati ini, pasaran aku menjadi lebih terbuka. Terima Kasih kepada En. Man dan Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT dalam meluaskan rezeki melalui peluang pasaran baru yang besar untuk Dusun Ku.
Secara kebetulan, semalam aku bertemu En Man yang menghantarkan bekalan durian ketempat Ah Kun. Terima Kasih sekali lagi En. Man dan maaf tak dapat belanja makan semalam kerana hari Khamis. Mungkin kita boleh makan dihari lain bila bertemu kelak.
Isteriku tersenyum lebar setiap kali melihat aku balik dari kedai Ah Kun sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu:- Ah Kun oh Ah Kun.... Ooii... Ah Kun oh Ah Kun Ooii... Ah Kun oh Ah Kun..

Ada 3 bakul besar yang ditenggelami & dilimpahi rambutan untuk dibawa ke Kedai Ah Kun |
Rabu, 14 Ogos 2013
Menanam Petai
Saya menggunakan halaman utama ini untuk menjawab persoalan dari Saudara Azmani dari Tapah, Perak yang menghantar SMS bertanyakan bagaimana untuk menanam petai yang baru dibeli dari kedai. Saya telah menjawab tetapi dengan agak ringkas melalui SMS kerana ruang yang terhad. Jadi, seperti dijanjikan kepada Saudara Azmani, melalui ruang blog Dusun Ku ini saya menjelaskan dengan panjang lebar proses penanaman petai berdasarkan kadar pengetahuan saya.
Memang benar Tapah, Cemor, Bidor, Kampar adalah diantara tempat yang terdapat banyak petai yang dipasarkan dibandar2 tersebut. Jadi, proses pertama yang perlu saudara lakukan ialah memilih petai2 yang berkualiti. Iaitu matanya rapat, besar, senang dikopek kulitnya, tidak ada kerosakan disebabkan ulat dan rasanya lemak dan sedap dimakan. Saya lebih suka kepada jenis "Petai Padi" yang lebih lemak dan mendapat sambutan pasaran yang baik. Pilihlah petai yang agak tua iaitu berwarna perang atau hitam kulitnya.
Sediakan tapak semaian, seelok2nya polybag yang agak besar dalam 25cm diameter. Isikan tanah berpasir kira2 separuh polibag tersebut. Kemudian masukkan dalam sekilo baja tahi ayam dan campurkan dengan daun2 kering reput bagi lapisan kedua dalam polibag tersebut. Ini untuk memudahkan akar membiak melalui lapisan lembut daun2 kering tadi. Masukkan tanah bakar dilapisan atas dalam polibag tersebut sehingga kira2 dua inci kepermukaan polibag.
Masukkan 3 atau 4 biji petai tua kedalam polibag dan biarkan ia tenggelam sedikit (samar2 nampak) dipermukaan tanah dalam polibag. Letakkan polibag semaian tadi dibawah naungan pokok2 supaya terhindar dari panas terik matahari. Siram 2 kali sehari. Pilih hanya satu anak pokok petai yang tumbuh dalam polibag dan buangkan yang lain apabila ianya tumbuh sekitar 8 - 10 cm. Anak benih petai ini boleh dipindahkan ketapak tanaman kekal apabila tingginya menjangkau 20cm.
Petai sesuai dengan semua jenis tanah kecuali kawasan berair yang bertakung atau tanah berlumpur. Seelok2nya kawasan tanah yang agak berbukit, peroi atau tanah liat berpasir.
Satu cara lagi yang paling mudah ialah mendapatkan benih anak pokok petai melalui tapak semaian Pejabat2 Pertanian daerah yang ternyata berkualiti. Harga yang dijualkan pun agak murah iaitu kurang dari RM15/= sepokok. Saya ada membeli 3 pokok petai melalui Pejabat Pertanian ini yang saya tanam kira2 setahun dahulu. Kini Alhamdulillah, ketiga2 pokok tumbuh rendang dalam 3 meter tinggi.
Itulah sekadar yang saya tahu. Selamat menanam. Mula2 memang remeh dan susah sedikit. Tetapi bila pokok dah besar, berbuah lebat pastinya "Senyuman Tuan Akan Melebar."
InsyaAllah

Inilah Jenis Petai Padi yang terdapat di Dusun Ku |
Selasa, 13 Ogos 2013
Terima Kasih & Selamat Hari Raya
Alhamdulillah. Sambutan Hari Raya Tahun ini meriah dan terima kasih kepada semua anak2, menantu2 dan cucu2 yang dapat balik beraya bersama pada tahun ini. Terima kasih juga kepada Nor Azerin yang sponsor Makan Malam Jamuan Raya Sekeluarga yang diadakan di sebuah hotel terkenal di Kuantan. Semoga kita berjumpa dan berkumpul lagi dihari Raya Qurban nanti, InsyaAllah.
Wassalam.
Wassalam.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin |
Isnin, 5 Ogos 2013
Salam Aidil Fitri
Assalammulaikum kepada semua pengikut blog Dusunku, sanak saudara, sahabat handai yang mengenali saya. Dikesempatan yang terbaik ini saya Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir & batin, Selamat bercuti dan Semoga bergembira bersama keluarga. Hati2 dijalanraya. Wassalam
Ahad, 14 Julai 2013
Like Father, Like Son
Like Father, Like Son adalah sebuah proverb Ingeris yang masyhur. Pepatah yang hampir sama dalam Bahasa Melayu ialah: Bapa Borek Anak Rintik. Tetapi pada aku, maksud kedua2 pepatah ini sedikit berbeza. Maksud dalam Bahasa Melayu ialah : "Anak yang mengikut segala - galanya sifat semula jadi daripada bapanya" Manakala dalam Bahasa Ingeris maksudnya lebih lengkap dan menyeluruh iaitu :- "Fathers and sons resemble each other, and sons tend to do what their fathers did before them.". Jadi aku memilih untuk menggunakan proverb "Like Father, Like Son" untuk tajuk artikel aku pada kali ini khususnya untuk mengucapkan Tahniah kepada anak aku Mohammad Radzi yang baru dinaikkan pangkat untuk mengetuai Pejabat Wilayah bagi negeri Kelantan & Terengganu yang berpejabatkan di Kota Bharu, Kelantan bermula besok 15/07/2013.
Tahniah kepada Mohammad Radzi kerana hanya baru beberapa tahun kerja telah diberi kepercayaan untuk mengetuai sebuah Pejabat Wilayah oleh Syarikatnya. Aku juga pernah mengetuai Pejabat Wilayah sebagai Regional Manager merangkap Manager In-Charge bagi Eastern Region suatu ketika dulu. Tetapi, jawatan itu aku perolehi dipenghujung karier aku dalam beberapa tahun sebelum bersara. Radzi pula, memperolehi jawatan sebagitu kurang dari 4 tahun beliau bekerja. Mungkin nasib beliau lebih baik kerana beliau bermula dari jawatan Eksekutif. Manakala aku bermula, bersusah payah dari jawatan pekerja biasa meniti berkali2 kenaikan pangkat hingga kejawatan terakhir yang aku sandang itu sebelum bersara wajib.
Tahniah anakku. Ini bermakna, awak sedang berada dilandasan yang betul. Tingkah laku, personality, kebolehan awak telah diperhati sebelum ini dan amanah yang lebih besar untuk tanggungjawab yang lebih besar kini dianugerahkan kepadamu. Tingkatkan usaha dan buktikanlah kebolehan mu kepada pihak pengurusan atasan yang menaruh kepercayaan kepada mu. Lakukan perubahan, Transformasi Diri kepada yang lebih baik dan apa yang lebih penting "Behave as a Leader". Aku telah melalui segala proses ini suatu ketika dulu dan ingin aku kongsikan sebagai panduan untuk mu mengejar kejayaan dunia & akhirat.
Carrier aku bermula sebagai Ketua Shif bagi sekumpulan pekerja di Kilang National Sg.Way. Aku tidak mempunyai "Drive" yang baik pada ketika itu. Tugas aku hanya pergi kerja, jalankan kerja dan balik daripada kerja. Itulah tugas aku seharian. Dari segi ranking berbanding dengan Ketua2 Shif yang lain, mungkin aku di number ke 10 atau terakhir kerana Ketua Shif lain nampak lebih committed. Nasib aku agak baik kerana aku tak lama di Nasional apabila mendapat kerja di Sykt. BP juga sebagai Ketua Pekerja (Foreman). TETAPI SEGALA2NYA BERUBAH DISINI APABILA AKU MENEMUI SEORANG INSAN YANG BERNAMA "NG PAK THONG". Insan ini bukan Boss aku semasa aku memulakan kerja di BP. Beliau berjawatan Blending Plant Supervisor manakala aku sebagai Foreman melapurkan diri kepada Installation Supervisor, Mr. Micheal. Tetapi aku sering bersembang dengannya terutama ketika waktu rehat. Ng Pak Thong lah menjadi mentor dan sumber inspirasi supaya aku berubah menjadi insan yang mempunyai matlamat kehidupan untuk dicapai.
Pak Thong menceritakan yang beliau memulakan carrier beliau sebagai Salesman Kedai Kasut Bata setelah menamatkan pengajian diperingkat HSE. Kemudian beliau diterima bekerja sebagai Foreman di BP. Mendapat kenaikan pangkat beberapa kali sehingga kejawatan Supervisor. Jawatan Supervisor di BP bukan seperti jawatan penyelia di Kilang2 lain atau di pejabat kerajaan. Ianya bertaraf Eksekutif, tak boleh masuk Union dan berada setingkat dibawah Plant Manager. Bagaimana beliau boleh naik ke jawatan itu pada usianya yang masih muda??? (Umurnya 4 tahun lebih dari aku). Rahsia kejayaannya aku perolehi selepas bersembang dengannya.
"Ramli, kita tak ada kelulusan tinggi untuk dapat jawatan besar dan bergaji besar tetapi kita mempunyai tenaga, akal fikiran dan semangat untuk kita tingkatkan kerjaya kita ke kedudukan yang lebih baik" kata Pak Thong kepada aku.
"Bila kita buat kerja, kita jangan buat kerana takut pada Boss saja. Pada Boss kita respect sudah cukup tetapi kita mesti takut kepada "Almighty From Above" macam you punya Tuan Allah, Dia nampak apa yang kita buat, Dia yang bagi kita senang (rezeki), sihat dan Berjaya. Kita boleh tipu orang, jadi great pretender, tapi kita tak boleh tipu Tuan Allah. Saya orang Budha, saya percaya ini. Saya kerja kuat, saya punya tuhan buka hati Boss dan orang2 atasan supaya pilih saya dan kini saya usaha lagi kerana saya mahu duduk itu Plant Manager (orang no.1 di BP Installation) punya tempat. Awak ingat saya tak boleh dapat ka???" Itulah diantara kata2 Pak Thong pada aku suatu masa dulu.
Aku melihat lebih mendalam bagaimana Pak Thong "Walk the Talk". Aku lihat, beliau datang kerja sentiasa awal lebih dari orang lain. Orang masuk jam 8 pagi punch card, aku lihat kadnya paling lewat 7.40 pagi, kebanyakkannya bawah 7.30 pagi. Orang balik (terutama orang melayu kita, cleaner, pemandu, kerani) tepat pada jam 5 petang, ada yang berbaris kad Punch Card tetapi Pak Thong punch out paling awal jam 6 petang. Isteri beliau, Mei yang merupakan kerani di BP juga kelihatan selalu menunggu beliau dibalai Pengawal. Satu hari aku tegur Mei, "Tunggu Pak Thong Ke???" apa yang Mei jawab pada aku ialah "Ramli, Pak Thong is married to BP and not to me". Dari segi prestasi kerja, aku lihat Pak Thong amat bersungguh2. Masa rehat & lunchnya tidak menentu. Aku jarang lihat Pak Thong berhenti rehat untuk minum. Dia hanya pergi makan & minum apabila lapar.
Pak Thong juga amat baik dengan staf bawahannya yang berbagai bangsa. Beliau akan mengunjungi rumah pekerja India apabila Depavali dan mengunjungi rumah staf Melayu apabila menyambut Raya Puasa. Walau pun aku bukan stafnya tetapi pada suatu Hari Raya di tahun pertama aku di BP, Pak Thong adalah bangsa asing pertama yang datang ke rumah sewa aku yang agak dhaif ketika itu. Keadaan physical Pak Thong tak berapa baik. Ada kalanya aku lihat beliau berjalan terbongkok-bongkok. Aku dapat tahu dari stafnya yang Pak Thong mendapat "Slip Disc". Ianya berlaku ketika beliau menolong mereka mengangkat hose untuk dipasang kekapal minyak. Beliau amat ringan tulang menolong staf bawahan walaupun itu bukan kerjanya. Tetapi, tak pernah pula aku dengar Pak Thong masuk hospital atau ambil MC bagi mengubati sakit belakangnya. Satu hari aku bertanya beliau pasal sakit belakangnya.
"Oh..amat sakit Ramli, bila duduk susah mau bangun," kata Pak Thong.
"Tak pergi klinik ke?" Tanya aku.
"Pergi Ramli, saya pergi waktu malam bila balik kerja, panel kita Doktor Felix Soosay bagi ubat untuk saya makan bila rasa sakit" katanya.
"Tak ambil MC ke untuk rehat," Tanya aku lagi.
"Oh...saya tak mau itu MC, saya banyak kerja mau kasi habis, ini sakit boleh tahan, makan ubat, apa susah" itulah jawapan Pak Thong yang masih aku ingat dan memberi satu inspirasi baru untuk aku. Semenjak dari itu, aku tak pernah ambil MC walau sehari pun semasa aku bekerja di BP dan sepanjang lebih 30 tahun aku bekerja di PETRONAS.
Nak dijadikan cerita, aku yang mula mengikut cara Pak Thong bekerja, mendapat kenaikan pangkat di BP walaupun hanya baru 2 tahun bekerja. Ramai rakan staf yang lebih lama bertahun2 dari aku seperti Darshan Singh (akhirnya migrate ke Australia), Manjeet Singh, Tan Pak Seng masih di gred lama. Secara kebetulan, BP membuka sebuah Plant Baru di Port Klang dan aku dinaikkan pangkat sebagai Blending Technician di Plant baru ini. Secara kebetulan juga Pak Thong ditukarkan ke Plant baru ini sebagai Plant Supervisor dan aku melapurkan diri kepadanya. Maka lebih banyak tingkah laku Pak Thong dapat aku perhati. Aku masih ingat suatu hari ketika sedang berbincang dengannya ada sesaorang menaliponnya. "Yes Boss, 8 km Boss, working time 8 to 5 Boss" aku dengar Pak Thong menjawab. Selepas itu Pak Thong termenung sekejab dan kemudian beliau beritahu yang Goh Seng Chuan, Operation Manager dari Head Office KL (orang no.3 di BP Malaysia) call Tanya berapa jauh distance diantara BP Installation dengan BP Plant yang baru, Tanya waktu kerja dan sebagainya.
"Mungkin dia mau check kerana saya ada claim mileage apabila saya selalu pergi berurusan dengan kita punya BP Installation" kata Pak Thong.
"Dia tak percaya sama saya Kah???" kata Pak Thong lagi. "Saya claim ikut distance KM kereta saya, Ramli, itupun saya sudah tolak 2 km dari distance sebenar" tambah Pak Thong lagi. "Saya tak mahu makan wang tipu, tak senang kita nanti," Pak Thong menambah. Aku masih ingat keretanya Toyota KE30 dengan number plat AR 9127 warna hijau. (Aku mengingati semua ini kerana aku bagitu kagum dengan semangat Pak Thong) Sedangkan Micheal, Supervisor Installation memakai Volvo dan Eng You Wah Blending Plant Supervisor yang menggantikan tempatnya sebelum ini memakai Mercedes.
Tekaan Pak Thong memang benar, aku masih ingat pada keesokan harinya Goh Seng Chuan tiba2 datang dari KL ketempat kerja kami. Secara kebetulan, kami sedang bekerja dan Pak Thong mengarahkan kami supaya berhenti sekejab kerana Ops. Manager nak jumpa. Sembang biasa saja tapi aku nampak Ops Manager dalam mood yang baik. Walaupun Pak Thong tak cerita tapi aku dapat mengagak yang Mr Goh sudah pasti merekodkan distance dari BP Installation ke BP Plant kami. Dan pastinya dia tahu betapa jujurnya Pak Thong yang menolak 2KM bagi setiap claim dari jarak sebenar. Satu lagi sumber inspirasi kepada aku dimana bukan 2KM bahkan aku menolak 10KM bagi setiap perjalanan yang aku claim dalam melaksanakan tugas lawatan aku semasa di PETRONAS. Ada suatu ketika Boss aku bertanyakan kenapa claim distance aku berbeza dengan claim pekerja lain. Aku hanya menjawab: "claim mereka tuu sebenarnya jarak yang betul Boss, tapi saya tolak 10km bagi setiap claim saya kerana mungkin saya ada tersinggah ketempat lain yang bukan destinasi kerja." Aku tahu setiap rezeki yang aku dapat akan diberkati Allah sekiranya ianya benar2 halal.
Dipendekkan cerita, aku tak lama di BP Plant kerana aku dapat kerja yang lebih baik di Sykt Lever Brothers sebagai Production Controller. Apabila aku bertukar kerja ke PETRONAS, aku ada pergi ke BP Port Klang untuk berjumpa Pak Thong tetapi beliau sudah tak berkerja di situ lagi. Aku diberitahu yang Pak Thong pada masa itu menjawat jawatan Distribution Manager di BP Head Office di Damansara iaitu orang yang keempat tertinggi di segi heiraki kedudukan pangkat di BP Malaysia.
Moral of the story adalah kerjalah dengan jujur dan ikhlas pasti akan diberkati & dirahmati Allah. Walau pun Pak Thong bukan Islam tetapi pegangan yang diambilnya bercirikan Islam. Kita yang Islam ini sepatutnya lebih mempraktikkan konsep Islam yang menekan bahawa kerja itu juga sebagai ibadah.
Nasihat khusus untuk Radzi
1. Pertingkatkan keimanan. Rukun Islam mesti menjadi pegangan yang kuat. Selain dari itu, Sembahyang seorang diri tidak lengkap kecuali sentiasa bersembahyang berjumaah terutama Solat Subuh. Keimanan akan kukuh apabila sesaorang itu tak pernah tinggal Solat Subuh berjemaah. Apabila kita bangun awal untuk Solat Subuh berjemaah maka kita sudah semestinya akan memasuki tempat kerja pada awal waktu. Ada masa lapang untuk kita membaca sehelai dua Al Quraan setiap hari. Tak sempat baca dirumah baca semasa di office sebelum waktu kerja. Dari sinilah keberkatan bermula.
2. Belajar menguruskan diri sendiri sebelum kita berhasrat untuk menguruskan orang lain. Contoh yang paling baik adalah pastikan diri kita kekal sihat, tegap, tidak gemuk, sedap mata memandang dan sentiasa kelihatan ceria & bertenaga. Cari ruang yang terluang untuk exercise secara routine. Orang tidak akan yakin kepada kita apabila melihat tubuh badan kita yang debab, sembab dan pegerakan yang lembab. Kita lah yang akan mencorakkan kehidupan kita melalui rahmat & keberkatan Allah.
3. Berani dan berterus terang. Luahkan pendapat yang bernas dalam setiap mesyuarat yang diadakan. Be prepared. Catit dulu isu2 yang dijangkakan akan diperbincangkan. Mesti memahami topic dan go through the agenda before the meeting. Kalau perlu clarification terhadap sesuatu isu, just refer kepada internet untuk dapat sumber yang bernas. Awas, selain dari hadir sebagai peserta mesyuarat disitu juga peluang Boss2 yang lebih besar menilai kemampuan kita.
4. Berbuat baik dengan staf bawahan dan rakan niaga. Tulong dan bantu mereka. Jangan berlagak Boss dengan mereka. Ingatlah, sebarang pujian atau kutukan dari mereka merupakan Doa yang mungkin akan dimakbulkan Allah. Energy Receive, Energy Return. Aspiring People Everywhere. Whose earth is this anyway?????
5. Tetapkan matlamat, hala tuju dalam bidang pekerjaan & kehidupan. Apa yang hendak dicapai dan berusaha secara ikhlas dan jujur serta betawakal memperolehinya. InshaAllah diizinkan Allah SWT. Beliau melihat apa yang tersurat dan tersirat serta menentukan untung nasib kita dalam kehidupan.
Semoga Berjaya di Bidang Kerjaya.

Ahad, 7 Julai 2013
Terima Kasih
Malam tadi, anak sulong aku membuat surprise dengan menganjurkan sambutan tarikh lahirku di salah sebuah hotel terkenal di Kuantan. Tahun lepas, anak2 aku di perantauan menganjurkan sambutan yang sama di rumah kami di P. Jaya. Tahun2 sebelumnya pun mereka sentiasa menganjurkan sambutan yang sama. Terima kasih kepada semua anak2 & menantu, saudara mara dan kenalan yang memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran aku ini. Aku juga berdoa semoga kalian juga sentiasa dilimpahkan rezeki oleh Allah SWT serta merahmati & memberkati kehidupan kalian.
Sebenarnya, aku hanya tahu orang menyambut sambutan Hari Lahir ini apabila usia aku meningkat remaja iaitu ketika umurku dalam 18 tahun. Betapa kolotnya aku kalau direnungkan kembali. Mungkin juga aku orang susah ketika itu yang tidak dijemput atau dihiraukan masyarakat sekeliling ketika membuat sambutan hari lahir untuk anak2 mereka. Sementelahan, aku sendiri tidak tahu bahawa tarikh lahir disambut orang setiap tahun. Aku hanya menyedari Hari Lahir disambut orang ketika aku tinggal di Asrama ITM bersama kawan2. Ketika itulah apabila ada rakan2 yang mendapat kunjungan keluarga mereka mengadakan sambutan ala kadar di Asrama dan aku dijemput serta. Namun aku tidak pernah juga menyambut hari tarikh lahir aku secara formal sehinggalah selepas anak2 aku mula bekerja dan secara besar2an apabila aku mula bersara.
Tetapi, aku tidak pernah lupa menganjurkan sambutan Hari Lahir untuk isteriku. Kalau dimasa aku susah dulu paling kurang aku membeli kek dihari lahirnya. Untuk anak2 pula, aku tak pernah lupa membuat sambutan Hari lahir untuk mereka sejak dari tahun pertama usia mereka sehinggalah apabila mereka mula belajar dan menetap diasrama. Bagitulah aku merasakan betapa pentingnya tarikh Keramat bagi kehidupan sesaorang itu mesti dingati & diraikan. Bahkan, apabila aku menjawat jawatan sebagai Pengurus Wilayah merangkap Manager Incharge bagi Eastern Region suatu ketika dulu, dengan kuasa yang ada pada aku ketika itu, aku menganjurkan Sambutan Hari Ulang Tahun untuk kakitangan pada setiap bulan. Maksudnya, beberapa orang staf yang secara kebetulan Hari lahir mereka dalam bulan yang sama akan diraikan serentak pada suatu majlis bulanan khusus untuk meraikan sambutan ulang tahun kakitangan berkenaan. Bukan saja kek hari lahir yang akan mereka potong bersama bahkan mereka juga akan diberi cenderahati kenangan.
Satu pesanan untuk anak2 ku:
Sekiranya kamu mahu anak2 kamu mengingati & menghormati kamu dikemudian hari kelak, mudah saja. Aku telah belajar dari pengalaman pahit dimasa kecil dan berusaha bersungguh2 dalam mengubah situasi buruk yang pernah aku alami dengan benar2 menyayangi kamu sekelian. Walau pun aku dalam kesusahan dulu, apa saja yang kalian perlukan sentiasa aku penuhi. Aku sendiri mendaftar kalian ketika masuk tadika, sekolah rendah, menengah bahkan tak putus2 aku mengunjungi kalian ketika berada diasrama, dipusat pengajian tinggi sahinggakan adakalanya kalian sendiri menyuruh aku kurangkan membuat lawatan keasrama kalian. Ada diantara kalian yang bekerja sementara ketika menunggu keputusan peperiksaan. Siapakah setiap petang atau malam menunggu kamu diluar tempat kerja untuk dijemput pulang????
Jangan memarah, memukul & mencederakan anak2 kamu secara keterlaluan. Sayangi mereka. Mereka anak kecil yang mungkin sedikit nakal tetapi mereka bukan boleh berfikir seperti kamu yang telah dewasa. Terimalah seadanya dan sekali lagi aku berpesan, Sayangilah mereka kerana aku pasti mereka akan menyayangi kamu dikemudian hari kelak.
One for the album
Comelnya cucu nie. Terliur tengok makanan tuuu.

Sabtu, 29 Jun 2013
Isnin, 24 Jun 2013
Trend atau Ikutan????
Jerebu tak berapa kuat diKuantan. Mungkin dibawah API 100 masih sihat dan selamat untuk kita jalankan aktiviti biasa. Tapi, nampaknya, rata2 orang dah mula pakai Mask. Harap2 pakai tuu betul2 untuk menjaga kesihatan dan bukan hanya ikut-ikutan atau trend. Apo nak Dikato kan, Orang kita memang macam tuu.
Tahun lepas pun macam tuu. Masa sibuk2 kes selesema burung dulu pun macam tuu. Bahkan lebih teruk lagi sampai kedai menjual mask habis stok. Alhamdulillah, yang pakai tak dijangkiti Selesema Burung tapi mendapat selesema biasa pulak kerana mungkin CO2 yang dilepaskan melalui hidung di Inhale semula melalui mulut kerana Mask yang menutup both hidung & mulut. O2 yang sepatutnya masuk tercampur dengan CO2. Ada pulak jenis mask yang hanya menutup hidung dan mulut terdedah. Sedangkan penapasan juga boleh masuk melalui mulut.
Yang paling sedih pula ialah kenyataan lewat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apabila menyedari pengedar mula mengedarkan mask yang tidak memenuhi standard atau keperluan. Dah lah dijual dengan mahal, fungsinya tak lebih dari penutup hidung atau mulut saja.
Dalam soal ini, kita mesti faham apa sebenarnya masalah yang dihadapi. Ada yang masih tak tahu apa itu API (Air Pollution Index) atau dalam bahasa Melayu IPU (Indek Pencemaran Udara). Kalau takrif pun tak tahu bagaimana pulak nak faham peringkat2 bacaan index yang sihat atau tak sihat.???
Tapi, orang pakai mask kita pun pakai mask. Trend atau Ikutan???
Macam mana nak tahu Mask yang memenuhi standard???. Haaa....Mask itu mesti ada marked "CE" yang bermaksud telah diuji (Tested) dan sekurang2nya memenuhi EN149 Standard. Ada index LOEL (Local Occupational Exposure Limit) nya dan must conformed to NIOSH. Mask asas yang dipakai pula mesti menutup hidung, mulut sehingga bawah dagu dan ketatkan dengan getah pengikat. Itu sekurang2nya memenuhi FFP1 (Low Efficiency).
Secara kebetulan aku biasa bekerja di Sykt Minyak dan pernah beberapa tahun attached kat Kerteh Refinery. Jadi aku faham benar pasal Mask nie.
Yang aku Nampak kebanyakkan orang pakai dijalanan itu HANYA PENUTUP MULUT & HIDUNG saja. Ia hanya satu Trend atau Ikutan & yang memakainya tak mengerti dan hangat2 tahi ayam.

Jumaat, 14 Jun 2013
Fikir-Fikirkan Lah...
Selingan untuk hari ini.... Apakah ini, Erti & Kekuatan bagi sebuah perjuangan ??????.
Khusus untuk yang memperjuangkan Dulu Kini dan Selamanya.

Khamis, 6 Jun 2013
Wow.....Aku Menang RM23,000.
Minggu lepas satu peristiwa yang pernah aku baca didada akhbar berlaku terhadap diri ku. Sebaik saja aku keluar dari sebuah bank di Jalan Besar, Kuantan, naluriku merasakan ada sesaorang sedang memerhati gerak geriku. Aku melintas jalan ketempat aku parking Jeep di dataran pokok buluh. Aku lihat seorang perempuan India juga bergegas menuju ke arah Jeep aku. Aku sempat memasuki Jeep dahulu dan perempuan India itu hanya sempat mengetuk cermin tingkap jeep aku meminta dibuka.
Aku hanya menurunkan cermin tingkap dan perempuan India itu pun berkata.
"Selamat Pagi Haji, saya dari Sykt ........ nak bagi hadiah Boucer pada Haji" sambil menunjukkan sampul ditangannya.
"Apa itu????. Gores & Menang kah???" Tanya aku.
"Tidak Haji, Ini bukan Gores & Menang, Dalam sampul ini ada Boucer percuma, RM5, RM10 dan banyak lagi Haji boleh dapat percuma." kata perempuan India itu.
"Mana boleh saya tukar itu boucer" Tanya aku.
"Pasaraya dan beberapa tempat lagi, nanti saya kasi tahu tapi, Haji mesti buka dulu" kata perempuan itu lagi.
Aku pun mengambil satu sampul dan membukanya. Memang betul didalamnya terdapat satu baucer bernilai RM5.00.
"Tahniah. Haji ada peluang satu lagi untuk buka" kata perempuan India itu lalu dihulurkan satu lagi sampul serupa kepada aku.
Aku pun ambil dan sampul ini agak susah dibuka berbanding sampul yang mula tadi. Namun, aku buka juga sebab aku tak perlu bayar apa2 pun.
Apabila terbuka saja sampul itu, tidak kelihatan Boucer RM5 seperti tadi. Yang ada hanya satu logo bulat terlekat pada kertas yang tidak tertulis apa2 nilai pun.
Perempuan India yang ada diluar Jeep aku, melompat kegembiraan.
"Tahniah Haji....tahniah Haji.." sambil menepuk2 tangannya.
"Kenapa"...kata aku
"Haji telah menang pakej hadiah bernilai RM23,000/= mari saya tumpang Haji pergi Office saya untuk dapatkan hadiah itu" kata perempuan India itu.
"Eh... saya menang awak pulak yang suka apa hal?? Ini tak dak tulis tanda apa2 pun, hanya bulat saja" Kata aku.
"Itu bulatan tanda Haji menang pakej RM23,000 boleh pergi melancong atau Haji mau pergi Umrah, cepat2 mari kita pergi Office untuk dapat itu pakej" kata perempuan India itu lagi.
Aku mula merasakan sesuatu yang tak betul sedang berlaku. Memang sudah menjadi prinsip hidup aku yang amat percaya Mustahil untuk mendapat sesuatu ganjaran tanpa usaha ataupun modal yang setimpal.
Lantas aku menyerahkan kembali Boucer itu kepada perempuan India itu sambil berkata;
"Saya bagi ini boucer pada awak, awak pergilah angkat itu hadiah. Saya tak mahu" .
"Kenapa Haji, Ini Haji sudah menang, saya tak boleh ambil. Saya promoter saja" kata perempuan itu.
"Apa susah, awak carilah boyfriend awak dan pergilah claim itu hadiah. Awak dapat pergi melancong pulak tu. saya tak mahu" kata aku.
"Jangan macam tu Haji, Haji sudah menang, saya ikut Haji pergi angkat hadiah kat office saya." kata perempuan itu masih berkeras memujuk aku.
Nasib baik "sense of intelligence" aku tercetus ketika itu dan aku pun terus berkata;
"OK, awak ada 2 pilihan sekarang, ambil ini boucer dan pergi dari sini atau ikut saya naik Jeep ini kita pergi ke Balai Polis, saya mau buat report" kata aku. Kebetulan Ibu Pej. Polis Daerah pun tak berapa jauh dari situ.
Apa lagi, mendengar kata2 aku, Boucer itu diambil kembali dan perempuan India itu terus beredar dari Jeep aku.
Sebelum aku beredar, aku jelas Nampak beliau menuju kesebuah kereta yang terdapat beberapa orang lelaki Melayu berdiri berhampiran kereta tersebut.
Dengan selamba seperti tiada apa yang berlaku, aku pun terus beredar meninggalkan tempat tersebut.
Percayalah, dalam hidup yang penuh pancaroba ini tidak ada sesuatu pun yang akan datang bergolek kepada kita tanpa kita berusaha.
Nilai2 hidup murni akan musnah sekiranya sesaorang yang tamak haloba termakan pujukan syaitan yang kerjanya hanya memperdayakan manusia.

Selasa, 28 Mei 2013
Selamat Menyambut Hari Kelahiran Buat Isteriku
Selamat Menyambut Hari Kelahiran Buat Isteri Ku |
Alhamdulillah, dengan kembalinya anak2 menantu kerumah kami sempena cuti Hari Wesak yang lepas maka dapatlah mereka menganjurkan Majlis Sambutan Hari Lahir buat ibu mereka dengan meriahnya. Ada yang membeli Kek dan ada yang memasak, membeli makanan dan sebagainya.
Khusus Buat Isteri Ku...
- 36 tahun yang lalu, kau pasrah menerimaku seadanya sebagai teman hidup mu hingga kini.
- Ketika itu, aku tidak mempunyai apa2, terbuang jauh dari keluarga, hidup sebatang kara dibandaraya, berdikari tanpa siapa pun peduli.
- Tiada basikal, motorsikal apalagi Kereta. Kita hanya mampu tinggal dirumah sewa yang tidak berbilik dengan kadar sewa bulanan hanya RM50/= sahaja.
- Namun kau tabah menerimanya sehinggalah kita memiliki 4 cahaya mata.
- Kau mendidik & membesarkan mereka sepenuh masa sehingga semuanya Berjaya memperolehi segulung ijazah setiap seorang dari beberapa Universiti Nusantara.
- Mungkin dengan kecekalan, keikhlasan & keberkatan kehidupan kita dan rahmat dari yang Maha Esa, cahaya dihujung terowong semakin hampir dicapai oleh kita.
- Dengan kerjasama mu yang kuat, nasihat yang ikhlas, kerahmatan & keberkatan hidup mula terasa.
- Aku semakin Berjaya dibidang kerjaya & dengan rezeki yang halal kita mula mengumpulkan harta, mengorak langkah membina kehidupan yang bermakna.
- Kini kita menikmati segala......
Terima Kasih diatas ketabahan Mu dan Selamat Menyambut Hari Lahir aku ucapkan kepada Mu.
Tiada ada hadiah yang ternilai untuk aku hadiahkan diatas kecekalan & ketabahan Mu hidup disampingku selain dari hadiah dibawah ini yang tak pernah kau minta.
Tahniah, semoga sentiasa sihat sejahtera.
Wassalam.
Tidak Ternilai berbanding Pengorbanan Mu |
Isnin, 20 Mei 2013
Buluh Rebung Madu
Assalamualaikum En. Pisol Maidin
Selain dari jawapan saya kepada komen tuan sebelum ini, saya rasa elok tuan tonton video dibawah untuk mendapat gambaran yang jelas berkenaan Rebung Madu yang enak & berkhasiat itu.
Selamat menonton.

Khamis, 16 Mei 2013
Terima Kasih
Assalamualikum Encik Pisol Maidin.
Terima kasih kerana sudi melayari Blog "Dusun Ku" ini dan saya telah membaca komen tuan yang dihantar melalui email.
Saya dengan rendah diri menerima talian persahabatan yang dihulurkan. Sebenarnya "Meru" merupakan sebuah daerah yang saya sentiasa kunjungi satu ketika dulu. Saya selalu melawat Stesen PETRONAS Meru yang diuruskan oleh Allahyarham Wak Surani. Sekarang ini, stesen ini diuruskan olen Puan Zuraidah anak kepada Wak Surani. Saya juga ada kawan bernama Effandi Jamingin yang tinggal serumah sewa di Sungai Way ketika bujang dulu. Dukacitanya, kawan saya Effandi ini baru meninggal dunia pada bulan lepas dan saya hanya diberitahu pada minggu lepas. Kalau saya tahu awal kemungkinan besar saya akan menziarahi jenazahnya kerana saya amat kenal dengan keluarganya. Beliau meninggal di usia yang muda dari umur saya kabarnya akibat sakit jantung.
InsyaAllah, jika ada kelapangan apabila saya ke Meru, saya akan hubungi tuan. Kalau datang Kuantan, singgahlah dirumah saya. Bulan Julai nie harap2 meriahlah kerana kalau menjadi Durian mula gugur.
No. Phone tuan telah saya savekan dalam handset saya.
Wassalam.
Note : Copied from my replied email to you

Rabu, 8 Mei 2013
Supremacy Class of Mentality
Segala2nya telah terjawab. Jangkaan aku ternyata meleset. Tapi, sekurang2nya aku telah menyatakan bahawa aku sukar untuk menjangkakan keputusan untuk Kedah berdasarkan gaya MBnya mentadbir negeri tersebut.
BN mendapat 133 Kerusi dan PR mendapat 89 Kerusi Parlimen. Ini bermakna BN mendapat kelebihan 21 kerusi majoriti mudah untuk memerintah. Prestasi yang kurang baik jika dibandingkan dengan apa yang diperolehi oleh Abdullah Badawi ketika memimpin BN iaitu 140 kerusi pada PRU12, 2008. PR pula berjaya menambah 7 lagi kerusi dari 82 pada tahun 2008. Kalau dengan 140 kerusi Pak Lah dianggap lemah dan didesak untuk melepaskan jawatan ketika itu namun Najib lain pulak. Walaupun merosot prestasi dengan keputusan yang paling lemah dicapai BN berbanding dengan semua pilihanraya yang lepas beliau masih dipuji dan disanjung. Inilah kehebatan Najib yang memang menguasai media perdana.
Walau bagaimanapun, kalau berdasarkan majoriti popular iaitu majoriti sokongan rakyat Malaysia, Maka PR lah yang memenangi PRU13 itu.
PR mendapat jumlah undi keseluruhan sebanyak 5,623,984 undi rakyat Malaysia atau 51%.
BN mendapat jumlah undi keseluruhan sebanyak 5,237,699 undi rakyat Malaysia atau 47%.
2% lagi diperolehi oleh lain2 parti atau Bebas.
Ini yang aku katakan "Supremacy Class of Mentality".
PR memenangi hampir kesemua kerusi parlimen kawasan Bandar yang mempunyai jumlah pengundi yang banyak berbanding dengan BN hanya mendapat sokongan pengundi luar bandar dengan pengundi yang tak seramai bandar. Namun demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Malaysia adalah berdasarkan jumlah kerusi bukan berdasarkan jumlah undi sokongan majoriti rakyat. Mentality rakyat luar bandar masih "stagnant" manakala bandar berubah mengikut situasi semasa.
Pemikiran rakyat luar bandar dipengaruhi oleh Media Massa Perdana yang sepenuhnya dikuasai kerajaan. Rakyat Bandar dapat berfikir dengan jelas berdasarkan maklumat dihujung jari.
Tewas
Walau apa pun, Tewas sudah tewas. Tapi aku tetap yakin ketewasan PR kali ini di sebabkan faktor Haji Hadi. PAS sebenarnya kuat tetapi mempunyai pemimpin yang lemah. Dalam artikel yang lepas aku telah nyatakan yang Haji Hadi adalah seorang ilmuan, ulamak tersohor TETAPI beliau teramat kureng dalam aspek berpolitik.
Aku bangga dengan karisma Anwar, Rafizi dipihak Keadilan. Kit Siang dan Guan Eng dipihak DAP. Manakala dipihak PAS, aku hanya nampak Nik Aziz dan Mat Sabu yang hebat berpolitik dan bersungguh2 untuk membawa PR ke Putrajaya.
PAS mempunyai ahli yang ramai dan kuat. Banyak ranting dan cabang tak seperti Keadilan dan DAP. Namun, askar yang ramai tak boleh membawa kemenangan apabila dipimpin oleh General yang lemah. Pepatah Inggeris ada mengatakan "It's not about a good soldier but it's because of a Bad General".
Aku telah nyatakan beberapa aspek kelemahan Hadi dalam artikel lepas dan aku senaraikan lagi beberapa kelemahan beliau seperti dibawah.
1. Teragak2 untuk menyatakan siapa yang akan jadi PM jika PR menang walaupun DAP secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar. Sebenarnya Hadi pun tahu dalam PR ada 3 parti besar iaitu Keadilan, DAP dan PAS. Maka mustahil PAS akan mendapat jawatan PM satelah DAP menyokong Anwar. Tidak menyatakan pendirian menyebabkan penyokong PR tertanya2 apakah ada muslihat tertentu atau lain2 keputusan. Kesetian pada Pakatan nampak tak solid.
2. Masih memainkan isu Hudud ketika hampir tarikh mengundi. DAP pastinya tercabar kerana pendirian parti itu menentang perlaksanaan Hudud. Maka ada pengundi Cina yang mula berbelah bagi untuk mengundi PAS sedangkan mereka tidak ada masalah untuk mengundi Keadilan. Sebab itu Parti Keadilan menang lebih banyak dari PAS.
3. Sebagai pemimpin tertinggi beliau gagal menangani isu kepimpinan PAS Kedah apabila disuatu ketika berlaku konflik dalam pentadbiran PAS Kedah. Sebagai pemimpin tertinggi beliau gagal membaca signal. Konflik dalaman lah yang menjatuhkan Kerajaan PR di Kedah dalam PRU13.
4. Terlalu "Complacent". Contohnya sebaik saja keputusan PRU13 diumumkan, beliau adalah pemimpin pertama PR yang menyuruh rakyat menerima keputusan pengundian. Anwar menolak, DAP lebih bijak iaitu sekadar melihat keadaan. Kenapa Hadi cepat sangat menerima sedangkan Timbalan beliau, Mat Sabu masih mengkaji akan keputusan tersebut terutama dengan peratusan kehadiran pengundian di Pendang (dikawasannya - Luar Bandar) mencecah 90%. Tertinggi melebihi peratusan pengundian disebahagian kawasan bandar. Mat Sabu masih ragu2 dengan kehadiran ramainya pengundi Siam di Pendang.
5. Tiadanya motivating faktor kepada jentera parti untuk bersatu dan berjuang berhabis2an untuk mencapai kemenangan. Mat Sabu yang lebih gigih berjuang tetapi tidak mendapat sokongan kuat dari pentadbiran PAS Kedah terutama MBnya. "Silo attitude". Masing2 hanya mempertahankan diri masing2.
6. Sepatutnya Hadi berusaha bersungguh2 bagi memenangkan Husam yang sanggup bertanding di Putrajaya. Bukanya membiarkan Husam terkial2 menonjol diri.
7. Nik Aziz telah melepaskan jawatan MBnya. Sebagai pemimpin PAS tertinggi, Hadi sepatutnya bersuara untuk menstabilkan pentadbiran Kelantan yang baru. Husam yang merupakan Exco Kanan sebelum ini telah tidak terpilih dalam barisan pentadbiran baru. Aku bimbang budaya "Cah Keting" yang menyebabkan UMNO tumbang di Kelantan sebelum ini mula meresap ke pentadbiran PAS. Apakah Kelantan akan mengikut jejak Terengganu dan Kedah yang akan tumbang kepada UMNO pada pilihanraya yang akan datang?. Hadi masih membisu. Sama ada beliau sedar atau tidak atau buat2 tak tahu saja atau macam mana?. Janganlah lembab sangat. Pemimpin mestilah agressif dan progressif. Awak yang patut jawab dulu bukan orang lain.
Kesimpulan
PR boleh berjaya dengan lebih baik selepas ini dengan syarat PAS mesti diterajui oleh a Good General. Di saat peluang yang terhidang didepan mata kini terlepas bagitu saja. Selain dari Nik Aziz dan Mat Sabu, Aku tak nampak ada pemimpin yang boleh menguatkan PAS. Pihak PAS mesti berusaha memujuk Doktor Asri untuk melibat kan diri dalam kepimpinan PAS. Beliau dilihat lebih rasional, ilmuan dan mahir dalam siasah politik. PAS akan maju jika mendapat kidmatnya.
Hadi mesti letak jawatan supaya pemimpin baru dapat menempatkan PAS ketahap yang lebih baik & dihormati.

Rabu, 3 April 2013
Terbubar Juga Akhirnya...
Setelah bagitu lama keloh kesah, tertanya2, ternanti2 akhirnya PM mengistiharkan Pembubaran Parlimen pada jam 11.30 pagi tadi apabila diperkenankan oleh YDP Agung. Sebelum ini berbagai spekulasi timbul, Nujum2 politik membuat pelbagai ramalan, tak ketinggalan puak2 dikalangan parti pemerintah sendiri yang tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pembubaran. Contohnya berita yang dilapurkan oleh Astro Awani semalam mengatakan yang saorang Menteri di Jab. Perdana Menteri sendiri menyatakan yang kemungkinan besar parlimen akan dibubarkan pada penghujung bulan ini.
Kenapa timbul suasana yang gawat seperti ini. Negara2 maju seperti Amerika, Eropah bahkan jiran2 kita yang terdekat seperti Singapura, Indonesia dan Thailand lazimnya mengumumkan berbulan2 lebih awal tarikh pilihanraya mereka berbanding Malaysia. Apa yang lebih menghairankan ialah tidak pernah berlaku dalam sejarah iaitu sebuah Dewan Undangan negeri iaitu DUN Negeri Sembilan telah terbubar dengan sendirinya setelah melebihi tempoh mandat 5 tahun yang diberi oleh rakyat.
Jawapannya tak lain tak bukan ialah TAKUT. Kuasa yang diberikan oleh rakyat hanya 5 tahun sahaja. Lambat laun apabila sampai tempohnya ianya akan terbubar jua. Muka & Nada suara PM semasa pengistiharan pembubaran juga tidaklah seceria biasa. Yang nampak lebih keceriaan & sentiasa tersenyum ialah TPM yang berdiri dibelakangnya. Apatah lagi PM membuat pengumuman kesilapan tarikh pembubaran hari ini dikatanya 3hb. April 2012. Macam mana kesilapan ini boleh berlaku pada tarikh bersejarah ini. Tak tahulah bagaimana Media & TV pembodek akan menyiarkan pengistiharan yang tersilap itu untuk ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia nanti. Kata PM lagi, pengistiharan hari ini merupakan hari ulangtahun genap 4 tahun beliau menjadi PM. Bagi masyarakat Cina mungkin tidak gemar dengan angka 4 yang disebut "C" atau mati.
Sebenarnya amat janggal bagi pemerintah memberi apa2 alasan untuk melengah2kan pembubaran kerana umum mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Apa perlu takut kalau kita banyak berbakti kepada rakyat, banyak memberi bantuan segera seperti BR1M, Insentive Gaji, Bantuan Once Off dan sebagainya. Namun, nama pun "segera" orang pun akan segera melupakannya. Pemerintah yang bijak bukan memerintah untuk jangka pendek tetapi mementingkan kestabilan dan kemakmuran untuk jangka panjang. Jangan beri ikan kepada orang susah kerana ia akan membuatkan mereka lalai, leka dan malas yang hanya akan mengharapkan bantuan sepanjang masa. Tapi berikan mereka pancing dan umpan serta peralatan untuk mereka berusaha mencari hasil yang berterusan dan lebih besar dari nilai ikan yang diberikan kepada mereka. Jangan beri Beras kepada Petani kerana mereka akan leka dan mungkin akan lupa punca rezeki mereka ialah Bertani. Berikan Sistem perairan yang baik, baja yang baik, ujudkan makanisma peruntukkan jentera yang moden untuk memudahkan kerja2 pertanian seperti yang dinikmati oleh Petani2 negara maju. Pasti hasil yang akan mereka perolehi akan melebihi nilai beras, BR1M RM500/= tersebut.
Nah, janji pihak yang disebelah sana pulak nak turunkan harga minyak, nak hapuskan Tol, hapuskan PTPTN, Turunkan harga kereta & motorsikal dan lain2......nampaknya menarik dan itulah bantuan secara tak langsung sebagai strategi jangka panjang. Namun, Mencemuh pulak pihak yang sebelah sini katanya ....setakat janji sapa pun boleh, tapi tak ditepati contohnya di Selangor, banyak kes mahkamah difailkan kerana janji dalam menifesto tak ditepati.
Aku melihat, bidang kuasa kerajaan negeri tidaklah absolute, ianya masih terikat dan bergantung kepada Kerajaan Pusat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua hasil yang dipungut oleh agensi kerajaan akan diperolehi oleh Kerajaan Pusat. Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri adalah terbatas. Selagi Kerajaan Pusat masih di terajui oleh pihak lain maka pihak negeri tidak akan berjaya melaksanakan apa yang dijanjikan. Tak hairanlah kalau kita baca lapuran Ketua Audit Negara menyatakan banyak kerajaan negeri terutama dipihak Pusat berhutang terlalu tinggi dengan kerajaan Pusat. Sebab itulah tidak ada satu negeri pun yang dibawah Kerajaan Pusat membuat tawaran itu ini kepada rakyat negeri2 berkenaan kerana mereka tahu hanya Pusat yang boleh melakukannya.
Apa lagi..... Untuk merealisasikan janji penurunan harga minyak, penghapusan Tol dan sebagainya akan hanya terlaksana apabila Kerajaan Pusat bertukar. Ayuh kuasa ditangan anda. Berfikir dengan matang. Tolak penggagihan kekayaan yang tidak adil seperti "Satu untuk Engkau, Seratus untuk aku & keluarga aku. "Ini kalilah" setelah menunggu sekian lama. Aku sendiri tak mahu suasana kehidupan seperti ini berterusan disebuah negara yang amat kaya ini. Ayuh Berani Berubah, Berani Berhijrah untuk sesuatu yang lebih baik.
Ini Kali lah..

Ahad, 10 Mac 2013
Kifarah
Aku pasti ramai yang pernah mengalami situasi dimana setiap kali selesai sesuatu majlis, Tuan Pengerusi akan menyebut seperti ini, “kita sudahi majlis ini dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.
Sebenarnya, Kifarah bererti balasan Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya.
Perkataan yang hampir dengan Kifarah ialah Kaffarah iaitu dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t. Kedua pengertian adalah bermaksud sama iaitu Balasan bagi menutup perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.
Kuasa Allah SWT sememangnya mengatasi segala perancangan manusia. Sesuatu yang tidak dijangka sama sekali tiba2 berubah dengan kehendakNya. Apakah ia satu pertunjuk???. Hanya orang2 yang arif yang dapat mentafsirkannya.
Terfikirkah kita akan perkara berikut boleh berubah????? :-
1. Bekas Peguam Cara Negara, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang mengepalai pasukan pendakwa raya dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Peguam Cara dan bertukar kepada Peguam Bela serta menyertai pula pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu, yang dikenakan tuduhan berhubung perhimpunan Bersih 3.0.
2. Deepak yang sebelum ini menjadi rakan baik kepada pemimpin negara kini satu persatu mendedahkan segala penyelewengan & konspirisi khususnya berhubung dengan pemimpin berkenaan.
3. Kembalinya Bala dengan pendedahan demi pendedahan untuk mengheret pihak yang mempergunakanya bagi mengeluarkan Akuan Sumpah Ke2 disamping cerita sebenar berkenaan Altantunya.
4. Bapa Saiful yang saban hari mengiringi Saiful ketika perbicaraan Kes Liwat 2 sedar dari kesilapan dan kini memohon maaf kepada DS Anwar kerana kenyataan dulunya semuanya telah disediakan oleh orang lain.
5. RCI yang sedang berlangsung di Sabah mendedahkan Rakyat Asing termasuk kaum Sulu yang telah diberi IC dan mendapat kemudahan mengundi kini kaum kerabat mereka pula yang datang menceroboh untuk kununnya menuntut hak mereka.
6. Keluarnya beramai2 Bekas Pegawai2 Turus Angkatan Tentera dan bekas Ketua2 Pengarah Agensi Kerajaan menyertai pihak pembangkang bagi menghadapi Pihak Pemerintah yang mereka dukungi sebelum ini.
Demikianlah satu persatu kemungkaran terdedah. Sememangnya bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Apabila bangkainya mula berulat, busuknya meresapi segenap pelusuk melangkaui nusantara. Halubaya-halubaya dan hamba sahaya tak dapat lagi menghindarkan bau hanya dengan menutup hidung sahaja. Busuknya mesti dibuang terus.
Demikianlah, Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya.

Aku menulis tajuk ini kerana merujuk kepada kenyataan Tuan Guru Nik Aziz terhadap DS Anwar berpunca pendedahan bapa Saiful. Nik Aziz mengatakan Anwar menerima Kifarah di dunia lagi bagi menunjukkan akan bebas daripada tuduhan serta menerima pembalasan yang baik diakhirat kelak. Doa sesaorang yang terinaya oleh fitnah dan sebagainya amat dimakbul oleh Allah SWT. Sebaliknya, orang yang menuduh dan mempermainkan sumpah menggunakan nama Allah akan dirungkaikan kemungkarannya satu persatu.
Kuasa Allah SWT sememangnya mengatasi segala perancangan manusia. Sesuatu yang tidak dijangka sama sekali tiba2 berubah dengan kehendakNya. Apakah ia satu pertunjuk???. Hanya orang2 yang arif yang dapat mentafsirkannya.
Terfikirkah kita akan perkara berikut boleh berubah????? :-
1. Bekas Peguam Cara Negara, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang mengepalai pasukan pendakwa raya dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Peguam Cara dan bertukar kepada Peguam Bela serta menyertai pula pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu, yang dikenakan tuduhan berhubung perhimpunan Bersih 3.0.
2. Deepak yang sebelum ini menjadi rakan baik kepada pemimpin negara kini satu persatu mendedahkan segala penyelewengan & konspirisi khususnya berhubung dengan pemimpin berkenaan.
3. Kembalinya Bala dengan pendedahan demi pendedahan untuk mengheret pihak yang mempergunakanya bagi mengeluarkan Akuan Sumpah Ke2 disamping cerita sebenar berkenaan Altantunya.
4. Bapa Saiful yang saban hari mengiringi Saiful ketika perbicaraan Kes Liwat 2 sedar dari kesilapan dan kini memohon maaf kepada DS Anwar kerana kenyataan dulunya semuanya telah disediakan oleh orang lain.
5. RCI yang sedang berlangsung di Sabah mendedahkan Rakyat Asing termasuk kaum Sulu yang telah diberi IC dan mendapat kemudahan mengundi kini kaum kerabat mereka pula yang datang menceroboh untuk kununnya menuntut hak mereka.
6. Keluarnya beramai2 Bekas Pegawai2 Turus Angkatan Tentera dan bekas Ketua2 Pengarah Agensi Kerajaan menyertai pihak pembangkang bagi menghadapi Pihak Pemerintah yang mereka dukungi sebelum ini.
Demikianlah satu persatu kemungkaran terdedah. Sememangnya bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Apabila bangkainya mula berulat, busuknya meresapi segenap pelusuk melangkaui nusantara. Halubaya-halubaya dan hamba sahaya tak dapat lagi menghindarkan bau hanya dengan menutup hidung sahaja. Busuknya mesti dibuang terus.
Demikianlah, Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya.
Ahad, 3 Mac 2013
Astagfirrullahalngazim.....Aku Tersilap Rupanya..
Aku, dengan rendah diri memohon ampun & maaf diatas satu kesilapan takrifan dalam membuat suatu kenyataan melalui artikel yang ditulis dan disiarkan oleh aku melalui blog ini dibawah tajuk "Keraguan Mengenai Pelaburan dalam ASB bertarikh 14hb.June 2011." Sesungguhnya kenyataan dalam artikel tersebut adalah SALAH.
Aku sedar bahawa aku tidak boleh menyandarkan segala keputusan & tindakan aku hanya berdasarkan kepada fatwa atau kenyataan yang dikeluarkan oleh sesuatu badan yang berkuasa semata-mata. Allah SWT memberi aku akal fikiran untuk berfikir tanpa prejudis untuk memilih mana yang benar, sohih dan bukan bergantung kepada keputusan orang lain yang sebelum ini aku terima dipengaruhi oleh kemungkinan terdapat kepentingan keuntungan disana. Sebenarnya, keputusan yang dibuat oleh orang lain hanya perlu dijadikan panduan untuk aku memilih mana yang benar dan yang bathil. Aku juga sedar, dihari pembalasan kelak, aku sendiri akan dipersoalkan berhubung dengan keputusan & tindakan aku manakala mereka yang berkuasa mengeluarkan fatwa sudah pasti akan menjawab dan menerima ganjaran pembalasan hanya bagi pihak mereka.
Sebenarnya seperti artikel yang aku tulis itu, aku sememangnya sudah ragu2 berhubung dengan status pelaburan dalam ASB itu TETAPI aku lindungi dengan alasan bergantung kepada fatwa kebangsaan yang dikeluarkan tanpa menggunakan akal fikiran yang Allah SWT kurniakan kepada aku untuk lebih menghalusi keputusan & tindakan yang seharusnya aku ambil.
Kenapa selepas lebih dari 2 tahun baru timbul kesedaran ini?
Jawapanya, aku insan kerdil yang lemah, yang mungkin terlebih nampak unsur duniawi mengatasi ukruawi. Sebelum ini, selepas sahaja berpencen, aku & isteri menunaikan zakat diatas sedikit wang simpanan yang telah cukup haul & nisabnya dengan memberi terus kepada orang2 susah, pusat2 kebajikan yang termasuk dalam asnaf2 yang dibenarkan. Namun, pembayaran pada awal tahun ini untuk simpanan pada tahun lepas isteriku memilih untuk terus membayar kepada Pusat Zakat Negeri sahaja. Maka disini terungkailah segala kekeliruan.
Pusat Zakat Negeri tidak mahu menerima jumlah nisab yang kami ingin membayarnya. Sebaliknya, Pegawai di Pusat Zakat tersebut meminta buku simpanan ASB untuk dikira kadar zakat yang sepatutrnya kami bayar. Jumlah zakat yang dikira oleh Pegawai Pusat Zakat ini jauh lebih rendah dari jumlah zakat yang kami kira. Maka perbincangan menyeluruh pun berlaku. Pegawai itu memberitahu yang beliau hanya menjumlahkan baki pokok yang ada dalam simpanan ASB sahaja dan menolak semua dividen tahunan yang direkodkan. Katanya, jumlah dividen itu tidak boleh diambil kerana pendapatan itu berunsurkan Haram. Aku pun mengeluarkan hujah yang aku patuh kepada ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana aku orang biasa yang tiada kemampuan untuk mengekses dan menyelidik punca pelaburan oleh pihak pengurusan ASB. Pegawai tersebut masih tidak mahu menerima alasan aku dan mengatakan adalah salah baginya untuk bersubahat untuk mementukan kadar yang bukan hak apatahlagi untuk tujuan pembayaran zakat.
Banyak persoalan lagi yang aku tanya tetapi Pegawai ini hanya mengatakan ianya sesuatu yang amat sensitif untuk dijelaskan. Sebagai hamba Allah, beliau hanya mampu berhujah setakat itu. Sekembali dari urusan pembayaran itu aku lantas ke Bank berdekatan dan terus mengeluarkan semua simpanan aku dalam ASB dan aku pindahkan kesimpanan diInstitusi yang saban tahun mengeluarkan zakat diatas segala urusanya.
Percayalah, Setiap sesuatu yang diambil dari sumber yang meragukan apatah lagi yang haram dan tidak halal maka tidak ada keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT. Bagaimana amal kebajikan kita akan diterima & dirahmati Allah SWT sekiranya sumber yang kita perolehi datangnya dari sumber yang tidak diredhaiNya. Nanguzubillah Min Zalik. Ampunkan aku wahai Allah SWT yang maha esa.
Maaf aku pinta juga kepada kawan2 sekerja dulu seperti Tuan Hj. Mahmud, Tuan Haji Mohd Othman dan lain2 yang pernah berdebat dengan aku berkenaan isu ASB ini. Aku mengaku kesilapan ini.

Sabtu, 16 Februari 2013
Terima Kasih
Terima kasih kepada Along & Suami kerana belanja Ayah & Emak makan Steamboat kat Hotel malam tadi. Menu menarik dan makanan pun sedap...
Berikut adalah sebahagian gambar yang dapat ayah captured semasa program malam tadi. Yang ayah nak publish sangat tu ialah gambar si Asfal yang sungguh comel tuuu.

Comel Sungguh Si Asfal nampak macam muka atuknya pulak |
Yang Belakang tu pun Comel Lotte dan Pandai sekolah tuuu.. |
Jumaat, 18 Januari 2013
Aku dah kata dulu "Cerdik jauh lebih baik dari Pandai"
Keintelektualan bagi sesaorang insan sepatutnya lahir dari inspirasi kendiri setelah melalui sesuatu peristiwa, merasainya, menilai dan berupaya berfikir untuk mengubah dari situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik. It's what you see, feel, visualize and transform it into a better scenario.
Malangnya, ianya tidak terjadi kepada generasi muda negara. Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini iaitu Generasi sekarang dididik dan diasuh supaya menjadi pandai. Sekolah2 berlumba untuk mendapat keputusan cermerlang dalam peperiksaan. Ibubapa bangga apabila anak2 mereka mendapat semua A dalam subjek peperiksaan. Akhirnya, terlalu ramai yang mendapat keputusan cemerlang dan bertambahnya banyak Universiti untuk menampung pelajar yang pandai. Ada juga yang kencundang diperjalanan, tak tahan dengan high expectation, tak jelas matlamat dan halatuju akhirnya terjebak dalam gejala negatif. Manakala yang berjaya ke Universiti, kemana mereka ini akan pergi selepas keluar nanti???. Well, yang bernasib baik, aku ulangi yang bernasib baik akan menjawat jawatan yang baik dengan gaji yang menarik. Ramai juga yang akan jadi penganggur atau berkerja tangkap muat yang tak setimpal dengan kelulusan kepandaianya. Kenapa jadi macam tuu.
Sistem pendidikan sebagini adalah tidak sesuai lagi. Pelajar2 patut didedahkan dengan situasi. Contohnya, pelajar2 Cina bukan saja pandai bahkan cerdik kerana sekembali dari sekolah mereka akan menolong ibubapa berniaga. Daripada situasi ini mereka belajar mengetahui asas untung rugi, penyelesaian masalah dan pengurusan inventori. Dengan pelajaran asas yang mereka belajar dan pengalaman berniaga yang dilalui mereka akan berjaya di bidang business. Satu contoh lagi ialah dibidang komunikasi. Pelajar sepatutnya didedah untuk berucap, menyuarakan pendapat dan terlibat dalam situasi semasa. Kokurikulum mereka tidak sepatutnya tertumpu kepada unit beruniform saja. Lakukan aktiviti yang lebih abstract dan terbuka. Contohnya Debat mesti diperbanyakan disekolah2. Visualize learning, contohnya semasa aku disekolah dulu diberi satu assignment oleh Guru Biologi untuk menceritakan berkenaan Pokok. Dengan teori pelajaran yang diajar aku bawa sebatang pokok kecil dan bercerita dihadapan kelas bagaimana proses pokok itu tumbuh dan hidup. Kemudian, selepas live presentation akan ada sesei soal jawab. Sampai sekarang pun aku tak lupa hal chlorophyl, photosyntesis, peranan Root hairs dan sebagainya.
Tapi sekarang dah tak ada cara belajar yang macam tuu.
Tepat sekali dengan komen dari Indonesia dibawah nie.....

Langgan:
Catatan (Atom)